Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 13 January 2019

Januari 2019.

Related image



Hello and Hai.

Selamat datang ke dalam dunia tahun baru 2019, hari ini dah masuk 13 hari kita semua di tahun baru. Macam mana dengan kehidupan kau orang?. Ada perubahan atau sama sahaja macam sebelum-sebelum ini. Bagi aku sendiri hari-hari aku sama cumanya bagi tahun baru ini aku ada matlamat yang harus dicapaikan. Diharapkan matlamat tersebut tidaklah hanya jadi sebagai angan-angan je. Hahahaha.

Biasalah awal tahun je bersemangat nak buat itu dan buat ini, nanti hujung-hujungnya erm macam tak ada apa pun yang terjadi. Hahahaha. Sekarang ini aku masih dalam cuti semester lagi dan result belum dapat penuh lagi. Omg! nervousnya kita wak, yang lain dah dapat result penuh aku je belum. Harapnya dapatlah semua pass hendaknya.

Dua minggu lagi sem baru akan bermula dan kehidupan akan bertambah busy. Buat masa sekarang ni aku tengah mencari bahan-bahan untuk membuat assignment supaya senanglah untuk aku buat nanti. Belum masuk sem result exam pun belum dapat, soalan assignment dah sampai dulu. Sekarangkan semuanya online, semua ada dalam sistem tu. Hahaha.

Sebenarnya banyak benda nak taip tapi tu lah bila mana dah hadap laptop ni semua benda dah lupa. Hahaha. Aku harap tahun 2019 dapatlah aku ada masa untuk diluangkan bagi menulis blog yang semakin lama semakin aku rasa sepi dan bersawang ini. Hahaha. Dan diharapkan juga para blogger yang lain pun ada masa untuk menulis blog. Rindu sebenarnya nak baca blog kalian. Hehehe.

Sampai disini sahaja dan diharapkan dapat berjumpa lagi dikemudian waktu nanti.

Sayonara..