Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 31 December 2015

2015.


Hello and Hai.

Hari ini hari terakhir tulis blog dalam bulan 12 pada tahun 2015. Tak tahu nak letak tajuk apa, pakai letak je 2015. Tahun 2015 adalah tahun yang mengajar erti kehidupan, menjadi lebih matang, berfikiran terbuka, persahabatan dan sentiasa berfikiran positive. Liku-liku kehidupan dalam tahun ini semuanya saya abadi didalam lagu-lagu yang saya dengar. Setiap lagu ada kisahnya dan nanti di masa hadapan bila dengar lagu tersebut sedikit sebanyak akan teringat kembali memori yang lalu. Ingatan saya tidak cukup kuat untuk mengingati setiap peristiwa yang terjadi meski pun saya masih muda, (hehehe) jadi saya abadikan dalam bentuk lagi.

 Tahun 2015, adalah tahun dimana saya mengenali lebih ramai blogger berbanding dengan tahun sebelum ini. Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog saya dan tinggalkan komen di kotak bawah. Saya amat menghargainya.

Hari ini, 31/12/2015 ramai yang tidak sabar untuk menyambut tahun baru. Bagi saya ia biasa sahaja dan akan menyambutnya dengan cara saya sendiri, duduk rumah, makan-makan, tengok movie sampai tengah malam dan tidur atau mungkin malam ini berbeza sedikit sebab family saya nak dinner kat luar, itu kurang pasti.

Untuk tahun baru saya tidak meletakkan apa-apa matlamat pun. Bagi saya cukuplah tahun yang mendatang akan memberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan bagus, rezeki bertambah murah dan sekali gus apa yang kita mahukan akan datang dengan sendiri.  Saya tak mahu letakkan harapan yang terlalu tinggi, kerna takut terus tersungkur dan tidak bangkit. Ikut keselesaan dan daya tahan kita sendiri didalam mencapai matlamat.

Ok, saya nak sharekan beberapa lagu yang saya suka untuk tahun 2015.



- Love me like u do-

Lagu yang banyak memberikan inspirasi didalam perhubungan yang dulu. Lagu yang menceriterkan tentang sebuah kisah percintaan yang tiada penamat. Hanya tinggal memori yang hampir padam.



Lagu yang paling kerap dengar kat fon. Terima kasih kepada awak diatas lagu ini.



Saya suka pada RJ disebabkan lagu dan juga pada Tasha Manshahar. Lagu yang berkisah tentang semua bukan pasal percintaan sahaja. Hehehe.



Lagu ni sangat best, tergoda dengan suara Syed Shamim. Hahaha.



Bila tak ada mood dengar lagu ni. Lepas tu mood akan bertukar.




Lagu yang paling berhantu sekali. Dalam sehari lebih 5 kali tengok video clip ni. Lagu ni sangat sweet. hahaha.


Apa perancangan awak-awak semua malam ni?. Celebrate tahun baru dengan siapa?. Tengok bunga api malam ni?. Apa juga benda yang awak semua lakukan, sila jaga diri dan selamat menikmati malam tahun baru nanti. Semoga tahun 2016 kita akan bersua lagi dan memberikan kenangan yang tidak dapat kita lupakan.


Sayonara.

Selamat tinggal.

2015.


xoxo.

Monday 28 December 2015

Kisah Mistik


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang kisah-kisah mistik yang pernah terjadi kat aku dan juga kisah yang aku dengar dari orang sekeliling. Mungkin ada persamaan didalam sesebuah kisah.

Gangguan di tandas sekolah rendah.

Setiap tahun murid sekolah rendah yang berdajah enam diwajibkan untuk mengikuti kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dan kebiasaannya akan bermalam disekolah selama 1 malam. Dan giliran aku pun tiba semasa aku dajah enam. Ketika itu block baru siap dibangunakan dan bangunan itu mempunyai tandas di tingkat bawah. Jadinya aku pergi kesorangan ke tandas, semasa masuk memang tiada siapa-siapa, semua pintu cubicle terbuka, maka aku masuk cubicle yang ketiga.

Ketika aku didalam, aku terdengar pintu utama tandas dibuka secara kasar dan pintu cubicle disebelah aku ditutup dengan agak kuat, tiada dengar tapak kaki atau suara. Yang ada bunyi pintu. Dan tiba-tiba pam air ditarik, maka terdengar bunyi arus air yang kuat. Aku terus keluar dan terserempak dengan kawan yang ingin ke tandas dan sempat aku tanya ada orang keluarke tadi? dan dia kata dia tak nampak siapa-siapa.

Orang bagi salam di luar rumah.

Ketika itu aku dan keluarga baru berpindah rumah dan macam-macam benda aneh yang terjadi. Satu per satu berlaku. Ketika sedang sibuk membuat kerja didalam rumah, tiba-tiba terdengar orang bagi salam, kebiasaannya bila dengar orang bagi salam memang kita terus sahutkan tanpa tengok siapa yang datang. Bila dah jawab salam dan pergi tengok kat luar tak ada orang.

Setelah banyak kali terjadi, bila dengar orang bagi salam kat luar rumah pergi tinjau kat tingkap dulu ada orang ke tak baru jawab salam. Kalau manusia bagi salam, suaranya lantang dan bagi salam bertalu-talu, tapi kalau 'benda' tu bagi salam, hanya kedengaran sekali dan sayup-sayup di telinga.

Orang bercakap/ berbisik-bisik di tengah malam.

Bila tengah enak di lamun mimpi, tertiba terdengar suara orang bercakap-cakap diluar bilik seperti berbisik-bisik dan tidak jelas. Dalam fikiran, mungkin ada yang belum tido atau tak boleh tido jadinya mereka bercakap. Tapi lama kelamaan suara tu jadi kuat dan bingitkan gegendang telinga.

Disebabkan tidur terganggu maka keluar bilik untuk menegur, bila keluar bilik dan tengok kedaan sekeliling gelap dan sunyi. Suara yang terdengar tadi terus senyap. Suara siapa yang bercakap tu, terus jadi tanda tanya.

Suara yang sama dengan orang sekeliling.

Ketika tengah mandi didalam bilik air, ada orang diluar yang memanggil nama banyak kali untuk gunakan tandas. Maka kau pun tergesa-gesa mandi dan kau keluar dari tandas sambil cari suara yang panggil kau tadi tu rupanya tak ada. Pada masa itu baru kau teringat yang kau kesorangan didalam rumah walaupun suara tadi sama macam suara orang serumah dengan kau.

Semasa kau sibuk dan leka membuat sesuatu kerja tertiba-tiba ahli keluarga kau panggil nama kau dan semestinya kau sahut panggilan itu. Dan terus kau tuju ke arah suara itu datang, bila kau dah ada didepan orang yang panggil kau dan kau tanya nak apa, tapi tertiba dia kata dia tak pernah panggil kau atau cakap dengan kau, maka kau pun jadi pelik dan tertanya suara siapakah itu yang menganggu.

Bayang-bayang hitam.

Seingat aku, sejak daripada kecil aku sudah melihat dan mendengar 'benda' yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Diantaranya adalah bayang-bayang hitam yang datang melintas samaada didepan atau dibelakang aku. Terutamanya didalam rumah, samada keseorangan atau pun ramai. Tak pasti kenapa 'benda' tu mucul tapi tak keraplah.

Masa kecik dulu pastinya takutlah kalau nampak 'benda' tu tapi sekarang dah tak ada rasa apa-apa tapi kalau rasa macam lain je, terus capai fon buka surah yassin atau surah al-waqiah besar-besar biar satu rumah dengar.

Bukan itu sahaja, kalau sesuatu tempat tu ada 'lintasan' kadang-kadang boleh nampak 'benda' tu memunculkan diri. Terutamanya di kawasan rumah atau rumah orang lain, biasanya 'lintasan' tu ada didepan rumah, tepi kiri atau kanan dan belakang rumah. Biasanya bila masa untuk 'benda' tu muncul kawasan tersebut akan sepi daripada segala bunyi dan ketika itu' benda' itu akan muncul, dari segi bentuk rupa itu bergantung pada 'benda' tu nak menjelma bagaimana.

Bunyi barang bergerak / jatuh.

Ketika kecil dulu lebih suka duduk rumah daripada merayau-rayau keluar.Bila waktu tengah hari memang rumah sepi sebab adik beradik yang lain pergi sekolah petang. Masa tengah leka buat kerja tertiba dengar bunyi laci ditarik, kemudian ditutup semula. Selang beberapa minit bunyi almari dibuka. Lepas tu dengar bunyi kerusi dalam bilik di tarik. Ketika pergi tengok memang tiada orang dalam bilik.

Semasa baru pindah rumah pastinya mengambil masa untuk kemas barang-barang. Disebabkan kepenatan seharian pindah rumah maka barang-barang dalam kotak dibiarkan sahaja. Dan ketika tidur di waktu malam, terdengar bunyi barang-barang berlaga antara satu sama lain umpama ada orang yang mengunakannya di dapur. Bila tengok dapur gelap tapi bunyi itu masih kedengaraan. Meskipun dah tinggal lama tapi bunyi di dapur tu masih ada, seakan sudah sebati. Lama kelamaan bunyi itu hilang dengan sendirinya.

Itu sahaja yang nak sharekan hari ini. Have a nice day..

Sayonara.

Friday 11 December 2015

Braces Update - December 2015-


Hello and Hai.

Hari Selasa yang lalu, 8/12/2015 aku ada appointment dengan dentist aku. Lepas sarapan dan siap semua kerja rumah baru bergerak pergi. Klinik bukak pukul 9.00 pagi, time aku bergerak tu dah 8.40 pagi. Harap janganlah ramai orang pagi-pagi ni. Terpaksa berlari sikit dari parking lot ke klinik, nasib baik tak ramai orang lagi dan giliran aku yang ketiga.


