Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday, 30 April 2015

Diari Plu 30/04/2015


Dear Diary,

Hari ini hari khamis bersamaan dengan 30/04/15 hari terakhir didalam bulan April. Esok dah masuk 1 Mei dan cuti sempena hari pekerja. Cuaca hari ini sekejap panas dan mendung, belum menunjukan lagi tanda-tanda nak hujan. Aktiviti hari ini sama sahaja dengan aktiviti hari-hari yang lain. Cuma yang bezanya aku kena jaga anak buah aku disamping buat kerja rumah.

Serasa aku dah lama anak buah aku tak datang waktu pagi kat rumah aku. Kalau ada pun tahun lepas cuma beberapa minggu sahaja lepas tu tak datang lagi. Sebabnya sebelum papa dia pergi kerja akan singgah dekat rumah aku sebelum pergi kerja sama-sama dengan abg ngah. Cuma beberapa je anak buah aku duduk kat rumah aku lepas tu mama dia akan datang ambil. Biasalah budak-budak kan. Umur dia dah 3 tahun. Budak sekarang sangat-sangat aktif dan lasak. Bila dia ada maka berubah sikit aktiviti aku hari ini.

Lepas breakfast terus aku rendam baju kemudian dia datang kat aku nak mandi, mungkin dah biasa mandi pagi kot sebelum pukul 8 dah siap mandi semuanya. Dari awal pagi dia datang maka akan kedengaran suara karton di saluran ceria pagi-pagi buta sampaikan aku dah naik bosan siap boleh hafal semuanya. Dah mandikan dia semua bagi dia makan biskut, benda-benda yang dia suka sambil tengok tv sementara aku pulak sibuk menyapu, kemas bilik. Nasib baik walaupun baru 3 tahun dah pandai makan sendiri. Adatlah kalau ada terabur sikit kan. Bila dia nak apa-apa mesti dia akan cari muka aku samaada nak basuh tangan, minum air ke apa ke nak tukar siaran ke dia akan tarik tangan aku. Apa yang dia cakap aku tak paham semuanya.

Dah beres hal si kecik aku terus masuk bilik air basuh baju dan dia syok dan leka tengok tb sambil baling-baling kusyen kerusi. Aku biarkan je malas nak kemas nanti dia buat lagi. Dah siap basuh, spin semua terus sidai kat ampaian sambil tu dia pun turut main kat luar entah apa benda yang dia cakap entah aku tak paham. Nasib baik main sendiri tak ajak aku main sekali kalau tak mahu tak siap kerja aku.

Nasib baik dia bukan jenis budak yang kena minum pakai botol susu kalau tak lagilah susah kalau terlupa bawak botol susu. Dan dia tak kisah air apa yang aku bagi semuanya dia minum. Bila dia dah boring atau teringat kat mama dia, dia akan panggil 'mama mama' maksudnya dia nak balik rumah dia. Jadinya aku telefon mama dia untuk ambik dia dalam pukul 10 lebih. Bila dia dah balik barulah aku buat kerja-kerja aku yang patut disiapkan termasuklah update blog. Hehehe. Oh ya nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiapa yang cuti esok.

Sayonara...


2 comments:

  1. Abg tabek spring kt awak, pndai btul guna wmesin, abg fobia ngan mende tuh, antar je kedobi. jgn jeles abg cuti sminggu, hehe. Len kli mai tlong jga abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. ni mesti fobia sebab piring dalam dia terbang sampai keluarkan. kita dulu pun fobia juga tapi sekarang ni dah ok dah. tolong jaga abang dari jauh je k.

      Delete