Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 25 February 2015

Demam

Hello and Hai.

Waktu malam semalam rasa panas sangat jadinya memang minum air masak berliter. Sebabnya nanti memang akan kena demam sebabnya memang alahan dengan panas. Tapi rasa diri macam ok je, boleh di kawal lagi. Kepala pun tak rasa sakit dan tidak pening. Semalam tidur awal sebabnya rasa mengantuk sangat, maka tidurlah dengan tenang. 

Tiba-tiba ketika sedang enak tidur, kepala rasa sakit sangat. Macam nak terputus urat di kepala, dapat rasa urat bergerak-gerak dekat dahi terutamanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bila rasa dahi panas!. Tertiba panas tadi sebelum tidur ok je. Pada masa yang sama badan pun terasa sakit-sakit kat sendi. 

Bila keadaan diri dah macam tu, maka mimpilah benda-benda yang tidak berapa elok. Selalu terjaga tidak dapat tidur lena. Badan semakin rasa sakit-sakit. Dalam pada tu, aku pun ambil tuala, rendam sekejap dalam air sejuk kemudian letak kat dahi. Baru rasa lega sikit daripada kesakitan.

Bangun pagi tadi dah tak berapa panas, cumanya kepala masih pening lagi. Sakit atau tidak itu belakang ceriter yang penting kena buat kerja. Masa ni pulak banyak kerja, dugaan kena sabar. Kalau tak baik juga baru pergi jumpa Doc.


Image result for demam tinggi

Sunday 22 February 2015

Sendiri


Biarkan aku sendiri,
menempuh jalan yang penuh berduri
Walaupun sakit tapi rasa puas
Derita itu biar aku sendiri yang tanggung.


Biarkan aku sendiri,
di tengah kesibukan manusia
Aku rasa terasing dan sendiri
Membawa langkah dan haluan yang berbeda.


Biarkan aku sendiri,
walaupun hati dan perasaan ini sakit
Aku tahu mana mencari penawarnya
Jika hati lain yang sakit aku buntu.


Biarkan aku sendiri,
meniti kehidupan di garis akhir masa
Tanpa mereka-mereka disisi
Aku tetap rasa bahagia dan gembira.


Biarkan aku sendiri,
Walaupun darah dan terluka
Ditambah dan di tabur pasir
Aku masih tetap tersenyum.

Biarkan aku sendiri,
aku tak ingin mengharap dan terlalu yakin
Pada sesuatu yang belum pasti
Rasa penat dan lelah hidup ini.


Biarkan aku sendiri,
membawa diri yang hina ini
Ke tempat yang aku ingin tuju
Yang pasti ia baik untuk ku.


Thursday 19 February 2015

Aku Dan Lagu.

Hello and Hai.

Pastinya setiap daripada kita ada lagu kegemeraan yang tersendiri, tak kisahlah popular atau tak lagu yang penting kita semua suka akan lagu tersebut walaupun kadang-kadang orang tak tahu pun akan kewujudan lagu tersebut. Macam aku, aku suka sesuatu lagu disebabkan sedap halwa telinga mendegarnya atau pun dah memang suka lagu tu. Seperti kata Yuna 'setiap gambar ada lagu' tapi untuk entri saya tiada gambar cuma lagu dan kategori lagu sahaja.

Ok, marilah kita senaraikan lagu-lagu tersebut :


# Putus Cinta.

Di hari persandinganmu, yunizar hussien.

-lagu yang sesuai berkumandang bila pergi ex kita punya wedding atau pun dapat kad kawin dari ex kita, sila bayangkan majlis tersebut*-


Siapa aku di sisi mu, hetty sarlene.

-merasakan diri tidak dihargai walaupun kita sentiasa berada di sisi dia, jadi sila minta putus dan cari yang lain, eh kita muda lagi k tak payah nak seksa diri kau!-


Dealove, Once.

-'hanya dirimu yang bisa membuatku tenang, tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi'. Bila putus cinta SILA dekatkan diri lebih kepada TUHAN daripada manusia-


Datuk Siti Nurhaliza

-Jerat percintaan.
-Purnama Meindu.
-Kesilapanmu keegoanku.
-Jaga dia untuk ku.
-Terbaik bagimu.

-Lagu Siti semua tangkap leleh, maka sila dengar lagu Cindai untuk berhenti menangis disamping dapat menyihatkan badan dengan menari mengikut irama lagu berkenaan-


Masih aku cinta, patah seribu, beribu sesalan,
Sheila Amzah dan 3 Suara.