Nasib baik datang awal sebabnya selepas tu ramai yang datang. Dan semasa menunggu tu adalah sepasang laki bini yang sweet dan bergurau senda di depan orang. Oh pleaselah...Nasib baik aku tak tunggu lama bila nama aku doc panggil. Dan kali ini doc suruh pakai getah kat gigi depan dan nasib baik pakai satu je gentah. Kalau appointment yang lepas kena pakai getah atas bawah.

Untuk kali ini sama macam yang lepas, cuma tukar besi atas sahaja dan bawah tak tukar. Dan macam biasa bila part tukar besi tu memang sakit bila mana doc nak buka satu per satu brackets braces tu dan bila nak masukan besi yang baru, terasalah juga. Tak nyilu tapi rasa tekanan pada gigi. Sekejap je lepas tu dah ok dah. Cuma susah nak kunyah bila baru tukar lepas tu back to normal.

Nak attach gambar sekali tapi line internet kat sini terganggu disebabkan cuaca yang mendung dan hujan, tak dapat nak upload. Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.

Sayonara.


Wednesday 2 December 2015

Berlibur.







Hello and Hai.

Pada hari Sabtu yang lalu, 28/11/2015 aku dengan family pergi ke PD untuk 1 malam di Puteri Beach Resort. Bertolak pada pukul 3 p.m sebabnya family bekerja half day maka sampai sana sebelum pukul 6 p.m. Dah check in, ambil barang dan letak dalam apartments  tingkat 7, lepas tu terus salin pakaian untuk bermandi manda.



Mula-mula mandi air laut, lepas tu mandi kolam. Aku joint sekejap je lepas tu naik bilik. Tak best sebab tak ada 'pemandangan' yang nak ditengok, hehehe..gurau je. Sebab hampir senja nanti berebut nak mandi. Lepas magrib terus pergi cari makan malam. Lama gila nak tunggu makanan tu siap, bukannya ramai customer pun masa aku datang tu, sabar je lah.

Hampir jam 10 lebih malam baru semua nak tidur. Dan ketika itulah segalanya bermula. Masa nak terlelap tu, tiba-tiba terdengar bunyi orang berlari di tingkat atas, kemudian dengar suara kanak-kanak ketawa, berbual-bual, menjerit-jerit kesukaan. Lepas tu dengar bunyi anjing menyalak. Mula-mula tak kisahlah, lantak kau lah nak buat apa. Tapi masalahnya tak berhenti kat situ dan berterusan  macam tu lebih kurang hampir pukul 3 pagi. Nasib baik 'benda-benda' tu di luar, kalau kat dalam tak tahu macam mana. Jangan 'benda' tu ajak berbual sudah. Macam-macam bunyi yang kedengaran.

Sebenarnya dah biasa dah 'dengar' macam-macam, so tak adalah takut sangat. Pukul 5 pagi dah bangun. Tak cukup tidur, ngantuk. Pukul 7 a.m turun makan kat bawah. Dapat kupon untuk 2 orang sahaja so yang lain bayar sendiri. Satu orang dewasa Rm 17.00 termasuk gst. Makanan biasa-biasa je dan tiada banyak pilihan. Nasi lemak, sosej, wedges, bubur nasi, roti bakar, bijiran, air pulak, jus oren, air suam, kopi dan teh.



Sebenarnya banyak yang aku makan cumanya tak sempat nak ambik gambar sebabnya dah leka makan. Hehehe. Banyak kali pulang balik ambik makanan. Lepas makan tu, yang lain pergi ke bilik salin pakaian untuk aktiviti bermandi manda. Aku masih tengah makan lagi tak beranjak lagi, sebabnya aku kan makan lambat mana boleh nak mengunyah laju-laju, ok itu alasan semata-mata je. Padahal tengah nak habis makanan atas meja. Hahaha.

Lebih kurang pukul 11 lebih pagi dah siap kemas dan hantar barang ke dalam kereta untuk proses check out. Lepas tu pergi cari kedai makan untuk makan tengah hari. Masa perjalanan balik tu hujan turun lebat sangat sampailah ke rumah.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Dan sebelum terlupa, nak ucapkan terima kasih diatas doa kalian di entry yang lepas tentang doa. Sayang sangat kat anda semua..

Sayonara.

Thank You for reading this.



Thursday 26 November 2015

Tips : Doa dan exam


Hello and hai.


Bila time nak exam masa tu lah baru nak doa panjang-panjang. Biasanya doa biasa-biasa je. Ok lah tu kan daripada tak ada. Doa aku kalau exam sama je macam yang aku doakan pada hari-hari biasa. Kita kenalah berdoa untuk diri sendiri bukan orang lain doakan untuk diri kita. Parents semestinya orang yang akan sentiasa mendokan kita setiap hari tanpa disuruh. 

