Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 23 May 2018

Salam 7 Ramadan.




780 Likes, 25 Comments - r u q i y a (@ruqiyaimtiaz) on Instagram: “Ramadan Mubarak to all!!! may this Ramadan heal our hearts, cleanse our minds, and purify our…”



Hello and hai.

Apa khabar awak semua yang tengah membaca ni?. Diharapkan anda semua sihat hendaknya supaya dapat berpuasa dengan sempurna. Tanpa sedar dah pun masuk 7 ramadan, macam mana puasa kau orang semua, ok ke ko?. Hahaha.

Puasa aku so far ok tak ada masalah, cuma tu lah bila time buka tu makan terlebih banyak. Tak kuruslah jawabnya macam ni, dah lah seluar semuanya tak muat. Macam mana nak beli baju raya ni kalau macam ni??. Hahaha

Cakap pasal baju raya, kau orang punya tahun ni warna apa?, Aku belum decide lagi nak pilih warna apa. Ramadan kali ini tak memasak pun, beli lauk kat bazaar je kalau masak pun membazir.

Apa yang best bila pergi bazaar bukan sebab pasal makanan je tapi dapat cuci mata sekali. Hahaha. Nasib baik tak terjumpa mana-mana ex tahun ni, harapnya tak adalah jumpa. hahaha. Ok la sampai sini sahaja, jumpa lagi.

Sayonara...


Monday 7 May 2018

Hello May.


Hello and Hai.

Ketika entri ini ditulis saya sudah pun selesai menjawab final exam. Macam biasa dah namanya exam ada soalan yang membuatkan saya berfikir lebih 5 kali sampaikan 'pengawas' dewan exam tu pun dah cam muka saya, 'budak paling last keluar'. Hahaha.

Dah habis exam saya gunakan untuk tengok movie, makan, minum,dengar lagu kecuali tidur masih ada masaalah tak boleh tidur. Hahahaha.

Minggu depan dah ada pilihan raya, kemudian dah puasa. Erm, cepat masa berlalu. Macam mana dengan persiapan anda semua bagi menyambut ramadan?. Saya dah beli stok kurma dan adalah kemas rumah sikit-sikit sebab masa exam hari tu tak sempat nak kemas.

Awak semua dah ganti puasa belum?, Hehehe. Hari Rabu ni dah sampai masa untuk kita mengundi dan ini kali pertama saya sebagai rakyat Malaysia mengundi, wow! rasa dah dewasa dah wak. Kalau sebelum ini tengok sahaja orang pergi mengundi dan kali ini diri sendiri yang pergi mengundi lak.

Maka dengan itu, sebelum pegi mengundi dapatkan sedikit informasi apa yang perlu dibuat semasa proses pengundian berlaku. Nanti tak adalah gelabah lak kan masa sampai kat tempat megundi tu. Hehehe...

Cukup sahaja sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti sebelum puasa akan update entry yang lain pula. Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia!. 

Sayonara.