Hello and Hai.
Tahun lepas kawan sekolah aku invite aku masuk dalam group whatsapp, katanya untuk kawan-kawan yang rapat je. Aku pun ok je sebabnya dalam group muka yang aku kenal dan rapat. Masa mula-mula tu rajinlah juga aku berbalas chat bagai tapi bila dah lama-lama semakin ramai dalam group tu aku jadi silent reader je, malas nak menyampuk.
Maka satu hari tu, ada yang invite sorang lagi member, bila tengok profile rupanya si 'F' member baru dalam group. Dapatlah tengok gambar dia yang terkini. Hehehe.Bila ternampak gambar dia seolah kenangan lama di bangku sekolah mula di tayang semula di ruangan mata. Aku mengaku aku tidak berapa mesra sangat dengan F tapi aku pernah tersuka kat dia. F ni dengan aku pun tak berapa mesra mana pun walaupun kita orang sekelas.
Meh sini aku ringkaskan ceriter aku dengan si F ni. Aku dengan F satu kelas since dari form 1 lagi tapi tak rapat. Bertegur pun tak, bercakap lagilah. Main pandang-pandang hujung mata je, dua-dua ego melangit. Dengan orang lain dia ok tapi dengan aku dia dingin terus beku. Aku pun pelik dengan peragai dia tapi setelah diselidik bagai barulah aku tahu napa dia dingin dengan aku dan biarlah aku je yang tahu sebabnya.
Kami mula rapat masa form 2, tertiba kena duduk sebelah dia. Sejak dari tu kami mengenali satu sama lain sampaikan aku tersuka kat dia. Disebabkan nama kita orang hampir sama, nama last pun sebijik maka kita orang di cop kembar, sampai tertukar nama banyak kali.
Dan yang paling malang sekali dia tahu yang aku suka kat dia. Yup, dia tahu, aku ingatkan dia tak perasaan rupanya dia peka tentang tingkah laku aku. Dia tak adalah mengaku dia tahu aku suka dia tapi cara dia menyampaikan yang dia tahu aku suka kat dia dari segi body language, kata-kata dia.
Masa form 4 dia pindah sekolah lain sebab dia pandai sikit dari aku. Hahahaha. Dan sejak itu kami tak pernah jumpa semula. Walaupun dia ada add aku kat fb, berbalas sms, namun rasa suka kat dia tak ada dah. Kalau nak ceriter secara details kena buat banyak entry baru habis. Hehehe. Dalam entry yang lepas-lepas aku pernah ceriter pasal dia ni.
Dan sebenarnya aku jadi malu bila teringatkan balik kisah aku dengan dia. Dan benda-benda yang pernah aku masa zaman sekolah dulu. Kelakar pun ada, rasa menyesal membuang masa semasa sekolah pun ada. Orang lain sibuk belajar tapi aku sibuk dengan perkara lain, dah lah tak berapa bijak bukannya datang sekolah nak belajar tapi sibuk nak cuci mata. Hahahaha. Namun itulah pengalaman yang mematangkan aku untuk lebih menghargai masa dan kesempatan yang ada.
Itu je lah yang nak kongsikan untuk awal bulan March ni. Jumpa lagi.
Sayonara.

Some of my whatsapp group awal-awal beria punya meriah. lama-lama senyap sepi. plan nak reunion ke apa semua senyap. hahaha. semua berhuhuhuhuhuhu sampai esok. LOL
ReplyDeletesamalah macam my group, mula-mula je berceriter sampai tak ingat dunia, last-last semua diam..hehehe.
DeleteKalau ade rezeki untuk jumpa F tu balik mesti rasa malu giler kan..
ReplyDeleteAWKWARDDD~~~~~..haha
Sebenarnya pernah teserempak, tapi cuba tak bertegur sapa sebabnya perubahan fizikal membuatkan 'f' tak kenal Carl Dani...pernah post tentang terserempak dengan 'f' dalam entry yang lepas-lepas.
DeleteWhatsapp group ni memula jer meriah, bila dah tengah2 tetiba krik..krik..satu persatu leave group..pastu jadi tempat 3-4 orang berborak ntah apa2...reunion ntah ke mana..last2 sunyi sepi..haha!
ReplyDeleteApapun, cuba laa tegur F..mana tahu cinta berputik kembali..hehe.
Betul tu abang Kamen...hehehehe..malaslah nak tegur 'f' tu, memang tak akan berputik punyalah...hahaha
DeleteAmir nie Carl...kalau whatsapp group member2 sekloah nie bnyk Amir dah left group...malas tgk kekadang tu dah berlaki bini...tapi duk sibuk citer pasal cinta dulu2 yg tak kesampaian konon nya sesama ahli group...
ReplyDeletehahahah, samalah amir, benda dah lepas pun nak dikenangkan jugakan, macam budak-budak...baik left je lagi bagus..
Deletewow...'f'...hahaha...sume yg ak suke..sume jd kwn...kdg tu tegur skali 2 jer..kikiki
ReplyDeletehehehe..-.-
Deletehaha normal lah wasap group kan...wasap group aku paling meriah is group ig...admin suka add budak budak elok dlm tu...konon utk share tips amek pic and edit pic...hahaha...paling penting semua lelaki sebab alasan dia senang nak borak...kalo ade budak perempuan leceh cepat sentap...lol...
ReplyDeletehehehe..bestlah manalah tahu tersangkut satu ke kan...hahaha..
DeleteDrawback nye bila dalam group nie .. akan ada membe2 yang cepat tacing .. meleleh bagai .. sentap .. arghhhh ... kehkeh
ReplyDeletehehehe...biasalah tu abang nu'man,macam-macam peragai yang ada dalam group..
DeleteJoin grup
ReplyDelete