Boleh dikatakan aku ni ada darah gemuruh tapi muka aku tetap maintain cool, sampaikan kawan-kawan ingat aku dah cukup ilmu didada. Dia orang tak tahu aku sentiasa berdoa, berzikir bagai didalam hati supaya aku dapat jawab exam. Senior-senior aku dok usha pandang-pandang  kat aku disebabkan muka aku yang cool dan biasa-biasa tu. Padahal hakikatnya tangan aku dah sejuk sebelum masuk examination hall lagi. Sebelum masuk hall, aku akan cakap bila perlu sahaja sebabnya kalau aku banyak cakap semua ilmu akan terbang bagaikan burung di udara.

Doa yang aku selalu baca macam ni  :)


'Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku,murahkanlah rezekiku, kuatkanlah ingatkan dan permudahkanlah aku untuk menjawab soalan dengan dada yang lapang. Amin'


Bila kita dah berdoa, berusaha buat yang terbaik pasti tidak akan sia-sia. Jangan fikir tentang result yang akan kita dapat. Aku masih ingat lagi, pada sem tu kita orang kena jawab sampai 3 paper sampai satu hari. Dari pagi sampai ke petang. Paper yang ke tiga tu, subject dia agak rumit sikit. Walaupun dah baca still tak dapat masuk dan ditambahkan lagi dengan rasa penat selepas jawab 2 paper yang lepas.

Makanya, kita orang bersepakat di saat akhir sebelum masuk hall untuk baca doa. Dan kawan aku seorang yang nak bacakan doa. Bagi aku doa dia sangat jujur dan straight to the point. Nak tahu dia doa apa?. Meh kita usha.


'Ya Allah, berikanlah kami betul semua dan dapat A untuk subject ini..amin'


Semua mata pandang kat arah kelompok kita orang time tu. Apa lagi teruslah masuk hall tanpa toleh kiri kanan dan belakang. Dan kita orang semua dapat A dan A- untuk subject itu..hehehe.

Sayonara.

Thank you for reading this entry.

Thursday 19 November 2015

Dairi Plu 19/11/2015




Hello and Hai..

I am back...

Lama rasanya tak tulis entri tentang Dairi Plu ni. Dan hari ini tertiba nak update.

Tak ada kisah menarik yang ingin dikongsi.

Cuma nak cakap hari ini kurang sihat..

Sakit kepala dan selsema.

Tak teruk sangat tapi tadi dah beli ubat kat farmasi.

Bibir mula pecah-pecah.

Dah minum air 2 litter dari pagi tadi, dan semasa update entri ini hampir habiskan air 1 litter lagi.

Tadi lepas makan dah makan ubat, rasa hilang sikit sakit kepala.

Lepas nak berehat dan baca buku.

Semoga esok bertambah baik.

Have a nice day..

Sayonara.

Friday 13 November 2015

'Macho lelaki'


Hello and Hai..


Hari ni nak sharekan sikit tentang bagaimana aku nama idea atau ilham untuk menamakan blog aku sebagai Macho lelaki. Mari kita mulakan sebuah pengembaraan kecil kembali ke masa lalu.


Aku mula buat blog ini pada tahun 2013, hujung tahun kalau tak silap aku. Meski pun ketika itu agak busy dengan pelbagai urusan bagai namun disebabkan keingginan yang tinggi nak buat blog, maka terhasil blog ini. Satu masalahnya adalah aku tak ada idea untuk beri nama untuk blog aku.

Kalau beberapa tahun yang lepas, boleh dikatakan banyak sangat blog-blog plu yang best-best. Daripada jalan ceritanya, penggunaan ayatnya dan tiada unsur yang terhalang. Tapi sayang blog-blog tu semua dah tak ada lagi dah. Itu salah satu sebab kenapa aku nak buat blog walaupun blog aku sendu.

Kalau dulu nama blog agak unik sebabnya nama blog mereka berdasarkan siapa diri mereka. Sebagai contoh, badan kau berotot, maka nama blog akan jadi, blog abang berotot. Atau pun kau suka lelaki, maka nama blog akan jadi, blog lelaki suka lelaki. Lebih kurang macam tu contohnya. Itu sebagai contoh je k..

Aku dapat nama blog aku ketika aku berfikir/berfantasi tentang seorang lelaki yang handsome, rupawan, mempunyai daya tarikan, berkarisma, digilai ramai. Mula-mula nak letak lelaki kacak, tapi nama tu dah wujud. Nak letak kacak lelaki, macam pelik je. Nak letak lelaki handsome, macam biasa-biasa je sebabnya perkataan 'handsome'  tu dah selalu digunakan dan dah biasa dengar.

Berfikir dan berfantasi tertiba-tiba muncul perkataan 'macho' di kotak fikiran aku. Perkataan 'macho' jarang digunakan. Nak letak lelaki macho tapi macam kurang kena je dan entah macam mana dapat idea nak letak macho lelaki. Hahaha. Rasa macam lain sikit sebutannya. Maka wujudlah blog 'macho lelaki'. Hehehe.