-Jangan mengharap pada cinta yang lepas, teruskan hidup anda. Doakan agar dia tenang di sana, benda yang lepas jangan dikenang dan jangan diulang kembali agar kita tak menjadi sesalan untuk kali kedua-


Kisah hati,sesal separuh nyawa, Datin Alyah.

-'Mungkin kita kan bersama nanti di atas sana', tidak dapat bersatu di dunia mungkin di sana, walaupun dia tidak ada lagi namun ingatan dan memori bersama dengan sidia masih segar dan bugar di dalam ingatan.
Bila kita rasa dialah yang terbaik untuk kita, rupanya sebaliknya-


Elergi Sepi, Azharina Azhar.

-Bila dia tiada di sisi baru kita rasa akan kehilangan orang yang selama ini di sisi kita, mengambil berat tentang kita yang kita tidak pernah hargai langsung, bila tak ada baru kita merasai kekosongan-


Kau tercipta, Lah Ahmad.

-'Peluklah aku jika kau terkenang semua yang kau idamkan', apakah daya cuma mampu peluk bantal je,-



Pelita di bawah purnama, Erema.

-Sang kekasih berubah hati dan cinta, kita masih teringat akan kata-kata dan janji manisnya itu, semasa sayang semuanya indah belaka.
'Dulu kau pernah berkata aku bagaikan pelita di bawah purnama'-




# Bila-bila masa.

Hingga Hujung dunia dan Rasa Sayang, Hanis Soraya.

-Bila mula dengar ni suara amy mastura ke apa part yang chorus tu?, rupanya bukan. Semua tertanya-tanya siapakah dia tu. Suara sedap, pandai pulak tu. Lepas tu muncul dengan lagu Rasa sayang yang bestnya video clip dia tu tentang perjalanan dia balik semula ke Cairo tu, tertiba2 suka lebih kat dia. Apa pun lagu dia best sangat syok-

Senyum, Aziz Haron.

-Kecik2 dah handsome lepas tu suara best pulak tu, asal Brunei dan anak didik Faizal Tahir, lagu yang simple dan boleh layan bila-bila masa-


Lebih indah, Siti Nurhalizah.

-Rasa down atau tak ada mood SILA dengar lagu ini banyak kali, ada nasihat dalam bait kata lagu ini yang dapat manaikan semula semangat yang telah hilang disebabkan keadaan dan orang sekeliling kita. ' Disekeliling mu ada diding-diding yang menghalangi'-



Ikut Rentakku, Jac.

-Sila dengar sebelum decide nak bercouple, dia boleh ikut rentak kita atau tidak atau pun kita ikut rentak dia?, Sila fikir.-



Dikir Puteri, Noraniza Idris.

-Lagu tradisional disamping dapat menyihatkan badan  dengan menari dan tidak lupa asal usul kita. Budak-budak sekarang semua gila kpop je-




Sekian sahaja, nak senaraikan terlalu banyak dan sentiasa berubah-ubah. Setiap kita ada lagu yang tersendiri.




Wednesday 18 February 2015

Aku Dan Saya

Hello and Hai.

Selamat tengah hari dan esok Chines New Year. Sekirannya kalau kau orang perasaanlah perbezaan bahasa yang aku gunakan ketika tulis blog dan juga ketika aku membalas setiap komen yang ada. Itu pun kalau kau orang perasaanlah perbezaannya. Yang pasti aku gunakan perkataan AKU untuk menulis blog dan SAYA di mana aku gunakan untuk membalas setiap komen yang di tinggalkan pada setiap entri.

Dan hari ini aku akan terangkan kenapa wujudnya perbezaan perkataan tersebut dalam blog aku. Seksi Lelaki adalah orang yang sangat pelik yang perlu kau orang semua tahu. Cewah! peliklah sangatkan....Ok, marilah kita semua melihat apakah perbezaan antara AKU dan SAYA


-AKU-

Perkataan 'aku' ini mula timbul ketika aku sedang menaip entri dimana pada awalnya aku nak gunakan perkataan 'saya' akan tetapi rasa macam kurang menarik jalan ceriter, bagaikan tidak bernyawa entri yang aku taip. Maka bermula detik itu aku mengunakan perkataan 'aku' bila aku menaip entri blog. Selain itu, aku juga rasa selesa mengunakan 'aku' daripada 'saya'.

