Pages

Click Me

Sunday, 10 March 2019

Dear, Mantan. Episode 1.


Aku tersedar sendiri apabila mentari mencuri masuk melalui tirai kamar. Mata aku merenung kosong ceilling kamar seoleh memberikan minda aku berfikir apa yang harus aku lakukan.

'Terbitnya mentari pagi esok, maka terputuslah hubungan kita.'

Aku bangun dari tidur yang lena berlalu ke dapur dan mencapai mug untuk membuat milo suam. 

Sunyi sepi hanya kedengaran keciauan burung-burung bertebangan dari satu pokok ke satu pokok yang lain.

Mata aku terus merenung ke luar jendela dapur sambil menghirup perlahan air milo suam yang sebentar tadi aku buat. Secara perlahan aku menutup kelopak mata seakan memberikan semangat buat aku.

"Good morning ash, miss you"

Terbuka kelopak mata aku, suara itu seakan berbisik di telinga aku. Cuma aku di ruangan dapur melihat pandangan pagi sambil duduk menghirup air milo suam. Tiada siapa disitu. 

Suara itu, suara yang sentiasa bersama aku setiap hari. Akhirnya tinggal aku sendiri.

"Kita pun tahu perpisahan ini akan terjadi tetapi tidak tahu bila dan mengapa hubungan ini akan terputus."

Bila difikirkan balik timbul rasa kekesalan apabila aku menyambut salam perkenalan daripada kau namun aku juga bersalah tanpa ragu-ragu salam perkenalan yang kau hulurkan itu aku menyambut dengan hati yang terbuka.

Dan akhirnya aku sendiri yang bersendirian ditempat yang sama cuma situasi yang berlainan dalam membuang segala memori kau dan aku satu masa dahulu.