Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 24 March 2016

Tarikh Ulang Tahun.


Hello and Hai.

Sebenarnya aku tak ingat pun bila aku mula buat blog, sebabnya masa aku buat dulu aku tak ada update entry apa-apa pun. Saja je buat blog sebabnya orang lain buat blog aku pun nak ada juga, walaupun dalam blog aku kosong. Hihihi.

Kalau diikutkan dari perkiraan tahun, tahun ni blog aku dah masuk 4 tahun dah. Sebenarya tak penting pun untuk ingat tarikh bila buat blog, tapi lebih kepada suka-suka je. Nanti bila sampai tarikh anniversary blog, boleh buat satu entry tentang blog. Hehehe.




Bila aku tengok balik entry-entry yang lepas terutamannya ketika aku mula menubuhkan blog ni, entry pertama yang aku tulis dalam bulan November tapi aku tak publishkan pun apa yang aku tulis kat blog. Hehehe. Maka aku pun membuat keputusan bahawa setiap bulan November setiap tahun adalah anniversary blog aku. So tahun ni nanti bulan November kena celebrate anniversary blog, yeah!..hahahha.


Bagi aku blog ini sebagai medan untuk meluangkan perasaan, mengisi masa lapang dan berkongsi apa sahaja benda kepada orang ramai dan dapat memberikan manfaat atau inspirasi kepada orang lain. Selain tu, bila nanti ada waktu free bolehlah baca balik apa yang aku pernah tuliskan, siapa lagi nak baca kalau bukan diri sendiri. Tu sebab kena update entry yang mempunyai kenangan yang tersendiri sebabnya nanti bila baca balik boleh gelak sorang-sorang.

Manalah tahukan, kalau sesuatu terjadi kepada diri kita seperti hilang memori ingatan ke sebagai contohnya, bila ada blog ni bolehlah ingat balik benda yang lepas-lepas tu. Adalah juga sesuatu untuk kita ingat balik kan walaupun ada memori pahit dalam blog. Hahaha.

Dalam dunia blog ni sama je macam dunia sebenar. Ada yang suka ada yang tak suka. Ada blog yang kena copy and paste sebiji-sebiji. Biarlah orang nak buat apa pun, yang penting kita sebagai pemilik blog tidak terikut dengan peragai mereka. Tak kisahlah orang nak cakap apa pun pasal blog kita, tu hak dia orang untuk suka atau pun tidak. Itulah kisah perjalanan suka dan duka yang perlu di tempuhi dan menjadi sebagai kenangan untuk mematangkan kita di masa hadapan. Hehehe.

Sayonara, take care..mmmuaahh..


Friday 18 March 2016

Hikmah bersabar.


Hello and Hai.

Salam Jumaat semuanya. Hari ini (18/03/16) aku nak sharekan tentang kebaikan bersabar dari pelbagai sudut yang aku pernah alami. Ok, kisah yang pertama berlaku bila aku beli barang secara online. Menerusi ig, aku kenal seorang peniaga wanita ni, muda lagi dan kita namakan dia sebagai  'M'.

Dah banyak kali aku beli barang dengan M, sebabnya dia jual murahlah juga harga siap pos. Akan tetapi yang kurang bestnya, M jenis yang lambat balas chat whatsapp. Kalau hantar hari ini, esok baru M balas chat. Bila aku nak barang, aku akan tengok ig dia lepas tu bank in duit, hantar details kat M, lepas tunggu barang sampai kat rumah. Biasanya macam tu dan barang akan sampai dalam beberapa hari kemudian

Nak dijadikan ceriter, aku dah bank in, hantar details kat M dan dia tak balas pun chat aku. Aku tunggulah beberapa hari, dia tak balas chat dan barang pun tak sampai. Aku pun hantar chat bertubi-tubi macam peluru kat dia dan baru dia balas. Aku tanyalah dia barang dah pos ke belum, kalau belum return balik duit. Dia cakap dalam proses untuk pos. So, aku pun mintalah tracking number, malam tu baru dia sent. Bila aku check kat laman web, pagi tadi baru dia pos barang aku.

Maka aku pun tunggu barang dengan penuh kesabaran dalam senyuman. Bila dengar je abang pos tekan bell dengan senyuman aku sambut dan semakin lebar senyuman aku bila tengok parcel aku bersaiz besar. Aku pelik sikit sebab aku beli 2 barang je tak ka besar sangat. Masuk rumah, dengan hati-hatinya aku buka pacel aku, ada 3 barang dalamnya. Aku beli vitamin dengan serum tapi aku dapat vitamin, serum dan lotion. Actually, serum dengan lotion tu satu set tapi aku beli loose item. Sekali dapat satu set dengan harga loose item.

Mungkin sebab banyak sangat order dari orang lain maka si M tersalah baca order aku. Ada hikmahnya bila barang aku lambat sampai. Nasib baik abang pos laju tak buat hal yang macam entry aku sebelum ni. Hahaha. Kalau tak, terpaksalah pergi ambil barang kat pejabat pos.

