Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 7 January 2015

Dairi Plu 7/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai.

Tadi sebelum tergerak nak tulis entri adalah juga Google tentang blogs gay yang ada di Malaysia khususnya dan banyak yang keluar tentang blog gay yang berunsurkan 18 tahun dan keatas. Yang lain ada cumanya pasti yang negative orang lebih menarik untuk bacakan. Dan sekali gus akan menyebabkan mereka yang tidak tahu tentang dunia songsang ini akan menganggap yang golongan songsang macam kita ini terjadi hanya kerana nafsu sahaja, pada hal tidak semuanya macam tu kan.

Ya, saya tahu hak anda apabila anda menulis di blog anda sendiri dan ia adalah privacy anda. Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang anda daripada menulis apa yang anda mahu. Samada kandungan blog anda positive atau pun sebaliknya. Anda sendiri yang tentukan apa yang anda hendak di dalam blog anda.

Kepada anda yang di luar sana tu, tak semua golongan songsang hanya pentingkan nafsu di dalam kehidupan mereka. Tak semua berfikiran negtive dan mempunyai kehidupan yang terlalu sosial. Jangan terlalu terburu2 membuat tanggapan atau kesimpulan terhadap golongan songsang seperti kami ini. Kami semua sama sahaja dengan mereka yang normal yang bezanya cuma naluri kami tertarik pada golongan sejenis dan bukannya hanya bersandarkan nafsu semata-mata.

Kehidupan mereka yang songsang ini seperti dengan orang lain, bukannya superman atau ultraman ke apa ke. Yang berbezanya pembawakan perihadi kami berbeza citra naluri yang kadang2 sukar untuk di ungkapkan. Ada masanya berubah2 dan kami pun tak tahu hala tuju kami seumpana hidup tanpa matlamat.

Pada masa yang sama kena jaga diri sendiri daripada diketahui songsang oleh orang sekeliling terutamanya. Takutnya pernerimaan orang berbeza2. Bagaikan menjadi seorang perlakon yang kena melakonkan pelbagai waktu dalam sesuatu masa. Dan ia bukan senang walaupun pada ketikanya nampak sempurna dan berjaya, ada masanya gagal untuk menutupinya. Kadang-adang rasa bagaikan diri ini hipokrit tidak jujur bukan hanya pada orang tapi pada diri sendiri ketika terpaksa menjadi orang lain pada sesuatu masa.

Maka akan timbul perasaan dan hati mula berkata sampai masa nak jadi macam ni?. Soalan yang agak sukar untuk dijawab dan juga memakan diri sendiri. Jadinya lebih baik dan teruskan kehidupan  seperti biasa. Bila dah sampai masanya pasti diri ini akan berubah kearah yang lebih baik.

Ada masanya juga tertanya-tanya macam manalah aku nanti bila dah tua? Kahwin ke ada anak ke, tentang kerjaya, kehidupan semuanya bermain di dalam minda. Layakah aku masuk syurga?. Adakah bumi akan menerima jasad aku? Cukup ke amalan aku macam mana keadaan aku bila kat dunia lagi satu tu?.

Benda-benda macam ni memang akan bermain di fikiran membuatkan aku temung sejenak sambil berfikir merenung ke masa hadapan. Dan yang pasti soalan tersebut akan sentiasa bermain di benak fikiram namun buntu mencari jalan penyelesaianya. Akan membuatkan diri ini rasa berbeza daripada orang lain dari sudut yang beza walau dari xahirnya sama sahaja.

Saya juga tidak salahkan anda sekiranya anda berfikiran begitu. Mungkin kerana anda kurang maklumat atau sumber rujukan tentang golongan songsang ini. Dan apa-apa pun sentiasa berfikiran positive tentang golongan songsang seperti kami ini.

P/s;nak gi dinner dah lapar:-):-)

Sayonara.

2 comments:

  1. Hai saya Nu'man ... saya dah mula baca blog awak .. keep posting tau ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, terim kasih sebab sudi baca blog saya. Ok, saya akan selalu update..hehe

      Delete