Itu untuk nama blog dan link blog. Kalau kau orang perasaan atau masih ingat, dulu nama profile aku 'seksi lelaki'. Ingat tak? Hehehe. Ketika itu dapat idea nak letak 'seksi lelaki' sebabnya mana ada orang panggil seorang lelaki itu seksi. Maka wujudlah nama tu untuk nama profile aku. Memang pelik bila orang tengok, lagi-lagi kalau tinggalkan komen kat blog orang. Mesti empunya blog rasa pelik, terkesima, geli, dan sebagainya. Hello! seksi sangat ke sampai nak letak nama macam tu sekali????. Hahahaha.

Tapi itu dululah, sekarang aku tukar ke 'macho lelaki' sama nama dengan blog. Senang, sedap dan berkhasiat. Hahahha. Nanti tak ada orang dok berfikir seksi sangat ke empunya blog ni. Hahaha. Perasan sangat, macamlah ramai yang baca blog aku yang tak ada apa yang menarik ni.

Aku tak adalah perasaan yang aku ni macho sangat atau macaho disebabkan nama blog aku macho lelaki. Sebabnya ramai yang tanya, 'u ni macho ke'? 'u ni mesti macho tu sebab nama blog pun macho'. Sebenarnya TIDAK, bagi aku biasa je sama macam orang lain. Yang penting sedap mata memandang. Hehehe. Itu sahaja untuk kali ini..

Have a nice day and sayonara..


Thanks for reading this!..


Tuesday 20 October 2015

Jangan Biar Dia Masuk by A. Darwisy


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan lagi tentang novel yang telah aku baca. Kali ini novel yang bertajuk jangan biar dia masuk by A. Darwisy, novel ini berharga RM 31.00. Aku pun tak tahu kenapa mahal sangat harganya kena tanya pihak penerbit. Tapi disebabkan ramai kata bestlah tak berhenti baca bila dah mula baca dan bla bla bla, yang penting penulis dia handsome. Hehehehe.




Sinopsis:

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan ALLAH. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika, adalah permaianan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir 3 zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga kampung tenun bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya gadis kuala lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunanya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya , defi, suraya, laila dan rafidah, dihantui dengan satu per satu siri kejadian aneh dan menyeremkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka di rogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakutan. Datang haris sebagai penyelamat. Datang inspektor intan cuba membantu. Tetapi mereka tidak sedar satu perkara. Permaianan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan. Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku?. Apa pula kaitan mereka dengan anje dan adika? kampung tenun bulan, apakah misterinya?

Tahun 1900, kampung Tenun Bulan Jawa Tengah. Kisah bermula dengan 3 beradik kandung perempuan yang tidak mempuyai kedua ibu bapa serta berbeza setiap mereka meskipun datang daripada rahim yang sama. Yang sulung bernama Ambarningsih, mempunyai rupa paras yang jelita mampu membuat lelaki jatuh hati pandang pertama, sifatnya yang tegas membuatkan tiada siapa yang berani mengusiknya, namun sayang si sulung sudah terlalu jauh daripada landasan agama. Yang tengah bernama Ambarsari, dilahirkan sebagai seorang yang istimewa dengan perwatakannya dan seorang yang jujur didalam mengatur bicara. Tidak suka pada kakak sulung kerana selalu dimarahi. Meskipun begitu, dia tahu membezakan antara yang baik atau salah. Gemar memainkan alat muzik gamelan dan ketika memainkan ada benda yang mendampingnya. 

Yang bongsu pula bernama Ambarwati, jauh berbeza dengan kakak sulungnya, seorang muslimah sejati yang sentiasa menutup auratnya tidak kira di mana jua berada. Sentiasa menentang amalan khurafat si sulung dan tidak jemu didalam memberikan nasihat. Kakak yang tengah sayang padanya kerna sifatnya yang berlembut dan tutur katanya sentiasa sopan. Lanang, seorang permuda yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap ambarningsih terperdaya dengan pujukan rayu wanita tersebut untuk bersamanya membuat amalan khurafat. Kerana cinta, lanang bersetuju pada hal dia tidak tahu apa yang mahu di lakukan keatasnya. Dia dijadikan sebagai wong menyak yang setiap malamnya menganggu anak dara didalam kampung termasuk juga adik beradik ambarningsih disebabkan hatinya yang telah hitam.

Perjalanan Maya, defi, suraya, laila dan rafidah untuk bercuti di kampung defi terpaksa melalui pelbagai rintangan. Ketika didalam perjalanan, suraya yang tiba-tiba dirasuk menjadi orang lain dan menyuruh mereka berpatah balik dan bunyi gamelan sentiasa mengiringi perjalanan mereka. Akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Ketika berada di rumah keluarga defi, nenek sireh merupakan neneknya sentiasa mencari kesalahan maya, bagaikan maya membawa bala kepada keluarga mereka semua. Pelbagai kejadian yang berlaku selama mana mereka berada dikampung.

Maya diculik ketika mereka semua didalam perjalanan pulang ke k.l. Haris datangnya tepat pada waktu dan dianggap sebgai hero, namun bagi suraya haris seolah-olah membayahakan mereka semua terutamanya Maya. Haris sentiasa ada didalam mana-mana sahaja seakan menjadi pegintip, namun hanya suraya sahaja yang tahu. Kematian kawan mereka laila seakan menjadi tanda tanya siapakah yang membunuhnya?. Pelbagai peristiwa yang berlaku sehinggalah mereka temui jawapan yang sangat mengejutkan siapakah ketua bagi segala perbuatan yang berlaku.

Aku sangat berpuas hati dengan ceriter novel ni sebabnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil, selain daripada petua-petua mengelakkan diri kena gangguan makhluk halus. Disamping jangan terlalu percaya akan orang yang baru kita kenal meski pun dia baik dengan kita. Yang paling menarik, adanya bahasa jawa didalamnya, bila membacanya seolah-olah kita memasuki didalam alam yang lain dan seolah-olah kita berada di tanah jawa, sangat khayal tanpa merasa sudah berjam-jam kita membaca.

Membezakan novel seram lain dengan yang ini adalah, dimulakan ceriter dengan puisi jawa membuatkan anda tidak dapat berhenti membaca apabila puisi jawa tersebut dibaca..hati-hati!..


Monday 5 October 2015

Pos Laju yang tidak berapa nak laju..


Hello and Hai..

Selamat hari Isnin. Sepatutnya update ceriter ini masa last week tapi kurang sihat maka nak sharekan hari ini. Aku ada beli barang secara online, dan biasanya ambil masa 3 hari untuk sampai. Barang akan sampai bila masuk hari yang ketiga. Dan biasanya barang akan sampai pada hari rabu, jadinya hari rabu tu dengan penuh sabar dan senyum aku pun tunggu abang pos laju hantar dan aku pun check secara online yang barang aku dalam proses untuk hantar ke rumah.

Akan tetapi sampai ke petang barang aku tak sampai. Tak pe lah mungkin ada masalah agaknya kot. Hari Khamis pun aku menanti dengan kesabaran dan berharap yang abang pos laju akan telefon bertanyakan rumah aku kat mana. Namun sama juga, tiada panggilan yang masuk atau barang yang sampai.

Sehinggalah hari Jumaat tu, aku telefon pejabat pos state aku bertanyakan tentang barang aku tu. Telefon waktu pagi tidak berangkat, pada waktu petang lepas solat Jumaat aku telefon balik, nasib baik dapat. Hati dah lah panas bila barang aku tak sampai ditambahkan lagi dengan pejabat pos yang tidak angkat call.

Aku pun cakaplah barang aku belum sampai lagi dan bla bla...Akak kat pejabat pos tu kata nanti dia telefon pekerja yang hantar barang aku dan apa-apa akan telefon aku. Lebih kurang 5 minit selepas tu, akak tu telefon balik cakap yang pekerja dia ada telefon aku tapi aku tak jawab. Akak tu pun bagi number aku kat pekerja yang hantar barang aku tu. Dalam masa 10 minit, abang pos laju telefon tanya rumah kat mana. Selang 5 minit, abang pos laju tu dah sampai kat depan rumah.

Abang pos laju tu siap cakap lagi, sorrylah sebab dia dah lama tak masuk kat kawasan aku tu yang dia cari rumah tak jumpa. Aku pun mengangguk sahaja dan tersenyum. Barang pun ada kat tangan aku tapi aku rasa hanya ada 1 barang sahaja..aku beli 2 barang. Terus masuk rumah, buka dan tengok memang 1 barang je yang aku dapat. Terus whatsApp kat orang yang aku beli dan menanti dengan sabar dia membalasnya. Akhirnya dia pun balas dan cakap nanti akan update dengan staff dia tentang barang aku tu.

Dan tadi, lebih kurang 1.30, aku dapat barang aku. Yeah!.. Tak sangka pulak cepat dan dapat hari ini. Nasib baik dia hantar hari ini kalau esok memang aku tak ada kat rumah. Yang hantar barang tadi tu abang yang sama hantar barang aku last week. Yeah!..barang dah dapat, happynya.


p/s : Rambut dah pendek sebab potong, ala2 askar. Nampak pipi macam pau. Hari ni jerebu melanda kembali...esok ada appointment dengan doc gigi, nervous..hahahha.


Friday 18 September 2015

Braces Update -Pakai Getah-


Hello and hai..






Sepatutnya share pada awal bulan tapi ditangguhkan maka baru hari ini nak update. Hujung bulan lepas aku pergi jumpa dentist untuk appointment. Doc tengok atas bawah semua depan belakang dan dia pun cakap, aku punya kes kena pakai getah elastik pada braces. Sebelum tu tukar besi atas bawah yang lebih keras, 0.6. Doc pun ajarlah cara pakai getah tu, dari atas pergi ke bawah.