Pada mulanya rasa macam kasar je bunyi 'aku' tu tapi tetap juga guna dan sekarang dah sebati dengan gaya penulisan aku. Rasa macam kurang selesa pulak mengunakan 'aku'. Bukannya apa aku tahu yang baca blog ini banyak yang lebih berusia berbanding dengan remaja sebaya aku. Itulah sebabnya bila aku membalas komen aku akan gunakan perkataan 'saya' sebagai ganti nama diri dan juga perkataan 'aku'. Dah macam kelas bahasa Malaysia pulok. Hehehe.

Bila aku baca satu persatu blog samaada blog straight atau pun senget, aku tengok dia orang juga mengunakan perkataan 'aku' ketika menulis entri mereka. Maka aku pun rasa selesa dan dapat menyesuaikan diri aku dengan perkataan 'aku' itu. Rasanya dengan pengunaan perkataan 'aku' lebih mudah untuk orang memahami apa yang kita tulis didalam entri kita itu. Hanya pandangan aku sahaja dan mungkin pandangan kau orang berbeza-beza.


- SAYA -

Bila rasa perkataan 'aku' sesuai digunakan dalam entri sahaja, maka munculnya perkataan 'saya' bila setiap kali aku membalas komen-komen yang ada. Disamping untuk menjalinkan hubungan yang baik serta mesra kepada mereka yang sudi meninggalkan jejak di dalam entri yang ada di blog ini.

Bukan sahaja ketika membalas komen di dalam blog ini tapi di blog-blog yang lain pun sama dengan pengunaan perkataan 'saya'. Nampak lebih sopan dan santai seperti pemilik blog yang anda sedang baca ini. *Perasaansendiriterlebihsudah*. Saya suka berkenalan dengan siapa-siapa lagi terutamanya yang berkenan di mata!. Tiap-tiap hari baca blog 'sidia' tu. Hehehehe. Dia bukan tahu pun saya tengok blog dia tiap hari.

Berbalik pada topic asal, bagi saya rasa macam sesuai bila membalas komen atau meninggalkan komen di blog orang lain dengan menggunkan perkataan 'aku' tersebut. Itu dari segi sudut pandangan si penulis blog ini sahaja. Semuanya terserah anda kerana anda yang menaipnya bukan orang lainkan.

Apa-apa pun semuanya mengikut cita rasa penulis tersebut yang dapat memberikan keselesaan pada si penulis. Sebenarnya tak penting pun, yang penting orang lain faham apa yang ingin kita sampaikan dan dapat manfaat darinya.

Sayonara.






Thursday 12 February 2015

Entry Untuk Anda.

Hello and hai.

Entry ini tercetus di sebabkan aku membaca komen-komen yang telah di tinggalkan untuk entry oleh anda semua yang sudi bagi komen. Maka hari ini aku akan menjawab secara terperinci tentangnya. Menjawab segala teka teki, cewah macam popular pulak gitu.

Sebenarnya aku dah pun masuk umur 20an, dan sedang menuntut sama macam blogger yang lain. Pastinya akan timbul tanda tanya kenapa entry yang lepas aku ada sebut tentang kerja sekolah, dan pastinya kau orang fikir yang aku masih bersekolah lagi dan sekarang study untuk SPM kan. Meh sini aku terangkan satu persatu.

'Sekolah' = Universiti
'Kerja sekolah' = Assignment, kerja project.

Mungkin bagi kau orang macam pelik je tapi bagi family aku, orang sekeliling aku, kawan-kawan aku benda ni dah macam biasa. Macam family aku, mungkin disebabkan aku ni anak last maka walaupun aku dah tak sekolah lagi tapi still gunakan perkataan sekolah lagi. Mula-mula aku fikir cuma family aku je rupanya orang sekeliling aku pun macam tu, mereka macam mengangap yang aku masih 'bersekolah' lagi tapi sekolah yang lebih tinggi. Kawan-kawan yang sama negeri pun sama, family dia orang pun masih panggil 'sekolah' lagi. Sebagai contaoh ayat antaranya:

'Adik esok sekolah pukul berapa?' 'Adik balik sekolah pukul berapa?'
'Hari ini sekolah sampai kul berapa'?.

Disebabkan aku ni orang hantar dan ambik dari 'sekolah' aku kena pastikan jadual waktu dengan betul samada ada kelas atau tidak. Ada orang katalah 'untunglah ada orang datang hantar dengan jemput' 'amboi, manjanya tak pandai independent langsung' ' bestkan duduk rumah family macam-macam dapat' dan sebagainya. Sebenarnya tidak best lagsung ok kau kena tunggu orang hantar dan ambik kau dari 'sekolah'. Satu benda yang aku belajar ialah, sentiasa bersabar, tidak semestinya aku balik kul 2 p.m terus balik je kadang-kadang kena tunggu orang datang ambik.

