Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday, 17 February 2014

Anak Ikan

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin, selamat bekerja dan selamat sebagainnya kepada anda semua. Buat pertama kalinnya di dalam sejarah hidup aku mula menjalinkan hubungan dengan orang yang lebih muda daripada aku.

Di awal perkenalan aku tak tahu pun dia lebih muda daripada aku 2 tahun, cuma berbalas chat itu pun tidak selalu. Dia adalah cuba bagi hint yang dia suka aku namun pada ketika itu aku tidak memikirkannya. Dan sehinggalah satu hari aku tanya kat dia betul ke suka kat aku dan mula daripada situ kita orang mula rapat.



Tapi bukannya terus menjadi couple masih di dalam proses mengenali hati budi bicara katannya. Aku ok je sebabnya aku pun bukannya dah lama kenal dia kan dah aku rasa dia muda macam tak serius je nak bercouple. Walaupun dia muda sikit dari aku namun dari segi fizikal dia sebaya dengan aku.

Aku ada tanya dia tak kisah memilih aku yang lebih berusia dari dia dan dia lebih suka seorang yang matang katannya. Kisah ni terjadi masa bulan puasa tahun lepas. Dan hubungan kami adalah hubungan jarak jauh. Dia disana aku disini.



Bila lama ke lamaan hubungan aku dengan dia bagai tiada kata putus samada kita orang couple atau kawan sahaja dan aku memang jenis yang lebih suka berterus terang daripada menyimpan jadinnya aku bertanya macam mana hubungan kita dan dia kata kita teruskan macam biasa je.

Dan membuatkan aku rasa keliru di sini patutkah aku menduakan dia bila ada yang lain datang masuk line atau teruskan sahaja menunggu sehingga dia memutuskan aku dengan dia couple?.



Masa terus berlalu pergi dan kami membawa haluan masing-masing ada lah sekali dua je chat. Bukannya aku tak pernah memberikan chat, boleh dikatakan hampir setiap hari aku bagi chat cumannya dia saja yang tidak membalasnya dan daripada menunggu benda yang tidak pasti baik aku tak payah bagi chat kat dia.

Sekirannya melihat daripada segi pengalaman dia lebih banyak pengalaman berbanding dengan aku walaupun dia muda. HEHEHe. Dan aku pun  ada juga pengalaman akhirnnya terlanjur sayang dengan yang muda a.k.a anak ikan.



Bagi aku lebih baik terlanjur sayang dengan yang muda daripada hak orang kan. Lagi bahaya. Sekarang ni hubungan aku dengan dia macam tu je tak berubah dan dia pun tak lak ungkit tentang perkara lepas.





-Sekian-

Friday, 7 February 2014

Lelaki dan kain pelekat

Sesetengah lelaki bila pakai kain pelekat mesti nampak kejantananya, ada pulak nampak handsome dan jambu yang penting bila pakai kain pelekat mesti nampak sesuatu yang lain.hehe. Lebih parah kalau tak pakai sarung di dalam..hehe.Memang terbang abang-abang punya burung. Ops!..













Bila abang-abang gym pakai kain pelekat mahu tak terliuh menengoknnya..

Semua gambar sumber google..


Monday, 11 November 2013

009 Musim Hujan Di Bumi Malaysia

Assalamualaikum..



Syukur ke hadrat Ilahi, masih bernafas lagi di muka bumi Malaysia..Sejak akhir-akhir ini hujan sentiasa membasahi bumi Malaysia samaada 24 jam atau pun siangnya hujan dan malam sudah reda dan juga sebaliknya,,




Hari ini hari Isnin, hari permulaan bekerja untuk sesiapa yang bekerja samaada swasta mahupun kerjaan. Aktiviti hari ini adalah seperti biasa mengemas rumah hanya di dalam sahaja, niat di hati mahu mengemas halaman rumah kerna banyak sekali daun-daun kering bertaburan di atas tar dan jalan masuk rumah namun niat itu terpaksa di pendamkan, mungkin esok saja laksanakannya. Hari ini jemuran baju agak banyak, semalam hujan tiada henti sehingga lewat petang baru reda dan nampaklah matahari mengeluarkan cahaya, 



Awal pagi tadi sudah mendung memanjang sebelum berhentinya hujan yang turun awal pagi sebelum subuh lagi. Rasa bimbang juga mahu menjemur pakaian kerna mataharinya tidak kelihatan namun pasrah saja. Setelah buat sedikit workout barulah mataharinya muncul dan bersinar bak diamond in the sky menerangi bumi Malaysia. Barulah rasa lega nak jemur pakaiannya.



Sesudah siap melaksanakan kerja rumah barulah senang hati nak mandi lama-lama. Yup mandi lama maksudnya buat body scrub. Homemade scrub daripada beras saja. Sesudah siap semuannya baru lah ada masa nak beronline. Best juga berskype ni, baru buat walaupun dah lama dah ada akaunnya..sedih, memang ketinggalan zaman betul. So what?.Niat di hati nak juga ambil gambar dan share di sedih namaun apakan daya ini laptop not belong to me..



Didalam proses mengumpul duit nak beli laptop. Hehe..Sebelum ini perancangannya nak beli laptop apakah daya aku handfon rosak ketika duit sudah cukup nak beli laptop. Terpaksa matikan niat itu. Hhehe..k bye..

-.-


Monday, 22 April 2013

001 Lelaki macho


Selamat datang diucapkan kepada anda yang sudi melawat blog lelaki macho ini..

Diharapkan anda semua yang dah berpengalaman boleh memberi tunjuk ajar kepada lelaki macho ini amat-amat di alukan kepada anda yang sangat arif di dalam dunia blogging..

 Lelaki macho akan sedaya upaya memberikan yang termacho kepada follower mahupun kepada semua pembaca yang sudi membaca catatan lelaki macho
walaupun tidak dapatnya di alam nyata cukuplah di alam maya
biarlah lelaki macho dengan fantasinya dan diharapkan anda pun sama...

Diharapkan juga kita semua mampu menjalinkan hunbangan baik di antara sesama kita tak kira di mana juga kita berada sekali pun...
Terima kasih..