Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 9 March 2016

Tajuk Kecil 2.



Solat.

- 'Sayang, bangun dah subuh ni. Jom solat.'

-'Sekejap lagi.'

-'Sayang cepat bangun.'

-'Hari ni cutilah.'

-'Memanglah kan weekend.'

-'Cuti, period.'

-'Yeke? Semalam ok je. Meh sini abang tengok'

-'Eh! tak pe , dah ok dah. Tunggu jup.'


Baby.

- 'Sayang, jom....'

-'Jom apa?...'

-'Jom buat baby..hehehehe.'

-'Sengal *sambil baling bantal*'.






Sayang.


-'Sayang?.'

-'Yup,..'

-'Sayang abang tak?..'

-'Mestilah sayang..'

-'Kalau sayang, masuk bilik sekarang..'

-'Hahaha..abang ni..'

-'Dah lewat ni jom tido, ni mesti fikir benda lain kan...haha'

-'Eh!,tak adalah..dah2 jom tido.'



Peluk


-'Abang, sayang dah gemuk..'

-'Tak adalah yang, biasa je..'

-'Ye ke?. Tapi pipi dah chubby.'

-'Chubby lah bagus, best bila peluk..hehehe.'

-'Amboi..nakal abg ni..'

-'Nakal dengan sayang je..hehehe.' 






Sayonara.

Wednesday, 2 March 2016

WhatsApp Group.


Hello and Hai.


Tahun lepas kawan sekolah aku invite aku masuk dalam group whatsapp, katanya untuk kawan-kawan yang rapat je. Aku pun ok je sebabnya dalam group muka yang aku kenal dan rapat. Masa mula-mula tu rajinlah juga aku berbalas chat bagai tapi bila dah lama-lama semakin ramai dalam group tu aku jadi silent reader je, malas nak menyampuk.


Image result for whatsapp image

Maka satu hari tu, ada yang invite sorang lagi member, bila tengok profile rupanya si 'F' member baru dalam group. Dapatlah tengok gambar dia yang terkini. Hehehe.Bila ternampak gambar dia seolah kenangan lama di bangku sekolah mula di tayang semula di ruangan mata. Aku mengaku aku tidak berapa mesra sangat dengan F tapi aku pernah tersuka kat dia. F ni dengan aku pun tak berapa mesra mana pun walaupun kita orang sekelas.

Meh sini aku ringkaskan ceriter aku dengan si F ni. Aku dengan F satu kelas since dari form 1 lagi tapi tak rapat. Bertegur pun tak, bercakap lagilah. Main pandang-pandang hujung mata je, dua-dua ego melangit. Dengan orang lain dia ok tapi dengan aku dia dingin terus beku. Aku pun pelik dengan peragai dia tapi setelah diselidik bagai barulah aku tahu napa dia dingin dengan aku dan biarlah aku je yang tahu sebabnya.

Kami mula rapat masa form 2, tertiba kena duduk sebelah dia. Sejak dari tu kami mengenali satu sama lain sampaikan aku tersuka kat dia. Disebabkan nama kita orang hampir sama, nama  last pun sebijik maka kita orang di cop kembar, sampai tertukar nama banyak kali.

Dan yang paling malang sekali dia tahu yang aku suka kat dia. Yup, dia tahu, aku ingatkan dia tak perasaan rupanya dia peka tentang tingkah laku aku. Dia tak adalah mengaku dia tahu aku suka dia tapi cara dia menyampaikan yang dia tahu aku suka kat dia dari segi body language, kata-kata dia. 

Masa form 4 dia pindah sekolah lain sebab dia pandai sikit dari aku. Hahahaha. Dan sejak itu kami tak pernah jumpa semula. Walaupun dia ada add aku kat fb, berbalas sms, namun rasa suka kat dia tak ada dah. Kalau nak ceriter secara details kena buat banyak entry baru habis. Hehehe. Dalam entry yang lepas-lepas aku pernah ceriter pasal dia ni.

Dan sebenarnya aku jadi malu bila teringatkan balik kisah aku dengan dia. Dan benda-benda yang pernah aku masa zaman sekolah dulu. Kelakar pun ada, rasa menyesal membuang masa semasa sekolah pun ada. Orang lain sibuk belajar tapi aku sibuk dengan perkara lain, dah lah tak berapa bijak bukannya datang sekolah nak belajar tapi sibuk nak cuci mata. Hahahaha. Namun itulah pengalaman yang mematangkan aku untuk lebih menghargai masa dan kesempatan yang ada.

Itu je lah yang nak kongsikan untuk awal bulan March ni. Jumpa lagi.

Sayonara.

Friday, 12 February 2016

Lelaki Part 2.



Hello and Hai.

Kali ini nak buat part 2 tentang entry lelaki sebab idea muncul tertiba. Kalau entry yang lepas Redza Minhat yang paling ramai dipilih, untuk entry ini kita tengok sama ke tidak citarasa kita. Hehehe.



Shahir Af.


             

                       



Dulu tak minat af sebabnya para pelajarnya tak menarik perhatian tetapi tertiba pulak tertengok bila orang kata ada pelajar yang handsome, berbakat dan dapat gelaran ustaz. Maka tengoklah af dan terpersona dengan pelajar yang bernama Shahir. Peserta Af yang membuatkan Carl tidak dapat tidur malam bila lepas tengok konsert af. Asyik terbayang-bayang je muka Shahir. Hahaha.

Setiap minggu memang tengok lepas tu siap update status kat fb lagi suruh orang lain tengok. Sebab masa tu zaman ada fb dan masih budak-budak, sampai kena perli dengan abang sendiri bila aku selalu update status tentang shahir.

Memang berhantu lagu dia 'kebahagian dalam perpisahan'. Rindu nak dengar suara dia. Tapi sekrang dia dah senyap sepi dari dunia seni. Minat kat Shahir sebab suara dan muka dia di tambahkan lagi dengan braces, nampak cute.



Ashraf  Muslim.



Mula kenal dalam drama bersiri Impian Illyana tv3, pukul berapa dah lupa. Ceriter zaman sekolah, balik je rumah terus bukak tv. Lepas tu sambil tengok ceriter tu sempatlah berangan bila tengok ashraf ni, watak dia izham kalau tak silap.

Terminat sebab handsome, tinggi dan hidung dia. Dulu susah nak cari pelakon lelaki yang handasome-hansome ni. Hahaha. Beristeri dua dan ada anak dah. Yang penting dia adil dalam rumah tangga.




Ashraf Sinclair.




Disebabkan ceriter Gol & Gincu maka kenal ashraf sinclair. Si handsome dan si kacuk suami kepada bunga ni begitu digilai ramai dulu termasuk aku. Hahaha. Rindu pulak zaman sekolah bila teringatkan ceriter tu.

Kalau fazura boleh tersuka tanpa sengaja aku pun sama. Minat kat dia sebab dia cute, berkarisma dan romantik. Untuglah bunga dapat laki macam ni. Hahaha. Rasanya banyak sebab untuk minat kat dia. Hahaha.



Nichlos Saputra.





Ambil masa setengah jam untuk mencari gambar yang terbaik. Hahaha. Rangga, tu lah nama watak dia dalam ceriter Ada Apa Dengan Cinta. Masa tahun 2014, ada ceriter pendek tentang Ada Apa Dengan Cinta untuk iklan Line Indonesia. Dan juga mungkin tahun ini akan ditayangkan Ada Apa Dengan Cinta 2 dimana ceriternya masih didalam proses shooting dan mungkin akhir tahun ini ditayangkan dipawagam.

Dari zaman sekolah rendah memang dah minat kat dia, banyak kali tengok AADC walaupun dah tahu kesudahan ceriternya macam mana tapi tulah tak pernah bosan tengok. Sejujurnya rawat wajah dia amat menarik minat Carl sejak dari dulu lagi. Hahaha. Handsome, berbakat, berpelajaran dan sedikit misteri sebabnya tak suka dedahkan banyak maklumat tentang latar belakang dia.


Ady Putra.



Pelakon asal Singapore ni berjaya menarik minat Carl ketika kecik lagi, bila kali pertama dia berlakon dengan Umie Aida, dah lupa ceriter dia. Lepas tu dia berlakon dengan Catriana Ross dan masa tu memang suka sangat kat dia. Disamping muka dia selalu terpampang dengan majalah dengan bentuk badan yang menarik sebabnya dulu susah nak cari pelakon badan berotot.

Minat sebab rupa dia, bibir dia dan watak dia yang selamba macam tak ada perasaan tu. Tapi tu dulu lah, sekarang ni minat biasa-biasa je tak macam dulu lagi.



Nazril Idrus.




Suami kepada Sazzy ni berjaya menarik minat Carl masa tengok dia berlakon didalam ceriter Kayangan. Dia mempunyai pakej yang menarik untuk menjadi pelakon mahu pun model. Tertarik sebabnya cara pembawakan diri dia terutamnya ketika dengan family, cara dia layan anak-anak dan memang suami yang baik.

 Cara dia pun simple dan tidak over dari sei pakaian dan lain-lain. Suka sangat cara dia bila bercakap, seolah-olah terpukau bila tengok. Patutlah boleh jadi penasihat kewangan. Aura karisma dia begitu menyerlah.



Itu sahaja untuk kali ini. Have a nica weekend you all...

Sayonara.

Wednesday, 27 January 2016

Tajuk Kecil.



1.  Bau 

 - ' Sayang, jangan pakai body lotion'.

- 'Kenapa?'..

- 'Rindu nak bau sayang'..

- 'Sengal!'..



2. Mengidam

- 'Sayang tengah buat apa?.'

- 'Tengah makan chicken wing.'

- 'Tak diet??.'

- Tertiba mengidam.

- 'Seriously?, yes, akhirnya.'

- 'Napa bang?..'

- 'Tak lama lagi kita dapat babylah kan..hehehe'

- 'Bengong punya suami..'




3. Bilik.

- 'Abg, jom makan'.

-'Sekejap lagi'.

-' Abg, jom shopping'.

-'Sekejap lagi'.

- 'Abg, jom masauk bilik'.

- 'ok, jom'.




4. Rindu.

- 'Abang'

- 'Ya'

- 'Abang...'

- ' Ya saya, napa ni sayang?'

-' Rindu..'

-' Love you'.

- 'Love you too'.


Tuesday, 19 January 2016

Perkara yang kurang best sebagai blogger.


Hello and hai.

Selamat hari Selasa semuanya, hari ini dah 19 Januari cepat masa berlalu. Mungkin tajuk entri ini kurang menarik disebabkan tak tahu nak describe melalui ayat yang macam mana lagi. Ok, hari ini saya nak sharekan kepada awak-awak semua tentang perkara yang kurang best sebagai blogger.






1. Tak ada idea nak update blog.

Selalu terjadi pada diri sendiri disaat minda tak dapat nak berkembang dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang idea ada tapi tak tahu nak bina ayat yang macam mana agar semua yang membacanya akan faham dan terus melekat didalam hati masing-masing. Dan idea tidak akan datang bila duduk dihadapan skrin laptop/ komputer.


2. Balas komen pembaca/blogger.

Terjadi kepada saya ketika ini bila mana nak balas komen awak semua tertiba line error. Tapi menaip untuk entri baru boleh pulak. Adakah anda begitu juga?, kalau ya, give me five. Ada masa telepas pandang nak komen terutamanya untuk entri yang lepas-lepas tu, harap maaf ya kalau tak balas.




3. Meninggalkan jejak di blog yang singgah.

Selepas baca sesebuah blog pastinya akan meninggalkan komen, bermakna blog tersebut sudah dibaca dan dengan harapan owner blog akan membalasnya. Dan juga saling menyokong antara blogger satu sama lain. Yang tak bestnya bila dah part nak komen, tertiba error atau pun komen tak keluar kat kotak yang disediakan tu. Tak semestinya saya tak tinggalkan komen saya tak baca blog awak k.



4. Berchat dengan 'unknown'.

Selain boleh berbalas komen, boleh juga berchat diantara blogger sesama sendiri atau dengan 'unknown'. Kalau dengan blogger, pastinya kita dah tahu sifat dan peragai mereka bagaimana daripada blog mereka. Namun dengan 'unknown' kena berhati sikit, sebabnya lain orang lain caranya. Bila kita lambat balas chat atau tak jawab soalan yang diajukan mulalah mereka mengunakan kata-kata yang kurang enak. Atau pun jenis yang suka mendesak dan memaksa. Kalau dah over, memang terus block je.


5. Menghapuskan komen.

Sekiranya sesebuah blog berbentuk public maka sesiapa pun boleh komen. Terutamanya komen daripada 'unknown', ada yang meninggalkan komen dengan bahasa yang bagus dan menarik dan juga ada yang meningalkan komen dengan perkataan yang kurang enak atau perkara yang negative. Maka bergantung kepada owner blog untuk padam atau biarkan sahaja. Kalau saya terus padam sekirannya kata-katanya sangat negative dan tidak memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain.


6. Berfikiran positive dan terbuka.

Untuk menjadi seorang blogger, kita seharusnya sentisa berfikiran positive dan terbuka tentang semua hal. Terutamanya yang melibatkan diantara blogger. Sebagai contoh, blogger A dan blogger B update entry yang sama dan isi yang hampir serupa. Jadinya sebagai blogger, kita harus menganggapnya sebagai satu kebetulan yang tidak disengajakan. Tidak perlu berfikiran negative dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bergitu juga dengan kemunculan blogger-blogger baru setiap hari dimana blog mereka sangat-sangat menarik dan segar apabila membaca setiap bait ayat yang ada. 



Dan akhir sekali,

Selamat menulis blog agar dapat memberikan sesuatu yang berguna kepada pembaca.


-sayonara-







Wednesday, 13 January 2016

Kebaikan minum air putih/masak.

Hello and hai.

Hai awak-awak semua, jumpa lagi. Hari ini saya nak sharekan tentang kebaikan minum air putih didalam kehidupan kita dan juga cara minum air yang betul supaya tidak kembung walaupun minum sampai 3 liter atau pun lebih dalam sehari. Ditambahkan lagi dengan cuaca sekarang yang panas.


kebaikan dan kenapa kena minum air putih. Saya gabungkan dua sekali, maka anda akan dapat maklumat 2 dalam 1.

1. Detox toxic didalam badan secara semulajadi.

- bila bangun pagi, sila minum air putih segelas supaya lancar sistem buangan anda. Yup, memang berkesan.

2. Melembabkan kulit muka dan badan termasuk juga bibir.

- biar kulit tak putih tak pe jangan kulit kering, nampak macam orang sakit.

3. Dapat mengurangkan lemak di badan.

- ini yang sangat best, bila minum air metabolism akan meningkat maka dapat hilangkan lemak.

4. Cegah mengantuk.

- bila rasa mengantuk, cepat-cepat minum air supaya tak tertidur dan tak ketinggalan ilmu.

5. Kenyangkan perut bila lapar.

- bila kelas habis lambat dan perut lapar, maka minum air seakan mengalas perut walaupun sebelum kelas bermula sudah makan roti bakar 2 set, hahaha.

6. Dapat membekalkan oxygen terus ke otak.

- ini Datuk Fazley yang cakap kat radio. Bila minum air, oxygen dibekalkan terus ke otak kita dan kita dapat berfikir maka idea akan keluar sampai melimpah ruang yang ada.

7. Makan banyak supplement.

- sekirannya anda ambil supplement sila-sila rajinkan diri anda minum air sebanyak mungkin. Sebabnya sebarang jenis supplement tak kiralah vitamin c, b complex, multivitamin atau pun kolegen sekali pun ia bersifat panas dan memerlukan air yang banyak supaya mudah serap dalam badan.

8. Haus/ dahaga.

- pastinya akan mencari minuman bila dah haus, kalau dapat air kelapa di tengah hari yang terik ini amat nikmatnya hidup. Terus rasa sejuk. hahaha.

Senarai diatas itu berdasarkan apa yang saya amalkan setiap hari. Lain orang lain caranya, anda boleh google untuk membaca kisah orang lain. Ok, next, cara minum air banyak-banyak supaya tidak kembung perut.


Bangun pagi- 1 gelas.

Sebelum mandi- 1 gelas.

9.00 a.m- 1 gelas atau suku botol.

10.00 a.m- l gelas atau suku botol.

11.00 a.m- l gelas atau suku botol

12.00 a.m- l gelas atau suku botol

1.00 p.m- l gelas atau suku botol

2.00 p.m- l gelas atau suku botol.

3.00 p.m- l gelas atau suku botol.

4.00 p.m- l gelas atau suku botol.

5.00 p.m- l gelas atau suku botol

6.00 p.m- l gelas atau suku botol.

7.00 p.m- l gelas atau suku botol.

8.00 p.m- l gelas atau suku botol.

9.00 p.m- l gelas atau suku botol.


Biasanya saya akan minum air guna botol dan botol saya 1.5 litter. Maka setiap 1 jam saya akan minum supaya tidak rasa haus dan minum terlalu banyak. Masa mula-mula dulu memang kerap sangat gi tandas tapi nanti lama-lama akan ok. 

Sila duduk sebelum minum supaya perut tak boroi dan juga jangan minum satu teguk nanti perut kembung. Jangan minum air dua jam sebelum tidur nanti akan pergi toilet waktu tidur dan menganggu tidur anda.Itu cara yang saya amalkan dan masih buat sampai sekarang.

Cara untuk tahu yang badan kita dah cukup kandungan air atau tidak, boleh tahu berdasarkan warna urine kita, kalau berwarna pekat maksudnya kita kena minum lagi banyak air dan kalau berwarnah jernih dan putih maksudnya badan kita dah cukup air dan minum bila perlu.

ok, ini sahaja yang saya sempat sharekan untuk hari ini. Jumpa lagi.

Sayonara...




Friday, 8 January 2016

Abang Pos Laju.


Hello and Hai.

Apa khabar anda semua?. Tahun lepas, bulan 10 saya ada update entri tentang masalah pos laju, adakah anda semua masih ingat tentang perkara itu? tak pe tak payah memerah ingatan/ memori anda kalau anda dah lupa. Kalau anda dah lupa anda boleh baca semula di entri pos laju yang tidak berapa nak laju. Hari ini saya nak sharekan lagi kisah tentang pos laju.


Image result for pos laju


Minggu lepas beli barang secara online, lepas bank in dan bagi details semua, tunggulah hari Isnin untuk dapatkan tracking number. Bila dah dapat tracking number dengan penuh kegembiraan pergi check secara online di laman web pos laju. Bila dah masukkan tracking number tunggulah beberapa saat, sekali keluar maklumat item not found. Cuba masukan sekali lagi namun keluar benda yang sama. Bersangka baik mungkin line problem agaknya.

Hari Selasa cuba sekali lagi dan baru keluar detail item. Lega sekejap walaupun barang tak sampai lagi. Makanya masa hari Rabu dengan yakin yang barang akan sampai tepat pada masanya. Namun tidak! sampai ke petang tak muncul. Jadinya masa hari Khamis (semalam) awal pagi dah telefon pejabat pos laju untuk tanyakan tentang barang tersebut dan sangat dugaan bila banyak kali telefon tidak berjawab. Setelah pelbagai jenis doa dibaca baru panggilan berjawab, lega wei umpama baru lepas jawab exam hahahaha.

Disebabkan nak juga abang pos laju hantar barang sampai pintu pagar depan rumah maka tunggulah sampai barang sampai. Next time kalau barang tak sampai terus pergi ambik kat tempat dia lagi senang tak adalah ternanti-nanti. Lebih kurang pukul 3 baru dengar abang pos laju tekan bell. Akhirnya, sampai juga barang. Ingatkan abang pos laju yang lain hantar barang, rupa-rupannya abang yang sama hantar barang sebelum ini. Adakah abang tersebut mempunyai masalah untuk menghantar barang ke rumah saya?. Dah tahu rumah kita kat mana pun still nak juga lambat hantar. Atau mungkin abang pos laju sahaja nak bermain-main hantar barang kita lambat?. hahahaha.

Harap-harap lepas ni janganlah ada masalah seperti ini lagi, penat nak telefon pejabat pos, rasa macam nak boom je bila mana panggilan telefon tak berjawab. Kepada abang pos laju tersebut jangan buat peragai lagi ya, hahaha. Itu je nak sharekan pada awak semua. Barang apa yang saya beli itu rahsia. Hehehe..xoxo.

Sayonara.

Wednesday, 6 January 2016

January 2016.


Hello and Hai.

Hari ini dah masuk 6 Januari 2016. Cepat sangat waktu berlari. Macam mana dengan sambutan tahun baru kalian?, ok tak?. Malam tahun baru macam biasa je, saya duk rumah makan lepas tu tengok movie yang dah record sebelum ni. Nasib baik sekarang astro dah boleh record, so bila ada waktu free baru tengok. Saya duduk rumah sorang-sorang sebabnya yang lain keluar makan dan saya malas nak ikut, saya makan lambat.

Semalam, 5 Januari saya pergi jusco aeon untuk cari buku. Masa mula-mula sampai tu rasa macam pelik sikit sebabnya mereka yang beli barang hanya pegang barang tersebut tanpa plastik. Tak lah pikir apa-apa pun sebab malas nak pikir masa tu. Bila dah masuk dalam mall kebanykannya bawak beg sendiri. Biasanya hanya jumaat dan weekend sahaja hari tanpa plastik tapi kena hari selasa dia orang bawak beg?.

Masa pergi popular pun rasa macam lain ada yang bawak beg sekali. Ingat nak beli tapi tak jadi pula tertiba-tiba mungkin nak beli hari lain. Masa belum balik singgah beli burn sekejap dan masa tu lah barulah ingatan berfungsi dengan baiknya di mana state yang saya duduk sekarang ni dah berkuat kuasa pada tahun 2016 tiada lagi pengunaan beg plastik. Depan saya tu ada seorang akak, rasanya dia pun lupa tentang perkara ni tu yang dia beli banyak burn. 

Sepatutnya nak beli barang dapur tapi terlupa nak bawak beg tak jadi beli. Mungkin esok baru pergi beli. Biasanya dalam kereta ada beg tapi dah guna hari tu terlupa nak letak balik dalam kereta. Maka tahun ni kena sentiasa bawak beg kalau keluar rumah sebabnya buat nak beli barang beg tak ada. Dah lah shopping tak provide paper bag tak kan nak pegang barang satu per satu. Kalau item yang besar boleh lah pegang, kalau beli item yang kecik-kecik macam manalah nak pegang.

Itu sahaja yang nak share untuk hari ini. Have a nice day.

Sayonara.

Thursday, 31 December 2015

2015.


Hello and Hai.

Hari ini hari terakhir tulis blog dalam bulan 12 pada tahun 2015. Tak tahu nak letak tajuk apa, pakai letak je 2015. Tahun 2015 adalah tahun yang mengajar erti kehidupan, menjadi lebih matang, berfikiran terbuka, persahabatan dan sentiasa berfikiran positive. Liku-liku kehidupan dalam tahun ini semuanya saya abadi didalam lagu-lagu yang saya dengar. Setiap lagu ada kisahnya dan nanti di masa hadapan bila dengar lagu tersebut sedikit sebanyak akan teringat kembali memori yang lalu. Ingatan saya tidak cukup kuat untuk mengingati setiap peristiwa yang terjadi meski pun saya masih muda, (hehehe) jadi saya abadikan dalam bentuk lagi.

 Tahun 2015, adalah tahun dimana saya mengenali lebih ramai blogger berbanding dengan tahun sebelum ini. Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog saya dan tinggalkan komen di kotak bawah. Saya amat menghargainya.

Hari ini, 31/12/2015 ramai yang tidak sabar untuk menyambut tahun baru. Bagi saya ia biasa sahaja dan akan menyambutnya dengan cara saya sendiri, duduk rumah, makan-makan, tengok movie sampai tengah malam dan tidur atau mungkin malam ini berbeza sedikit sebab family saya nak dinner kat luar, itu kurang pasti.

Untuk tahun baru saya tidak meletakkan apa-apa matlamat pun. Bagi saya cukuplah tahun yang mendatang akan memberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan bagus, rezeki bertambah murah dan sekali gus apa yang kita mahukan akan datang dengan sendiri.  Saya tak mahu letakkan harapan yang terlalu tinggi, kerna takut terus tersungkur dan tidak bangkit. Ikut keselesaan dan daya tahan kita sendiri didalam mencapai matlamat.

Ok, saya nak sharekan beberapa lagu yang saya suka untuk tahun 2015.



- Love me like u do-

Lagu yang banyak memberikan inspirasi didalam perhubungan yang dulu. Lagu yang menceriterkan tentang sebuah kisah percintaan yang tiada penamat. Hanya tinggal memori yang hampir padam.



Lagu yang paling kerap dengar kat fon. Terima kasih kepada awak diatas lagu ini.



Saya suka pada RJ disebabkan lagu dan juga pada Tasha Manshahar. Lagu yang berkisah tentang semua bukan pasal percintaan sahaja. Hehehe.



Lagu ni sangat best, tergoda dengan suara Syed Shamim. Hahaha.



Bila tak ada mood dengar lagu ni. Lepas tu mood akan bertukar.




Lagu yang paling berhantu sekali. Dalam sehari lebih 5 kali tengok video clip ni. Lagu ni sangat sweet. hahaha.


Apa perancangan awak-awak semua malam ni?. Celebrate tahun baru dengan siapa?. Tengok bunga api malam ni?. Apa juga benda yang awak semua lakukan, sila jaga diri dan selamat menikmati malam tahun baru nanti. Semoga tahun 2016 kita akan bersua lagi dan memberikan kenangan yang tidak dapat kita lupakan.


Sayonara.

Selamat tinggal.

2015.


xoxo.

Monday, 28 December 2015

Kisah Mistik


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang kisah-kisah mistik yang pernah terjadi kat aku dan juga kisah yang aku dengar dari orang sekeliling. Mungkin ada persamaan didalam sesebuah kisah.

Gangguan di tandas sekolah rendah.

Setiap tahun murid sekolah rendah yang berdajah enam diwajibkan untuk mengikuti kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dan kebiasaannya akan bermalam disekolah selama 1 malam. Dan giliran aku pun tiba semasa aku dajah enam. Ketika itu block baru siap dibangunakan dan bangunan itu mempunyai tandas di tingkat bawah. Jadinya aku pergi kesorangan ke tandas, semasa masuk memang tiada siapa-siapa, semua pintu cubicle terbuka, maka aku masuk cubicle yang ketiga.

Ketika aku didalam, aku terdengar pintu utama tandas dibuka secara kasar dan pintu cubicle disebelah aku ditutup dengan agak kuat, tiada dengar tapak kaki atau suara. Yang ada bunyi pintu. Dan tiba-tiba pam air ditarik, maka terdengar bunyi arus air yang kuat. Aku terus keluar dan terserempak dengan kawan yang ingin ke tandas dan sempat aku tanya ada orang keluarke tadi? dan dia kata dia tak nampak siapa-siapa.

Orang bagi salam di luar rumah.

Ketika itu aku dan keluarga baru berpindah rumah dan macam-macam benda aneh yang terjadi. Satu per satu berlaku. Ketika sedang sibuk membuat kerja didalam rumah, tiba-tiba terdengar orang bagi salam, kebiasaannya bila dengar orang bagi salam memang kita terus sahutkan tanpa tengok siapa yang datang. Bila dah jawab salam dan pergi tengok kat luar tak ada orang.

Setelah banyak kali terjadi, bila dengar orang bagi salam kat luar rumah pergi tinjau kat tingkap dulu ada orang ke tak baru jawab salam. Kalau manusia bagi salam, suaranya lantang dan bagi salam bertalu-talu, tapi kalau 'benda' tu bagi salam, hanya kedengaran sekali dan sayup-sayup di telinga.

Orang bercakap/ berbisik-bisik di tengah malam.

Bila tengah enak di lamun mimpi, tertiba terdengar suara orang bercakap-cakap diluar bilik seperti berbisik-bisik dan tidak jelas. Dalam fikiran, mungkin ada yang belum tido atau tak boleh tido jadinya mereka bercakap. Tapi lama kelamaan suara tu jadi kuat dan bingitkan gegendang telinga.

Disebabkan tidur terganggu maka keluar bilik untuk menegur, bila keluar bilik dan tengok kedaan sekeliling gelap dan sunyi. Suara yang terdengar tadi terus senyap. Suara siapa yang bercakap tu, terus jadi tanda tanya.

Suara yang sama dengan orang sekeliling.

Ketika tengah mandi didalam bilik air, ada orang diluar yang memanggil nama banyak kali untuk gunakan tandas. Maka kau pun tergesa-gesa mandi dan kau keluar dari tandas sambil cari suara yang panggil kau tadi tu rupanya tak ada. Pada masa itu baru kau teringat yang kau kesorangan didalam rumah walaupun suara tadi sama macam suara orang serumah dengan kau.

Semasa kau sibuk dan leka membuat sesuatu kerja tertiba-tiba ahli keluarga kau panggil nama kau dan semestinya kau sahut panggilan itu. Dan terus kau tuju ke arah suara itu datang, bila kau dah ada didepan orang yang panggil kau dan kau tanya nak apa, tapi tertiba dia kata dia tak pernah panggil kau atau cakap dengan kau, maka kau pun jadi pelik dan tertanya suara siapakah itu yang menganggu.

Bayang-bayang hitam.

Seingat aku, sejak daripada kecil aku sudah melihat dan mendengar 'benda' yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Diantaranya adalah bayang-bayang hitam yang datang melintas samaada didepan atau dibelakang aku. Terutamanya didalam rumah, samada keseorangan atau pun ramai. Tak pasti kenapa 'benda' tu mucul tapi tak keraplah.

Masa kecik dulu pastinya takutlah kalau nampak 'benda' tu tapi sekarang dah tak ada rasa apa-apa tapi kalau rasa macam lain je, terus capai fon buka surah yassin atau surah al-waqiah besar-besar biar satu rumah dengar.

Bukan itu sahaja, kalau sesuatu tempat tu ada 'lintasan' kadang-kadang boleh nampak 'benda' tu memunculkan diri. Terutamanya di kawasan rumah atau rumah orang lain, biasanya 'lintasan' tu ada didepan rumah, tepi kiri atau kanan dan belakang rumah. Biasanya bila masa untuk 'benda' tu muncul kawasan tersebut akan sepi daripada segala bunyi dan ketika itu' benda' itu akan muncul, dari segi bentuk rupa itu bergantung pada 'benda' tu nak menjelma bagaimana.

Bunyi barang bergerak / jatuh.

Ketika kecil dulu lebih suka duduk rumah daripada merayau-rayau keluar.Bila waktu tengah hari memang rumah sepi sebab adik beradik yang lain pergi sekolah petang. Masa tengah leka buat kerja tertiba dengar bunyi laci ditarik, kemudian ditutup semula. Selang beberapa minit bunyi almari dibuka. Lepas tu dengar bunyi kerusi dalam bilik di tarik. Ketika pergi tengok memang tiada orang dalam bilik.

Semasa baru pindah rumah pastinya mengambil masa untuk kemas barang-barang. Disebabkan kepenatan seharian pindah rumah maka barang-barang dalam kotak dibiarkan sahaja. Dan ketika tidur di waktu malam, terdengar bunyi barang-barang berlaga antara satu sama lain umpama ada orang yang mengunakannya di dapur. Bila tengok dapur gelap tapi bunyi itu masih kedengaraan. Meskipun dah tinggal lama tapi bunyi di dapur tu masih ada, seakan sudah sebati. Lama kelamaan bunyi itu hilang dengan sendirinya.

Itu sahaja yang nak sharekan hari ini. Have a nice day..

Sayonara.