Welcome back to my blog......SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN GUYS!.
Entry yang terakhir aku tulis ketika baru bermulannya PKP agak lama adalah 2 bulan lebih macam tu. Apa khabar anda semua? Harapnya anda semua selamat dan dapat balik kampung beraya. Tapi ingat jaga jarak jaga diri jaga keselamatan kira jaga semualah.
Ye aku tahu raya tahun ni tak best tapi nak buat macam mana kan.. itu pun kerajan kita dah sebaik sehabis mungkin buat terbaik untuk kita semua..bersabarlah kita semua.
Sebelum puasa hari itu aku ada ambil exam dan beberapa sebelum raya sekali semuanya atas talian. Agak mencabar bila ambil online dengan sistemnya selalu hang dan waktunya terhad. Tapi alhamdulilah semuanya selamat dihantar pada tepat waktunya.
Beberapa hari yang lepas aku tengok result...nervous wei, nak exam nervous nak tengok result pun sama!. adakah saya manusia yang pelik?? Hahaha.. Alhamdulilah result di musim PKP ini amat baik..Satu je dapat B plus, yang lain alhamdulilah A!..
Terkejut juga tengok result macam tak percaya je tapi tu lah dah namanya rezekikan..bersyukur sangat..di sebalik terjadinya sesuatu adalah hikmahnya..Alhamdulilah!.
Terbalas semua kepenatan bersengkang mata malam-malam buat assigment baca buku hasilnya luar biasa.
Next day pas dapat result mulalah sem baru dan munculnya assigment..Date line sebelum raya haji! kemain eh mentang-mentang sem lambat mula. hahaaha.. siapa kata masuk IPTS ini senang???, Ingat otak kita macam Dr Amalina ke apa?? Hahahaha.
Okaylah awak, sampai sini sahaja. semoga kita jumpa lagi..jaga jarak sosial, pakai mask!.jangan merayau..#kitajagakita #covid-19
Sayonara!.