Kalau kena kelas habis kul 5 atau 6 p.m aku kena tunggu sampai ke maghrib untuk parent datang ambik, akulah pelajar yang last sekali balik termasuklah bulan puasa. Kalau kelas pukul 8 a.m maka aku dah terpacak kat 'sekolah' kul 7.15 a.m. Ada masa pulak hanya satu kelas je untuk satu hari, belum panas lagi dah balik. Kalau parent yang tak bekerja lain ceriterlah kan tapi aku bersyukur sebabnya ada orang yang hantar balik dan jemput. Sampaikan pak guard, staff dan lecture pun dah kenal muka aku, pelajar pertama yang datang. Rasa bangga sekejap**. 

Dan selama ini pun aku tak pernah mengeluh pun biarkan lah orang nak cakap apa pun, aku peduli apa. Tak kan aku nak demand dengan family suruh beli kereta bagai. Ingat kat belakang rumah ada pokok duit ke?. Aku cuma ada lesen kerata sahaja, lesen motor tak ada. Bila stay dengan family kena adanya tolak ansur dan menghormati satu sama lain. Pada hal lagi best stay kat hostel, tak ada balik dari 'sekolah' kau kena angkat baju kat ampaian, malam pulak sambil tengok tb kena lipat baju sekeluarga, kena kemas rumah bagai, fikir nak makan apa waktu malam, masa bersosial pun terbatas lagi-lagi waktu malam memang duk kat rumah je. Kalau famly ada masalah maka aku pun turut rasa masalah tersebut.

Orang kata duduk dengan famly best cuma kau fikir semula, memanglah dari segi tempat tinggal, makan minum pakai semuanya best tapi kalau family kau ada masalah maka jadi masalah kau juga. Kena pandai uruskan masa untuk belajar, buat kerja rumah dan masa untuk diri sendiri. Aku jenis yang cepat sakit mata kalau aku tengok rumah aku macam kapal pecah, aku tak boleh duduk diam. Aku dah di didik dengan cara untuk nampak rapi dan kemas dalam apa juga kerja yang di lakukan.

Berbalik pada perkataan 'sekolah' tu dengan orang sekeliling aku dan juga kawan-kawan aku. Sebagai contoh ayat anataranya:

'Adik tak pergi sekolah ke, dah mula cuti sem ke?. 'Macam mana sekolah ok tak'?

'wei kau dah siap belum kerja sekolah'?. 'kau dah dapat belum jawapan kerja sekolah Miss A'?.

'Esok kau orang gi sekolah kul berapa'?.

Bagi orang lain dan pensyarah rasa macam lain je sebabnya dah besar pun nak juga 'sekolah' juga. Itulah serba sikit aku nak terangkan, kalau aku sebut pasal 'sekolah dan kerja sekolah' kau orang dah tahu jawapannyakan. Jumpa lagi.

Sayonara.

Tuesday 10 February 2015

Dairi Plu 10/02/2015

Dear Diary,

Hello and hai.

Kerja hari ini sangat-sangat banyak di samping dengan tekak yang sakit dan tiba-tiba hidung yang berair keluar. Dugaan. Terus sakit kepala dan hari ini cuti untuk work out. Bila dah macam ni felling2 nak bermanja pulak. *Gedik sangat*. Bila waktu tak ada kerja memang tak ada kerja sampai mati kutu tak tahu nak buat apa.

Antara kerja yang perlu di siapkan, kerja sekolah, kemas rumah semua bagai termsauk siram pokok, jemur baju, basuh baju handwash dan sebagainya. Dan juga pesanan yang telah di tinggalkan untuk aku, antaranya:


'Adik, petang nanti orang elken nak datang service, tengok-tengokkan ya'.

'Adik, nanti tolong kemaskan bilik aku (abgngah) k'

'Adik, nanti pos laju datang tolong ambilkan barang akak, make sure ada semuanya'

'Adik, nanti tolong printkan ye, esok nak bayar'.

Semuanya dah beres cumanya yang kena print tu aku lupa nak print dan juga elken service kul 5 p.m nanti. Sambil tu buat kerja sekolah yang sikit lagi je nak habis ni. Nasib baik selsema kena waktu tengah hari kalau pagi tadi memang tak dapatlah nak buat kerja rumah.

Ok, setakat ni je, tak ada idea. Update blog sambil selsema dan sakit kepala. Malas nak makan ubat nanti tertidor.

Sayonara..