Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday, 12 October 2026

Tragedi Oktober 2026




Hello and hai,

Lamanya tak menulis blog ni sampai nak lupa macam mana nak menulis dah. Hahaha. Nasib baik email dan password masih ingat lagi kalau tak memang tak akan buka. Masih ada lagi yang membaca blog pada masa sekarang ni? dengan lambakan sosial media dan yang terbaru @thread makin ramai yang rupa tentang kewujudan blog ini.

Macam mana dengan kehidupan anda yang membaca ini? semoga anda semua gembira, sihat dan yang terbaik dalam kehidupan anda. Jangan lupa jaga kesihatan waktu jerebu ni, macam biasalah kalau bukan negara jiran yang membuat pembakaran terbuka (tepuk muka) kang cakap banyak-banyak dia kata oxygen daripada dia katanya. Peninglah macam ni dapat jiran ni.

Dalam pada kita tak sangka sudah pun masuk bulan oktober dan lagi 2 bulan nak masuk tahun 2027 tanpa kita sedarkan. Bila masuk bulan 10 baru teringatkan nak menulis, sebenarnya ada je nak menulis tapi tulah terleka buat benda lain. Bila umur dah macam mana rasa tak berapa rajin nau nak menulis (macam dah tua pulak). HAHA. 

Aku rasa marah kenapa erk dalam banyak bulan lain dalam setahun perlu pilih oktober untuk menjadikan lagu pastu tajuk lagi "tragedi oktober" geram betul aku dengan uncle awie seolah-olah bulan 10 ni macam teruk sangat, Haha.

Rasanya sampai sini sahaja, semoga aku dan kita semua istiqamah untuk menulis blog

Sayonara people! xoxo

No comments:

Post a Comment