Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 26 December 2018

December 2018.

Hello and Hai...

Welcome back to my blog guys!. Semalam cuti kau orang buat apa?. Pi dating ke open house ke duk rumah macam aku?. Hehehehe.

Aku rasa tahun ini adalah tahun yang paling kurang aku buat entry kat dalam blog, kalau ada pun pasal cinta dan perasaan je. Hahahaha. Geli wei bila mana aku baca balik, macam tak ada apa-apa input yang berguna untuk bertulis ke der kat dalam ni. Hahaha. Nak buat macam mana kan banyak sangat benda yang lebih penting harus dilaksanakan dan blog pun terbiar sepi bersawang.


Aku semakin lama semakin berjaya mengemukan badan 😞. Agak sukar untuk diet atau kuruskan badan kalau duduk dengan parents plus tinggal aku je kat rumah. Maka segala makanan akulah yang kena habiskan semua. Kalau dulu ada abang-abang aku so makanan tak adalah membazir je macam tu. Nak pergi gym macam segan je wak, maka besarlah badan aku semakin hari. Hahahaha.

Tak lama lagi nak masuk tahun baru dah, kau orang dah ready belum nak melangkah masuk tahun baru ni?. Kalau aku, erm macam ok2 je tak adalah excited mana pun dan tak ada letak apa-apa harapan pun untuk tahun depan pun. Kita biasa-biasa je wak, tak nak letak apa-apa azam atau harapan. Biarlah kita follow the flow je wak, itu lebih baik dan bagus. Takutnya nanti banyak sangat azam atau harapan akan terbeban nanti kalau tak dapat. 

Ok lah sampai sini sahaja, semoga kita dapat jumpa lagi pada waktu yang lain. Jaga diri, jangan nakal-nakal ya awak semua..

Sayonara..









2 comments: