Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday, 7 August 2020

Selamat Datang Ogos 2020 -Bulan Kemerdekaan-

 Hello and Hai.


Welcome back to my entry!. Macam pelik rasanya dah lama tinggalkan dunia blogger ini. Dengan setting yang baru kekok wei nak menaip. Hahaha

Macam mana dengan Raya Aidil Adha anda? Ok ke tidak? Dapat balik kampung ke tidak?. Aku baca biasa je raya ke tidak semuanya kat rumah je. Tak ada kampung macam ni lah wak, memasak mengemas semuanya kat je. Sedih..kena cari jodoh jauh ni baru dapat merasa balik kampung ha macam tu.

Dah pun habis raya dah tunggu tahun depan pula, harapnya dapatlah bertemu kembali. Tak lama lagi kita nak sambung kemerdekaan pula cepatnya masa berlalu. Hehehe.

Semester kali ini semuanya online dan agak mencabarlah sikit. Tapi bestnya duduk rumah yang tidak bestnya bila tak faham susah sikit. HAHAHA. Maybe next month dah final exam..Takutnya kita. Haha.

Harapnya dapatlah jawab semua soalan macam sem lepas dan alhamdulilah semuanya lepas. Walaupun sistem exam masa tu buat hal nasib baik dapat submit.

Hari ini kes Covid-19 kembali naik balik disebabkan seorang individu maka yang lain kena. Kesiannya mereka tak bersalah terkena tempiasnya. Tak tahulah macam mana tu sebab kita kena jaga diri kita dan jangan keluar rumah kalau tak ada urusan.

Semoga kita semua selamat dan dijauhi dari benda yang tidak sepatutnya. Jaga diri jaga jarak jangan lupa pakai mask.

sayonara..

2 comments: