Heart

Heart

Pages

Click Me

Tuesday 5 September 2017

Bad Genius Review.


Image result for bad genius

Hello and Hai.

Sepatutnya aku tengok bad genius ni sebelum aku final exam lagi. Tapi apakan daya waktu tayangannya tidak sesuai dengan jadual aku, maka aku pun tangguhkan niat itu.

Aku tertengok trailer dia semasa nak tidur, terus aku tak jadi nak tidur. Hahaha.

Makanya. beberapa hari sebelum raya haji hari tu aku saja-saja tengok waktu show untuk bad genius. Sekali tengok kul 11.00 a.m! wow. Apa lagi, terus bersiap dan pergi beli tiket. Sekali lagi terkejut, murahnya tiket, Rm 9.00 sahaja. Murahnya wak, nasib baik cover muka terkejut aku.

Ingatkan hari biasa tak ramai orang tapi agak penuh cinema. Lama sangat tidak masuk cinema, rasa excited wak.

Boleh dikatakan bad genius ni campur semua menjadi satu, kelakar, marah, sedih, benci, penipuan, kebenaran, kejujuran, ketamakan dan semuanya. Tak ada satu minit pun dalam cerita ini akan membuatkan kau orang rasa boring. Tak ada!. Lepas habis satu part akan terus sambung satu lagi part membuatkan kau berdebar.

Yes! Aku berdebar gila masa part dia meniru tu umpama aku pulak yang meniru dan kau berada didalam situasi yang sama dengan mereka semua.

Meh sini aku ringkaskan cerita dia macam ni,

Bad genius adalah sebuah cerita yang mengkisahkan seorang pelajar perempuan bernama Lynn yang daripada sekolah biasa berpindah ke sekolah swasta atas suruhan ayahnya yang merupakan seorang guru supaya mudah untuk Lynn melanjutkan pelajaraan di luar negara. Disebabkan kepandainya lynn yang mendapat grade 4.00 setiap sem maka dia diberi biasiswa.

Disekolah yang sama juga terdapat seorang lagi genius yang bernama Bank, anak kepada pencuci pakaian. Tahap kepandaian mereka sama dan dapat biasiswa. Aktiviti bad genius terjadi dimana Lynn menolong kawannya Grace didalam peperiksaan exam maths. Dari situ Grace memberitahu kepada boyfriendnya iaitu Pat yang mana lynn telah menolongnya.

Maka, Pat telah memberikan idea supaya lynn menolong mereka yang tidak pandai dalam exam supaya lulus. Disebabkan Lynn pandai bermain piano, jawapan mereka diberikan secara dalam bentuk gerakan tangan.

Akhirnya terkantoi juga, Lynn tertangkap menolong kawan dia dalam exam. Lynn pun tidak lagi buat aktiviti tersebut setelah diketahui oleh ayahnya sendiri. Namun, setelah didesak oleh Grace untuk lulus didalam STIC exam membuatkan Lynn fikirkan balik apa yang perlu dilakukan.

Lynn dan Bank mengambil peperiksaan tersebut di Australia dan ketika itulah kemuncak cerita ini yang membuatkan kau tidak senang untuk duduk diam-diam.

Persoalannya disini, berjayakah Bank dan lynn menghantar jawapan tersebut ke thailand?.
Adakah mereka akan ditangkap kerana membocorkan jawapan?. Apa yang akan terjadi kepada nasib mereka?.

Kepada yang belum tengok, sila tengok!. Daripada tengok anabell yang tidak seram langsung dan tergantung tu baik kau tengok bad genius. Terbuka sikit minda yang tertutup itu. Hahaha.

Ok lah sampai sini sahaja, Jumpa lagi.