Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 31 October 2018

Happy Birthday 30/10/2018.


Allah Selamatkan Kamu.
Allah Selamatkan Kamu.
Allah Selamatkan Kamu.

Happy Birthday To You.
Dear myself, happy birthday.

Asssalamualaikum,

Sudah terlalu lama tidak aku menulis apa-apa didalam blog ini. Minta maaf andai anda kebosanan membaca entri yang sama berulang kali, entri pasal putus cinta yang tak move on.

Alhamdulilah, birthday tahun ini aku dikurniakan dengan insan yang sayang dan ingat pada aku. Diawal pagi lagi aku sudah terima ucapan selamat daripada rakan-rakan yang rapat dengan aku. Berbeza dengan tahun lalu, hanyalah sepi dan menjadi tanda aras tamatnya hubungan aku dengan dia. Hahaha.


Pada awalnya aku kira mood aku akan swing apabila teringat peristiwa yang lepas namun Tuhan itu memang adil dan penyayang. Terjadi sebaliknya, satu hari penuh semalam aku menerima ucapan baik dari whatsapp dan media sosial. Terima kasih ya Tuhan kau kirimkan kepada aku insan sebaik mereka semua, sentiasa menceriakan aku dari pagi sehingga lewat pagi.

Aktiviti semalam makan-makan dengan keluarga dan potong kek untuk 3 birthday boy yang aku dah tempah minggu lepas. Borak-borak sampai tengah malm lepas tu berakhirlah majlis. Hahaha. Buat pertama kali aku buat decoration sikit main tampal-tampal kat diding. HAHAHA. 

Lantaklah nak bukan selalu pun kan setahun hanya sekali. Hahahaha. Bila lagi nak happy dan mengembirakan hati sendiri. Sekarang aku mengamalkan konsep happykan sendiri sampaikan berat badan pun dah menaik mencanak. Hahahaha.

Cukuplah tulisan sampai disini sahaja, semoga kita berjumpa lagi.

Sayonara. Xoxo.


Wednesday, 23 May 2018

Salam 7 Ramadan.




780 Likes, 25 Comments - r u q i y a (@ruqiyaimtiaz) on Instagram: “Ramadan Mubarak to all!!! may this Ramadan heal our hearts, cleanse our minds, and purify our…”



Hello and hai.

Apa khabar awak semua yang tengah membaca ni?. Diharapkan anda semua sihat hendaknya supaya dapat berpuasa dengan sempurna. Tanpa sedar dah pun masuk 7 ramadan, macam mana puasa kau orang semua, ok ke ko?. Hahaha.

Puasa aku so far ok tak ada masalah, cuma tu lah bila time buka tu makan terlebih banyak. Tak kuruslah jawabnya macam ni, dah lah seluar semuanya tak muat. Macam mana nak beli baju raya ni kalau macam ni??. Hahaha

Cakap pasal baju raya, kau orang punya tahun ni warna apa?, Aku belum decide lagi nak pilih warna apa. Ramadan kali ini tak memasak pun, beli lauk kat bazaar je kalau masak pun membazir.

Apa yang best bila pergi bazaar bukan sebab pasal makanan je tapi dapat cuci mata sekali. Hahaha. Nasib baik tak terjumpa mana-mana ex tahun ni, harapnya tak adalah jumpa. hahaha. Ok la sampai sini sahaja, jumpa lagi.

Sayonara...


Monday, 7 May 2018

Hello May.


Hello and Hai.

Ketika entri ini ditulis saya sudah pun selesai menjawab final exam. Macam biasa dah namanya exam ada soalan yang membuatkan saya berfikir lebih 5 kali sampaikan 'pengawas' dewan exam tu pun dah cam muka saya, 'budak paling last keluar'. Hahaha.

Dah habis exam saya gunakan untuk tengok movie, makan, minum,dengar lagu kecuali tidur masih ada masaalah tak boleh tidur. Hahahaha.

Minggu depan dah ada pilihan raya, kemudian dah puasa. Erm, cepat masa berlalu. Macam mana dengan persiapan anda semua bagi menyambut ramadan?. Saya dah beli stok kurma dan adalah kemas rumah sikit-sikit sebab masa exam hari tu tak sempat nak kemas.

Awak semua dah ganti puasa belum?, Hehehe. Hari Rabu ni dah sampai masa untuk kita mengundi dan ini kali pertama saya sebagai rakyat Malaysia mengundi, wow! rasa dah dewasa dah wak. Kalau sebelum ini tengok sahaja orang pergi mengundi dan kali ini diri sendiri yang pergi mengundi lak.

Maka dengan itu, sebelum pegi mengundi dapatkan sedikit informasi apa yang perlu dibuat semasa proses pengundian berlaku. Nanti tak adalah gelabah lak kan masa sampai kat tempat megundi tu. Hehehe...

