Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 18 March 2024

7 Ramadan 2024

 Hello & Hai.

Hari ini aku stresssssssss

Mana tidaknya client yang cerewet kembali lagi dan aku tahu yang hidup aku akan dihantaui selagi tidak berlangsungnya acara dia. Ya Tuhan debaran apakah ini yang harus aku hadapi kali ini.

No wonderlah beberapa hari in aku berdebar-debar sahaja rupanya sejarah tahun lepas akan berulang kembali. Seakan kita membaca buku yang sama berulang kali dan tahu apa ending buku itu.

Dah lah bulan puasa ni macam-macam hal pulak. Hahahaha

Anggap sahaja ini sebahagian daripada kehidupan untuk mematang diri aku.

Alhamdulilah baju raya family dah siap beli...boyfriend je yang tak ada. lahhh tiberrr. macam tak ada kena mengena lak pulak.

Mata pun dah mengantuk, jom tido awal esok bangun sahur 4.30pagi.


Semoga kita semua dapat berpusa dengan baik tahun ini.


Sayonara

Tuesday 12 March 2024

SALAM RAMADAN 2024




Salam.

Hello & Hai.

Hari ini 12/03/2024 adalah hari pertama puasa.

Sepatutnya aku update blog ini semalam, tapi apakah daya mengantuk menyerang diri.
Hari ini aku ambil cuti, setelah bertahun kerja tidak pernah ambil cuti ketika puasa pertama.
Bagi aku hari ini biasa sahaja, cuma haus sahaja mungkin sebab melaka panas plus aku pun buat kerja-kerja rumah termasuk basuh kereta sekali.

Dari segi lapar, alhamdulilah tiada masalah itu, mungkin dah terlebih makan agaknya sahur tadi itu yang okay.Hahaha.

Juadah berbuka hanyalah yang ringkas sahaja. nasi putih, ayam masak kari, sambal telur pecah, bihun goreng, ayam goreng dan sirap ice. Oh ya favourite aku mestinyalah ayam goreng. 

Bila dapat minum sirap ice nikmatnya dunia, hilang semua haus. Tengoklah siapa yang buat air. Lah nak juga lak budak ni.






Jujur cakap persediaan ramadan tahun ni semua last minute. Semalam petang sebelum balik kerja baru aku cari kurma dan susu aku beli di speedmart. Aku fikir cuma aku sorang sahaja yang macam tu, rupanya mereka yang lain pun sama. Dah kenapa ramai yang tiru kita beli barang saat akhir ni. Hahaha.

Semakin dekat ramadan semakin banyak kerja pula yang perlu aku uruskan. Bukan mudah untuk menjadi dewasa ya anak-anak sekalian. Tiba rindu nak jadi student balik, lah tibaaaa..


Sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti aku update ya..

Selamat berpuasa kawan-kawan semua, jaga diri muahh

Sayonara!