Hello & Hai.
Hari ini 12/03/2024 adalah hari pertama puasa.
Sepatutnya aku update blog ini semalam, tapi apakah daya mengantuk menyerang diri.
Hari ini aku ambil cuti, setelah bertahun kerja tidak pernah ambil cuti ketika puasa pertama.
Bagi aku hari ini biasa sahaja, cuma haus sahaja mungkin sebab melaka panas plus aku pun buat kerja-kerja rumah termasuk basuh kereta sekali.
Dari segi lapar, alhamdulilah tiada masalah itu, mungkin dah terlebih makan agaknya sahur tadi itu yang okay.Hahaha.
Juadah berbuka hanyalah yang ringkas sahaja. nasi putih, ayam masak kari, sambal telur pecah, bihun goreng, ayam goreng dan sirap ice. Oh ya favourite aku mestinyalah ayam goreng.
Bila dapat minum sirap ice nikmatnya dunia, hilang semua haus. Tengoklah siapa yang buat air. Lah nak juga lak budak ni.
Jujur cakap persediaan ramadan tahun ni semua last minute. Semalam petang sebelum balik kerja baru aku cari kurma dan susu aku beli di speedmart. Aku fikir cuma aku sorang sahaja yang macam tu, rupanya mereka yang lain pun sama. Dah kenapa ramai yang tiru kita beli barang saat akhir ni. Hahaha.
Semakin dekat ramadan semakin banyak kerja pula yang perlu aku uruskan. Bukan mudah untuk menjadi dewasa ya anak-anak sekalian. Tiba rindu nak jadi student balik, lah tibaaaa..
Sampai sini sahaja, kalau ada masa nanti aku update ya..
Selamat berpuasa kawan-kawan semua, jaga diri muahh
Sayonara!
semoga kita jumpa Ramadan akan dtg. .ameen
ReplyDelete