Hello and Hai..
Happy birthday to me
Happy birthday to me
Happy birthday to me..
Semalam, 30 Oktober merupakan birthday aku dan jatuh pada hari Jumaat. Kalau last year hari khamis. Tahun ini sama dengan hari aku dilahirkan pada hari Jumaat dan selepas solat Jumaat Jumaat sekitar jam 2.09 minit petang.
Bila dah meningkat remaja ni, dah tak kisah dah kalau ada kek ke hadiah ke atau sebagai. Rasanya sama je macam hari-hari biasa. Family aku bukan jenis yang buat parti, surprise ke. Tak ada itu semua. Yang ada makan-makan seisi keluarga dekat mana-mana tempat yang jarang makan dan balik makan kek. Tapi semalam tak sempat disebabkan hujan lebat maka malas nak keluar. Kek pun baru tadi beli.
Pagi semalam, ada someone send ni kat chat. Siap ada birthday kek lagi. Terharu rasanya. Ada juga yang ingat walaupun sebenarnya orang tu terlupa. Hahahaha..
Dapat dua gambar semalam...terharu, happy semuanya ada. Walaupun hanya lukisan tapi nilai tinggi. Nanti next time lukis gambar bear k sebab aku suka bear. Hahahaha..terima kasih kat someone yang hantar 2 gambar ini dan sudi melayan kerenah aku ni.
Sambut birthday bulan Oktober ini sangat meriah rasanya, 9.10 birthday hanis zalikha, 13.10 birthday abg aku, 20.10 birthday kwn aku, 21.10 anak buah aku, 29.10 maya karin dan 30.10 macho lelaki. Birthday yang lepas dah muak makan kek secret recipe, maka birthday aku kali ini beli kat kedai biasa je. Baru beli kul 12 tadi. Dah makan sampai setengah. Macho lelaki kan suka makan kek lepas tu complaint gemuk..hehehe
Ucapan aku semperna birthday aku kali ni, semoga aku dikurniakan kesihatan fizikal dan mental yang sihat dan cergas. Mempunyai akal fikiran yang dapat memberikan idea-idea yang bernas. Sentiasa di rahmati oleh Allah s.w.t sepanjang hari. Sentiasa bersyukur diatas kekurangan dan kelebihan diri. Semoga dapat sambut birthday pada tahun hadapan lagi. Amin....
Have a nice weekend..
Sayonara.