Ok, aku nak sharekan sikit tips untuk bersabar. Masa si M tu tak balas chat dan barang tak sampai, ikutkan hati nak je hantar chat marah kaw2 kat dia. Namun aku bertenang, minum air jup baru aku send chat kat M dengan bahasa yang lembut dan sopan. Aku send kat M ayat macam ni 'awak dah pos belum barang saya'? Aku send secara bertubi-tubi sebabnya nak bagi si M baca chat aku. Nasib baik aku tak gunakan perkataan yang kurang elok kalau tak malu wei bila ingat balik. Hahaha.

Itu je kisah yang aku nak sharekan, kalau ada lagi aku sharekan next entry k. Musim panas ni kerja aku makan je kalau tak nanti kena gastric, dah naik muak hadap ubat. Jangan lupa minum air banyak-banyak sampai kembung k. Selamat berhujung minggu. 

Sayonara...


Wednesday 9 March 2016

Tajuk Kecil 2.



Solat.

- 'Sayang, bangun dah subuh ni. Jom solat.'

-'Sekejap lagi.'

-'Sayang cepat bangun.'

-'Hari ni cutilah.'

-'Memanglah kan weekend.'

-'Cuti, period.'

-'Yeke? Semalam ok je. Meh sini abang tengok'

-'Eh! tak pe , dah ok dah. Tunggu jup.'


Baby.

- 'Sayang, jom....'

-'Jom apa?...'

-'Jom buat baby..hehehehe.'

-'Sengal *sambil baling bantal*'.






Sayang.


-'Sayang?.'

-'Yup,..'

-'Sayang abang tak?..'

-'Mestilah sayang..'

-'Kalau sayang, masuk bilik sekarang..'

-'Hahaha..abang ni..'

-'Dah lewat ni jom tido, ni mesti fikir benda lain kan...haha'

-'Eh!,tak adalah..dah2 jom tido.'



Peluk


-'Abang, sayang dah gemuk..'

-'Tak adalah yang, biasa je..'

-'Ye ke?. Tapi pipi dah chubby.'

-'Chubby lah bagus, best bila peluk..hehehe.'

-'Amboi..nakal abg ni..'

-'Nakal dengan sayang je..hehehe.' 






Sayonara.

Wednesday 2 March 2016

WhatsApp Group.


Hello and Hai.


Tahun lepas kawan sekolah aku invite aku masuk dalam group whatsapp, katanya untuk kawan-kawan yang rapat je. Aku pun ok je sebabnya dalam group muka yang aku kenal dan rapat. Masa mula-mula tu rajinlah juga aku berbalas chat bagai tapi bila dah lama-lama semakin ramai dalam group tu aku jadi silent reader je, malas nak menyampuk.


Image result for whatsapp image

Maka satu hari tu, ada yang invite sorang lagi member, bila tengok profile rupanya si 'F' member baru dalam group. Dapatlah tengok gambar dia yang terkini. Hehehe.Bila ternampak gambar dia seolah kenangan lama di bangku sekolah mula di tayang semula di ruangan mata. Aku mengaku aku tidak berapa mesra sangat dengan F tapi aku pernah tersuka kat dia. F ni dengan aku pun tak berapa mesra mana pun walaupun kita orang sekelas.

Meh sini aku ringkaskan ceriter aku dengan si F ni. Aku dengan F satu kelas since dari form 1 lagi tapi tak rapat. Bertegur pun tak, bercakap lagilah. Main pandang-pandang hujung mata je, dua-dua ego melangit. Dengan orang lain dia ok tapi dengan aku dia dingin terus beku. Aku pun pelik dengan peragai dia tapi setelah diselidik bagai barulah aku tahu napa dia dingin dengan aku dan biarlah aku je yang tahu sebabnya.

Kami mula rapat masa form 2, tertiba kena duduk sebelah dia. Sejak dari tu kami mengenali satu sama lain sampaikan aku tersuka kat dia. Disebabkan nama kita orang hampir sama, nama  last pun sebijik maka kita orang di cop kembar, sampai tertukar nama banyak kali.

Dan yang paling malang sekali dia tahu yang aku suka kat dia. Yup, dia tahu, aku ingatkan dia tak perasaan rupanya dia peka tentang tingkah laku aku. Dia tak adalah mengaku dia tahu aku suka dia tapi cara dia menyampaikan yang dia tahu aku suka kat dia dari segi body language, kata-kata dia. 

Masa form 4 dia pindah sekolah lain sebab dia pandai sikit dari aku. Hahahaha. Dan sejak itu kami tak pernah jumpa semula. Walaupun dia ada add aku kat fb, berbalas sms, namun rasa suka kat dia tak ada dah. Kalau nak ceriter secara details kena buat banyak entry baru habis. Hehehe. Dalam entry yang lepas-lepas aku pernah ceriter pasal dia ni.

Dan sebenarnya aku jadi malu bila teringatkan balik kisah aku dengan dia. Dan benda-benda yang pernah aku masa zaman sekolah dulu. Kelakar pun ada, rasa menyesal membuang masa semasa sekolah pun ada. Orang lain sibuk belajar tapi aku sibuk dengan perkara lain, dah lah tak berapa bijak bukannya datang sekolah nak belajar tapi sibuk nak cuci mata. Hahahaha. Namun itulah pengalaman yang mematangkan aku untuk lebih menghargai masa dan kesempatan yang ada.

Itu je lah yang nak kongsikan untuk awal bulan March ni. Jumpa lagi.

Sayonara.