Pages

Click Me

Clik Me

Thursday, 4 January 2018

Selamat Datang 2018.






Hello and Hai!.

Selamat datang ke entri tahun 2018. Sepatutnya bulan lepas dah buat entri namun malas nak taip maka wujudlah tahun ni.

Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang mengenali diri aku serta pembaca-pembaca sekalian, semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi oleh kebahagian,keberkatan dan segala yang baik hendaknya. 

Aku tak ada sesi sambut tahun baru atau apa, duduk dirumah macam biasa. Oh ya, sejak tahun lepas berat badan aku seakan bertambah yang mana dapat aku lihat dari segi fizikal aku. Ini semuanya sebab banyak sangat makan manisan sebab rajin sangat buat kek, biskut maka bertambahlah selera makan aku.

Buat masa ini aku belum ada kesedaran lagi untuk kuruskan badan atau pun apa sahaja aktiviti fitness. Walaupun macam mana aku tetap lakukan sedikit senaman yang ringan dan senang supaya badan aku tidak terlalu kembang akibat makan terlalu banyak.



Throwback 2017? Erm, tak payahlah nak diingati benda dah lepas. Tahun baru, semangat baru,buku baru,pengalaman baru. Apa yang terjadi tahun lepas kita simpan diam-diam dalam blog ni. Hahaha. Baru awal tahun maka kenallah bersemangat sikit. Positifnya diri daku tahun ni. Ni mesti kesan makan banyak sangat ni sampai hormon terlalu gembira. Hahaha.

Banyak lagi benda perlu difikirkan selain dari cinta, hubungan, lelaki, semua tu. Kalau ada maka adalah kalau tak ada biarkan je lah. Tahun ni umur semakin meningkat menjadi dewasa tapi kalau ikut dari segi muka lebih tua daripada umur dalam ic!, sejenis muka matang terlalu cepat. Hahaha.

Tak ada apa lagi nak tulis jumpa lagi di lain entri.

Sayonara!.



4 comments:

  1. Assalamualaikum saudara,saya selalu baca entry2 saudara yg lalu. Dan semuanya sama macam kisah hidup saya ���� semoga tahun baru ni menjadi semangat utk kita terus istiqomah dalam melakukan kebaikan. Aamiin.. Teringin nk cari sahabat yg boleh berkongsi masalah ttg kecelaruan naluri ni ��

    ReplyDelete
  2. wasalam. Terima kasih kepada saudara yang sudi membaca blog saya yang tidak berapa menarik ini. kalau awak nak berhubung dengan saya boleh melalui emel saya seksilelaki@gmail.com. Take care.

    ReplyDelete
  3. Berisi sikit takpe..yang penting sihat dan happy. Bila nak buatkan kek ni? nak kek black forest satu! hehehe

    ReplyDelete
  4. Tak tahu buat!. Beli je lah bang. hahaha

    ReplyDelete