Seperti gambar di atas tu, memang sama cara tariknya dan juga jenis braces. Sakit ke tak pakai getah ni kat gigi?. First week memang kekok dan bila getah tu ada rasa sakit sikit je, bila dah lama tak rasa apa-apa dah. Getah ni kena pakai 24 jam. Cara aku, bila nak gosok gigi baru buka, time makan memang pakai tak bukak. Dan aku ganti dua kali, masa mandi pagi sekali, sebelum tidur ganti lagi sekali, jadinya dua aku pakai dalam sehari.




Masa mula-mula sahaja rasa macam tak selesa dan kurang pasrahlah juga kena pakai benda alah ni. Tapi itulah yang kena tempuh bila nak pakai braces. Lain orang lain masalahnya dan caranya. Next appointment bulan oktober nanti. Harap nanti ok dah tak yah pakai getah ni lagi. Itu sahaja untuk kali ini..

Sayonara..



Monday 7 September 2015

Fazura dan Nazim Othman.


Hello and Hai..

Happy Monday..

Macam mana dengan weekend?..Ok?. Mula-mula sekali nak ucapkan tahniah pada my sis, fazura sebab menang pelakon wanita terbaik di Anugerah Festival Filem Negara, menerusi ceriter manisnya cinta di cappadocia. Dah lah ceriternya best, ditambahkan lagi dengan barisan pelakon yang hebat-hebat, kecuali Sam.




sumber ; Google.

Orang cantik, nangis pun still cantik lagi. Tak sangka lak yang dia boleh nangis. Menangis betul-betul ok, habis mascara tu. Mungkin terharu atau pun sebab lain bila tengok si sam pun ada atas pentas tu. Benda yang lepas usah dikenang lagi. Suka sangat bila tengok fazura menang sebabnya sejak dari zaman sekolah lagi dah suka dan minat kat fazura.


Image result for nazim othman

Love you,mmuuaah


Dan malam itu, entah macam mana aku boleh termimpikan nazim othman yang macho tu. Dalam mimpi itu semuanya indah sangat. Saat tangan dia mengenggam tangan aku terasa sangat real,dapat merasai tanganya yang berurat itu. Mata bertemu mata tanpa perlu bicara. Wajahnya amat mendamai, sungguh mempersonakan.

Image result for nazim othman


Hanya berpengan tangan dan bertentang mata je tak lebih daripada itu. Bila bangun pagi Ahad semalam, tersenyum sendiri. Alangkah indahnya kalau betul-betul. Hehehehe. Kalau betul-betul pun kena bermadu dengan bella dally tu. hahahahaha..


Sejak akhir-akhir ini, jeremu semakin teruk melanda Malaysia, sampaikan nak keluar rumah pun tak selesa. Nampak cuaca mendung semacam tapi habanya memang terasa. Jadinya, sila minum air putih sebanyak mungkin, sekirannya sakit sila makan ubat anda. Jangan terlalu banyak buat aktiviti luar...Jumpa lagi..



Monday 24 August 2015

Pendamping by Zyra Safiya


Hello and Hai!.

Hari ini aku nak sharekan satu lagi novel seram yang dah lama aku baca tapi belum sempat nak buat review lagi. Pendamping by zyra safiya yang berharga RM 17.00. Untuk novel ini aku bagi 4 bintang. Jalan ceriter yang tidak menyimpang kearah lain, penggunaan bahasa yang mudah di fahami dan yang penting tidak boring.




sumber : Google.

Sinopsis :

Helena sukar dimengertikan tingkah laku dan pemikirannya. Hijab Amy yang terbuka pula mampu melihat lebih daripada apa yang diingikan. Hadir diantara mereka adalah Zarif. Saat helena menagih cinta daripada zarif yang tidak mampu memenuhi jalan yang sukar dipermudahkan dengan hawa nafsu yang bertuankan syaitan durjana. Khidmat cemapaka nun jauh di pondok usang yang degeruni, dicari lalu hati zarif yang liar memberontak ditundukan. Amy mengocak kasih, pencetus cinta. Dia nampak kehodohan sifat manusia yang rakus mahu menguasi biarpun perlu menganiayai. Berjayakah zarif melepaskan diri daripada helena?. Mampukah amy membutakan setiap penglihatannya?.

Ceritannya bermula apabila En Zamri membuat keputusan untuk mengambil Helena sebagai anak angkat disebabkan rasa kasihannya dimana ibu helena telah dimasukan ke dalam penjara disebabkan kesalahan jenayah yang dilakukannya  dan ayahnya seorang yang miskin. Meskipun tidak disetujui isteri en zamri namun terpaksa juga menerima helena sebagai anak angkatnya yang telah mengorbakan salah seorang anak kandungnya sendiri. Amy seorang gadis yang dimana ijabnya dibuka daripada kecil lagi mampu melihat 'benda' lain daripada pandangan mata orang lain. Semakin membesar semakin banyak 'benda' pelik yang bisa di nampaknya. Zarif, jejaka kacak dan bergaya menjadi rebutan para gadis di kolejnya termasuklah helena. Apabila mengunakan cara lembut tidak berjaya, dia mengunkan cara halus untuk mendapatkan zarif. Cempaka, apabila namanya diseru dia akan tiba bagaikan angin dan pergi secepat angin. Hanya mampu nampak bayang-bayangnya sahaja tanpa dapat menatap raut wajahnya. Meski pun menakutkan namun ia bagaikan satu hiburan buat helena dan helena mempunyai kawan di alam ghaib.

Namun bagi Amy bayang-bayang hitam itu amat menakutkan baginya kerana bayang-bayang hitam tersebut boleh menjelma pelbagai bentuk. Walaupun sudah di halau mengunakan mengunakan ayat-ayat suci tapi lembaga itu tetap sentiasa datang kepada amy, samaada didalam tidur atau pun jaga. Zarif, yang tidak tahu apa yang terjadi keatas dirinya seakan menjadi orang bodoh mengikut rentak helena, nasib baik mempunyai sahabat yang prihatin atas apa yang terjadi pada dirinya. Apa yang helena rasa akan dirasai oleh zarif begitu juga sebaliknya. Dan mereka berdua terlihat bayang-bayang baby di atas bahu mereka dan mendengar suara tangisan tiada henti. Apakah yang dilakukan oleh helena kepada zarif?.Adakah zarif akan selamat daripada helena?, siapakah cempaka sebenarnya? adakah amy berjaya menutup hijabnya yang terbuka itu?. Semuanya ada dalam novel.

Friday 24 July 2015

Syawal 2015


Salam 8 Syawal dan Salam Jumaat semuanya..

Hari ini aku nak sharekan tentang kenangan beraya terindah pada tahun ini. Di hujung-hujung puasa tahun ini agak santai menanti kedatangan Syawal sebabnya biskut dan kek raya kebanyakan beli sahaja tak buat pun. Hanya sejenis biskut sahaja yang aku buat, yang semua beli samaada kat orang yang buat biskut raya dan juga aku beli kat shopping. Aku lebih banyak habiskan dengan mengemas rumah baik dalam atau luar rumah.

Beberapa hari sebelum Syawal aku sudah menyiapkan keperluan memasak, aku beli barang-barang basah dan keperluan lain untuk masak. Ketika petang raya semuanya sudah tersedia bahan-bahan untuk memasak. Tahun ni cuma masak, kuah kacang, daging rendang, udang sambal dan ayam sambal, sebelum jam 6 dah siap semuanya. Selepas itu, kemas apa yang patut di dapur sebelum bersiap-siap untuk berbuka.

Di malam raya, ketika takbir raya berkumandang sayup-sayup aku dan abang-abang yang lain sibuk membuat dodol di belakang rumah, nasib baik ada angin sepoi-sepoi bahasa jadi kuranglah berpeluhnya. Selepas selesai, masuk rumah tengok tv, melayan perasaan dan tidur. Pukul 5.30 pagi dah bangun untuk beraya. Buat apa yang patut kat dapur lepas tu sia-siap pergi sembayang raya, sambil mata dapat mencuci mata. Elok-elok semuanya berbaju melayu.

Sudah pastinya bila raya saudara mara datang bertandang ke rumah, sambil bertanya khabar, soalan cepu emas, tentang itu dan ini sebagainya kan sambil menjamu selera dengan apa yang tuan rumah sediakan. Dan raya tahun ini, aku menjadi tumpuan dan menjawab pelbagai soalan seperti berikut.

Adik napa kurus sangat, dah tak handsome dah.

Adik diet ke?

Napa lain sangat ni?. Jauh berbeza

Bila pasang besi kat gigi?

Dik, sharelah makan apa boleh jadi kurus macam ni?

Tak makan ke dik ke makan ubat kurus?

Makan apa yang boleh kurus macam ni?

Dik, lemak mana?. Dah hilang pergi mana?

Itulah antara soalan-soalannya yang aku jawab untuk syawal ini. Nak dikatakan terlalu kurus tidaklah juga, lagi-lagi dah Syawal ni memang tak tahan nafsu tengok biskut raya yang sedap-sedap sampaikan aku terlupa yang aku pakai braces. Bila part kena berus gigi memang lama aku dalam bilik air tu. Tahun ni kurang sikit dapat duit raya. Dah besau kan kenalah terima hakikat itu. Aktiviti hari raya, makan tido makan tido untuk besarkan badan. Makanan favorite ketika raya semestinya makan ketupat dengan kuah kacang dan kuah rendang, tak makan daging sebab tak boleh makan daging.

Itu sahaja yang nak sharekan untuk entry kali ini dan berjumpa lagi ke entry yang lain.

Sayonara....