Pages

Click Me

Clik Me

Friday, 16 February 2018

Kisah anugerah juara lagu 32 dan memori. #ajl322108


Hello and Hai.

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Gong xi fa cai! kepada yang menyambutnya. Banyak ke makan limau raya ni?. Aku tak makan limau sebab tak suka dan tak boleh makan. Haha. Ok back to the topic. Ahad lepas berlangsungnya ajl dan aku tak tahu lagu apa yang masuk walaupun ada iklan pasal ni kat tv3. Bagi aku kali ini saingan semuanya sengit-sengit belaka daripada segi lagu dan vokal. Yang aku tahu lagu aku cinta dan beberapa lagu lain dapat masuk, itu sahaja.

Sebenarnya aku menghalang diri daripada mendengar lagu jampi by hael sebab akan mengenang memori lama tahun lepas. Kuat juga aura lagu sampaikan kadang-kadang aku ternyayi juga lepas baru tersedar eh kenapa lak aku nyayi lagu ni. Hahaha. 

Bukannya maksud aku tak move on atau apa tapi tu lah susah nak cakap. Bila teringat balik rasa nak ketawa pun ada, kenapalah aku buat macam ni macam tu, sambil throw back  kenangan throw back  sekali akan dosa-dosa semua. Bersalahnya rasa tu sebab aku malas nak throw balik semuanya. Hahaha. Masa tengah jiwa kacau,di lamun cinta semuanya jadi buta seakan tiada jati diri dan pendirian hilang lenyap semuanya tanpa dapat dikesan.

Masa turn Hael tu aku pergi berus gigi, biasanya ambil masa untuk berus gigi dan masa aku keluar tu turn hael dah habis. So tak adalah aku tengok persembahan dia tu dan tak tengok pun kat youtube walaupun ada. Sorry hael, walaupun i suka tengok muka u tapi tak boleh dengar suara you tu. Hahaha.

Sepanjang tengok ajl tu aku berdebar-debar macam aku lak yang buat show. Masa turn Salma, aku menghayati lirik dia dan dia nyayi jelas sebiji sebiji, vokal dan penafasan semuanya ok. Nampak jelas dia mengjiwai lagu sampailah perasaan dia tu dekat audience. Masa turn Ara pula, lagilah aku nervous sebab lagu dia jenis susah gila dan vokal kena mantap baru boleh nyayi lagu tu. Dengar jelas suara dia sakit masa live hari tu tapi dia cuba tarik sebaik mungkin. Good job ara walaupun closing part nampak macam tak berapa sempurna namun dapat standing ovation  dari penonton sama juga dengan yang lain.

Akhirnya sampai turn Ernie dan syamel. Part yang aku nanti-nanti selama ini akhirnya muncul juga. Lagi bertambah nervous aku sebab aku nak dia orang menang vokal terbaik. Tak duduk diam sepanjang dia orang perform, umpama aku lak nyayi lagu tu. Hahahha. Meremang bulu roma dengar suara dia orang. Wow wow wow dan wow!. Bila dengar suara ernie tarik dan buat suara soprano pergh lagilah best dan meremang. Siap aku bagi standing ovation kat rumah nasib baik aku tengok sorang-sorang so bolehlah over sikit kan. Hahaha.

Ramalan aku benar belaka dia orang menang untuk kategori vokal terbaik. Mesti bangga ziana dan anuar zain anak buah dia menenangkan. Bila umum jampi menang aku terus tutup tv pergi tidur!. Hahaha.😝

Tu je lah aku nak taip malam ni yang mana ambil masa berjam baru siap. Hahaha. Happy weekend awak semua and take care!.

Sayonara!.

4 comments:

  1. Asak takleh dengar lagu Jampi?

    ReplyDelete
  2. benda dah lepas usah dikenang. hahaha

    ReplyDelete
  3. Benci betul dengan lagu jampi...hahaha. Takpe, lagu pematah hati kan ada...

    "kau mencuba la..ri...memanggil kem..bali..cumicumicumicumi"

    ekekeke

    ReplyDelete
  4. hahahha. abang kamen macam tahu2 je. tiap2 hari dengar lagu tu..cumicumi.hahahaha

    ReplyDelete