Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 1 September 2019

𝓒π“ͺ𝓡π“ͺ𝓢 π“œπ“ͺπ“ͺ𝓡 𝓗𝓲𝓳𝓻π“ͺ𝓱 1441

Image result for maal hijrah 1441

π’œπ“ˆπ“ˆπ’Άπ“π’Άπ“‚π“Šπ’Άπ“π’Άπ’Ύπ“€π“Šπ“‚.

Hello and Hai.

Sebelum menaip apa-apa aku nak ucapkan selamat hari kemerdekaan buat Malaysia tanah tumpah negaraku yang tersayang yang ke-62 #MalaysiaBersih. Alhamdulilah semalam kita sambut merdeka dan hari ini kita sambut Maal Hijrah. Maka Malaysia pun bercuti berturut-turut semuanya senang hati. Gituuu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini malam kemerdekaan duduk sahaja dirumah tengok tv sahaja tanpa perlu keluar. Siapalah nak keluar dengan kita kan so duk je rumah. Nasib baik area rumah ada sambutan maka dengarlah juga bunyi bunga api.

Dah berhari-hari tak keluar rumah sebab malas nak hadap kesesakan lalu lintas. Biasalah wak duk melaka ni cuti-cuti macam ini nak pergi beli barang pun tak ada mood. Dah lah guardian ada sale sekarang ni, tak boleh jadi esok kena keluar beli barang jup. Hahaha.

Aktiviti hari Ahad ini tadi aku kemas laman depan kiri kanan belakang rumah sampai bersih cuma belum sempat nak siram pokok sebab matahari dah tinggi kulit jadi gelap walaupun dah pakai sunblock dah. Rasa sado lak bila buat kerja banyak-banyak ni. Hahaha.

Back to our topic, semoga tahun baru ini aku akan lebih baik daripada tahun sebelumnya, kena banyak jaga mata tundukan pandangan (hahahaha) dan benda-benda yang baik sahaja berlaku dalam hidup aku serta kalian juga ya. Kita semua manusia yang membuat dosa dan kesalahan namun itu bukan alasan untuk kita tidak mengubah diri kearah yang lebih baik.

Walaupun dimana sahaja anda berada jagalah diri, sayangilah diri anda kerana anda bergitu berharga. Usah ikutkan nafsu yang bergelora didalam diri yang hanya adalah sementara sahaja. Semoga kita semua menjadi manusia yang baik daripada semasa ke semasa. Sampai kita ketemu lagi andai umur panjang dan diberikan kesihatan..

Sayonara!.




Thursday 20 June 2019

Penat.

Green leaves wallpaper #kazzimli #wallpaper



Hello and hai..

Aku rasa penat, penat dalam semua hal..

Penat menjaga hati orang tapi orang tak tahu..

Penat dalam menarik perhatian tapi tak perasan..

Nak yang macam mereka ada tapi sendiri tiada..Bohonglah cakap bila tengok orang bercouple ke keluar date hati ini terdetik lah nak juga macam tu..tapi sedar diri yang aku ni sejenis sendu maka mampu berhuhuhu je lah.

Penat melihat kerenah manusia yang penuh toksin

Dengan kepenatan mengharungi perasaan songsang ini lagi.

Tapi ends of the day aku sedar diri yang aku bukannya baik sangat pun, bukan perfect sangat pun bukan setia mana pun.

Jadinya dia macam win-win situation lah gayyytuuu.

Don't worry guy's aku ok je sahaja nak buat luahan perasaan kat sini..

Sebelum terlupa, SeLaMaT hArI RaYa MaAf ZaHiR dAn BaTiN buat anda semua andai terkasar bahasa dalam berkomen, terlupa balas komen atau apa sahaja.

Ok lah aku nak siapkan kerja jup lepas tidur, perut ni malam-malam lah juga nak lapar. selamat malam.

sayonara!.



Monday 29 April 2019

Menuju Ramadan 2019.

Hello and Hai.

Sudah terlalu lama aku meninggalkan dunia blog, dunia yang aku fantasi bagi mimpi-mimpi aku. Kesibukan didalam dunia realiti membuatkan aku seakan melupakan dunia fantasi aku ini. Tiap kali nak menaip masa tu lah tak ada waktu yang terluang. Aduh.. 

Banyak yang sudah berubah dari tahun ke tahun samada ia menjadi lebih baik atau tidak kita sendiri yang menentukan perkara tersebut. Sekiranya ia tidak mencapai apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita boleh mengubahnya menjadi lebih baik. Ingatlah bahawa tiada apa yang sempurna dalam dunia ini.

Tanpa kita sedar kita sudah pun hampir memasuki bulan ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja. Semoga ramadan tahun ini adalah yang lebih baik daripada tahun lepas. Tak sabar rasanya nak puasa, merasai suasana puasa dan sebagainya. 

Semoga saya dan awak semua sentiasa berbahagia dan gembira tak kiralah dimana pun anda berada atau dengan siapa anda bersama. Sampai kita berjumpa lagi pada masa akan datang.

Sayanora,

Carleed Danial.


Sunday 13 January 2019

Januari 2019.

Related image



Hello and Hai.

Selamat datang ke dalam dunia tahun baru 2019, hari ini dah masuk 13 hari kita semua di tahun baru. Macam mana dengan kehidupan kau orang?. Ada perubahan atau sama sahaja macam sebelum-sebelum ini. Bagi aku sendiri hari-hari aku sama cumanya bagi tahun baru ini aku ada matlamat yang harus dicapaikan. Diharapkan matlamat tersebut tidaklah hanya jadi sebagai angan-angan je. Hahahaha.

Biasalah awal tahun je bersemangat nak buat itu dan buat ini, nanti hujung-hujungnya erm macam tak ada apa pun yang terjadi. Hahahaha. Sekarang ini aku masih dalam cuti semester lagi dan result belum dapat penuh lagi. Omg! nervousnya kita wak, yang lain dah dapat result penuh aku je belum. Harapnya dapatlah semua pass hendaknya.

Dua minggu lagi sem baru akan bermula dan kehidupan akan bertambah busy. Buat masa sekarang ni aku tengah mencari bahan-bahan untuk membuat assignment supaya senanglah untuk aku buat nanti. Belum masuk sem result exam pun belum dapat, soalan assignment dah sampai dulu. Sekarangkan semuanya online, semua ada dalam sistem tu. Hahaha.

Sebenarnya banyak benda nak taip tapi tu lah bila mana dah hadap laptop ni semua benda dah lupa. Hahaha. Aku harap tahun 2019 dapatlah aku ada masa untuk diluangkan bagi menulis blog yang semakin lama semakin aku rasa sepi dan bersawang ini. Hahaha. Dan diharapkan juga para blogger yang lain pun ada masa untuk menulis blog. Rindu sebenarnya nak baca blog kalian. Hehehe.

Sampai disini sahaja dan diharapkan dapat berjumpa lagi dikemudian waktu nanti.

Sayonara..