Dear Diary,
Hello and hai.
Kerja hari ini sangat-sangat banyak di samping dengan tekak yang sakit dan tiba-tiba hidung yang berair keluar. Dugaan. Terus sakit kepala dan hari ini cuti untuk work out. Bila dah macam ni felling2 nak bermanja pulak. *Gedik sangat*. Bila waktu tak ada kerja memang tak ada kerja sampai mati kutu tak tahu nak buat apa.
Antara kerja yang perlu di siapkan, kerja sekolah, kemas rumah semua bagai termsauk siram pokok, jemur baju, basuh baju handwash dan sebagainya. Dan juga pesanan yang telah di tinggalkan untuk aku, antaranya:
'Adik, petang nanti orang elken nak datang service, tengok-tengokkan ya'.
'Adik, nanti tolong kemaskan bilik aku (abgngah) k'
'Adik, nanti pos laju datang tolong ambilkan barang akak, make sure ada semuanya'
'Adik, nanti tolong printkan ye, esok nak bayar'.
Semuanya dah beres cumanya yang kena print tu aku lupa nak print dan juga elken service kul 5 p.m nanti. Sambil tu buat kerja sekolah yang sikit lagi je nak habis ni. Nasib baik selsema kena waktu tengah hari kalau pagi tadi memang tak dapatlah nak buat kerja rumah.
Ok, setakat ni je, tak ada idea. Update blog sambil selsema dan sakit kepala. Malas nak makan ubat nanti tertidor.
Sayonara..