Hello and hai peeps!
Selamat tahun baru 2026 aku ucapkan kepada semua yang sudi membaca entry kali ini. Maaflah sekiranya dah lama tak update blog ini mana tidaknya kesibukan yang tidak dapat dielakkan orang kata. Itu yang dah lama tak menulis dalam ini. Dapat aku lihat rakan blog yang lain sudah sepi juga, rindu kalian semoga kalian sihat hendaknya dimana juga anda berada.
Tahun 2025 merupakan tahun yang agak mencabar dalam hidup aku mana tidaknya aku keluar daripada zon selesa aku dalam mencuba sesuatu yang baru. Walaupun tidaklah bergitu berjaya namun banyak kenagan dan pengalaman yang aku kutip selama ini.
Erm, bukan mudah menjadi orang dewasa awaknya. Namun hidup harus diteruskan dalam dunia ini tak kiralah apa juga yang berlaku dalam hidup kita. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ini. Tahun 2025 ditutup dengan perkahwinan erra fazira, she so cantikkann..

