Pages

Clik Me

Friday, 2 March 2018

Aku dan HIV.

Friday, 2 March 2018

*Entri mungkin akan panjang dan membuatkan anda rasa bosan*.

Hello and Hai.

Aku tak pasti samaada patut atau tidak aku menulis entri yang bertajuk demikian. Niat aku cuma untuk berkongsi dengan yang lain apa yang aku alami dan mungkin akan menjadi rujukan kepada yang lain.

*tarik nafas*.


Kisah ini bermula pada pertengahan tahun lepas yang mana aku kerap jatuh sakit. Sakit aku selalu demam, sakit tekak, boleh dikatakan sebulan sekali pergi klinik. Sampaikan dokter dah bagi antibiotik terbaik dan terkuat sekali pun masih tak baik juga. Demam akan berulang-ulang setiap bulan. Bila makan antibiotik akan baik dan dah habis ubat akan sakit balik, sampaikan dokter suruh ambil test darah mana tahu denggi katanya tapi bila tengok dekat badan aku tak ada simpton denggi.

Aku sampaikan tak tahu apa kena dengan diri aku. Selalu sangat sakit, tak dapat tidur malam, penampilan diri sampaikan macam tak terurus. Aku tak tahu apa yang aku harus lakukan supaya aku sihat seperti dulu, tanpa perlu makan ubat.

Aku memang alahan dengan cuaca daripada zaman sekolah lagi, bila panas akan demam, tumbuh ruam merah-merah, ada part anggota badan akan merah-merah gatal-gatal tapi tak berlarutan dalam satu jangka yang lama. Aku dah tekad kalau tak baik juga pergi jumpa dokter pakar, habiskan duit pergi klinik banyak kali tapi tak sembuh.

Sampailah satu hari tu entah macam mana terdetik difikiran aku berfikir tentang 'hubungan' aku dengan M ( bukan nama sebenar). Terus rasa sejuk kaki dan tangan aku bila fikir apa yang aku dan M pernah buat sebelum ni dan bertambah seram sejuk bila aku search pasal benda tu di google. Semakin banyak aku baca semakin aku rasa takut. Dalam fikiran aku dah fikir macam-macam apa nak buat ni apa nak buat ni. Tapi depan family aku coverlah nampak macam biasa je walaupun sebenarnya aku serabut.

Sebelum aku teruskan aku putarkan balik masa bagaimana aku dan M boleh berjumpa.

******Flashback****

Daripada satu apps yang telah temukan aku dan M apabila dia taps aku dan aku taps back pada dia. Perbualan yang ringkas beserta pertukaran gambar dilakukan kerana gambar profile tidak full. Setelah rasa tertarik pertemuan diaturkan oleh dia dan aku setuju.

Ketika aku mencari dia di lokasi yang diberikan aku tidak jumpa dia. Entah macam mana ketika aku toleh kekiri terlihat satu susuk tubuh yang memerhatikan aku.

Mata kami bertentangan antara satu sama lain. Aku mengaturkan langkah kearah dia dan masa itulah berkumandang lagu Jampi.



Kami berbual-bual dan dalam pada masa entah macam mana M berjaya kiss. Aku terkedu namun aku tidak membantah. Dia inginkan lebih tapi sempat aku halang dan aku tanya dia.

me:

'Awak clean.?'

dia :

'Ye saya clean.'

me:

'Betul ni?. Pasti?'.

dia:

'Sumpah (sambilangkattangan) saya clean.'

me: 

'Mana awak tahu awak clean?.'

dia:

'Saya dah check dah, clean. Tak kan saya nak buat kalau tak clean.'

Aku diam. Sebenarnya masa awal-awal aku masuk kelokasi dia aku ternampak sesuatu. Dia baru buat test kit hiv, ada jarum untuk cucuk jari atas meja dia dan beberapa barang lain lagi. Maka aku yakin dia clean dan bermulalah bulan madu.

Sambung cerita...

Aku tak tahu nak buat samaada nak pergi test darah ke, biarkan sahaja atau macam mana. Aku baca satu persatu info dan maklumat yang aku dapat dan mengatakan untuk mendapatkan hiv daripada aktiviti yang aku dan M lakukan agak tips risiko untuk dapat hiv.

Aku cuba sedapkan hati, semuanya ok tak ada masalah. Maka aku ambil keputusan pergi buat test darah kat Lab, walaupun berbayar tapi cepat dapat result.

Tips untuk anda kalau nak test untuk hiv. Pergi sahaja mana lab, klinik, hospital cakap nak buat test untuk hiv dan jangan banyak cakap. Diam sahaja sampai darah kau diambil. Aku lagi prefer pergi lab sebab tak yah berurusan dengan banyak sangat orang. Tapi pastikan kau orang dah buat hubungan itu selepas 3 bulan sebab hiv akan dapat dikesan selepas 3 bulan perhubungan.

Aku ambil test hari jumaat dan dapat result hari sabtu. Berdebar masa ambil darah tu, tapi cool je lah dah lah banyak pula wanita melayu yang kerja kat situ aku buat biasa je. Hahaha. Walaupun nampak sangat dia orang macam pelik. Hahahha.


Kali kedua aku ambil test darah dalam hidup aku. Lepas dah sudah semua aku tak terus balik sebabnya nanti family aku akan nampak tampal macam tu. Aku luahkan masa dengan jalan-jalan sekejap sampai rasa darah tu dah kering baru aku balik. 

Esoknya, pagi-pagi aku call lab result dah keluar belum. Nasib baik dah keluar pergh lega hati aku. Sebabnya kalau result kau positive akan ambil masa untuk dapat, kalau negative keesokannya dah boleh ambil.



Yang aku tahu aku clean 100% dan rupannya sakit disebabkan perkara lain. Lepas aku dah jumpa dokter dah kira ok sikit, cuma sekarang ni adalah sikit-sikit side effect dia tu. Tu kalau ada masa kau cerita dalam entri yang lain ok awak semua. Selamat malam.

Sayonara.

Sayangi diri mu sebelum anda sayang orang lain.








9 comments:

  1. Beb sumpah nervous gila baca entry ni. Whatever u wanna do please stay safe and have a protection.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taip entry ni pun nervous wak..ok2 you too k.

      Delete
  2. Beb sumpah nervous gila baca entry ni. Whatever u wanna do please stay safe and have a protection.

    ReplyDelete

Macho Lelaki © 2014