Cukup sahaja sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti sebelum puasa akan update entry yang lain pula. Selamat mengundi wahai rakyat Malaysia!. 

Sayonara.








Friday, 9 February 2018

Hello February 2018!.


Image result for february

Hello and Hai.

Sepatutnya dah lama update blog ni tapiiii layan sangat twitter sampai ke malam baru nak update. Hahaha. Dah pun masuk bulan baru tahun 2018, baru terasa masa berjalan dengan pantas berbeza dengan bulan Januari lepas rasa tak ada apa-apa.

Dunia blog semakin lama semakin sepi, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Semalam ada beberapa rakan blog yang update entri mereka, dapatlah baca kisah semasa mereka. Rindu sangat nak baca blog kau orang semua, silalah update walaupun tak kisah nak diceritakan pun. Hehehe.

Oh ya, wechat akaun aku dah delete hari ini. Setelah aku berfikir dan berfikir lebih baik aku delete buat pening kepala je nak uruskan banyak akaun media sosial. Yang mana ada IG atau twitter tu follow aku, tapi aku lebih aktif ditiwitter berbanding di facebook. Akaun fb pun sendu tak bernyawa pun, kalau orang hantar massage pun lama gila baru aku nak replay. Hahaha.

Kau orang tengah buat apa tu?. Aku didalam proses untuk rajinkan diri membaca buku. Entah kenapa aku dah malas nak baca buku, novel ke apa seangkatan denganya. Sebab banyak komitmen aktiviti membaca tu aku dah buang jauh dari hidup aku. Bila ada test,kuiz, final baru hadap buku kalau tak terbiar tersadai disitu tanpa diusik. Apa nak jadi dengan awak ni. Hahaha.

Untuk itu aku mencari inspirasi dan idea untuk merajinkan diri membaca dan fokus,fokus,fokus buat kerja semua daripada spend time dengan media sosial semuanya itu. Lagi-lagi dah beli gadget baru ni kalau boleh 24 jam nak pegang sebabnya nak biasakan diri pakai apps dia. Alasan semua. Hahaha.

Cuti raya cina kau orang buat apa?. Kalau aku memang tak kemana ada je kat rumah ni sebab tak keluar pergi mana pun. Kalau keluar pun beli barang lepas tu balik terus atau pun keluar cuci mata tengok barang-barang sambil survey harga, manalah tahu kalau nak beli nanti senang.

Ok lah sampai sini sahaja untuk kali ini, saya ada nak siapkan tugasan saya malam ni, Biasalah manusia suka buat kerja last minit sampai mata pun dah macam panda. Sekian.

Sayonara!.


Thursday, 4 January 2018

Selamat Datang 2018.






Hello and Hai!.

Selamat datang ke entri tahun 2018. Sepatutnya bulan lepas dah buat entri namun malas nak taip maka wujudlah tahun ni.

Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang mengenali diri aku serta pembaca-pembaca sekalian, semoga tahun ini menjadi tahun yang dipenuhi oleh kebahagian,keberkatan dan segala yang baik hendaknya. 

Aku tak ada sesi sambut tahun baru atau apa, duduk dirumah macam biasa. Oh ya, sejak tahun lepas berat badan aku seakan bertambah yang mana dapat aku lihat dari segi fizikal aku. Ini semuanya sebab banyak sangat makan manisan sebab rajin sangat buat kek, biskut maka bertambahlah selera makan aku.

Buat masa ini aku belum ada kesedaran lagi untuk kuruskan badan atau pun apa sahaja aktiviti fitness. Walaupun macam mana aku tetap lakukan sedikit senaman yang ringan dan senang supaya badan aku tidak terlalu kembang akibat makan terlalu banyak.



Throwback 2017? Erm, tak payahlah nak diingati benda dah lepas. Tahun baru, semangat baru,buku baru,pengalaman baru. Apa yang terjadi tahun lepas kita simpan diam-diam dalam blog ni. Hahaha. Baru awal tahun maka kenallah bersemangat sikit. Positifnya diri daku tahun ni. Ni mesti kesan makan banyak sangat ni sampai hormon terlalu gembira. Hahaha.

Banyak lagi benda perlu difikirkan selain dari cinta, hubungan, lelaki, semua tu. Kalau ada maka adalah kalau tak ada biarkan je lah. Tahun ni umur semakin meningkat menjadi dewasa tapi kalau ikut dari segi muka lebih tua daripada umur dalam ic!, sejenis muka matang terlalu cepat. Hahaha.

Tak ada apa lagi nak tulis jumpa lagi di lain entri.

Sayonara!.