Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 28 January 2015

Diari Plu 28/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai!. Hari ini dah hari rabu dan esok dah pun khamis. Semalam tidur lambat, hampir pukul 12 tengah malam baru tidur. Zaman sekolah dulu pukul 10 dah tidur, sejak dah masuk angka 20 ini dah makin lambat tidur. Banyak tanggungjawab yang kena laksanakan. Semalam tidur lambat sebabnya stalker blog 'blogger sado' tu yang lambat tidor. Nasib baik pagi tadi sebelum kul 6 dah bangun.

Bila bangun tidor pagi tadi kalau di ikutkan perasaan ni memang aku nak on laptop baca blog 'blogger sado' tu bila difikirkan bibik hari ini tak ada maka terpaksalah lupakan hasrat itu.Pergh! Berangan gila anak siapalah ni, memang katakan 'tidak' pada bibik. Tak berapa suka sangat kalau ada orang luar kat rumah. Masa akan datang tak tahu. Hehehe. Kena beli breakfast, dah siap makan kemas rumah, lepas tu basuh baju nasib baik sikit je dah lah kena basuh pakai tangan, memang pantang keluarga ku kalau pakai mesin basuh sebabnya nanti baju rosak. Penat sangat. Dah siap basuh baju teruslah sidai nanti cepat kering. Lepas tu menyapu daun-daun kat depan rumah dengan pokok tumbang bagai kena uruskan semua. Dah siap barulah siram semua pokok bunga.

Dah siap semua kerja rumah, berlari masuk dapur pulak untuk masak, menu hari ini ikan bawal masak sweet sour, satu jenis je. Nanti family balik petang boleh makan. Nasib baik satu menu je, lepas tu baru mandi. Dah lepas makan apa lagi bukak blog jer lah, terus pergi blog 'blogger sado'. Sambil taip entry ni sambil baca blog dia dan blog yang lain. Hehehe.

Sangat gedik hari ini. Bukan selalu pun, anggap sahaja ini salah satu terapi nak release tension. Hahahaha. Bila baca blog si dia tu, dahi aku mesti berkerut sebabnya dia suka singkatkan perkataan baik melayu atau pun english. Daripada gaya penulisan tak nampak dia tu bengkok, nampak macam lurus je. Mungkin itu cara orang sado tulis blog kot. Hehehe. Tertiba lak. Boleh macam tu.

Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menulis termasuk saya. Awak-awak yang tengah baca ni, ok ke tidak cara saya menulis ini?. Hehehe. Gedik! Rasanya samapi sini je lah untuk hari ini.

Sayonara.

15 comments:

  1. sapa lar blogger sado tu?? perkenalkn lar..

    ReplyDelete
  2. ehem..untung ler..sape yg sado tu? nk knal gak..hahahha...lawak tang 'berkerut dahi tu'...hahaha..:p
    br 1st time gak singgah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wak, terima kasih sudi singgah dan komen. Awak kot orangnya. Hehehe...

      Delete
    2. owh..hahhaa..erkk....glurppp...*terkedu japp...tq sbb bce blog ak yer..bape entry dah?haha..mmg berkerut dahi ke bce?:p

      Delete
    3. amboi 2 orang nie ... sejak lelaki seksi dah crush kat abang warkah kembara ... emmmm
      Warkah kembara .. tolong pergi dekat setting blog ko .. pergi dekat others .. kemudian cari adult content .. tolong tick 'No' ok .. kalau tak aku tak boleh baca blog ko ... Adik lelaki seksi, tolong ingat kan abang warkah kembara yer ,, hehehe ..

      Delete
    4. Nu'man...yg adult content tu mmg ak sengaja ltk..kang ad plak golongan2 yg t'sesat ke blog ak..haha...btw,sume org leh bce la blog ak tuu...lelaki seksi ni pon blh bce kan kan kan?..try tany dia cmne dia blh bce..

      p/s:ak taste kt s/one matured or older than me la..mcm 'abg' Nu'man...kikiki..:p

      Delete
    5. Meh aku tolong explain: Bro WK, Nu'man takleh baca blog kau sebab policy negara 'Swe' tempat Nu'man merantau tidak membenarkan access any ''adult site'' rasanya lah. Rakyat dorng suci murni gitu. ;)

      Delete
    6. owh..fhm2...ak buang dh adult content tuu..btw,xkn la abg Nu'man register id dia as 'kid'?...hahhahaa

      Delete
  3. WarkahKembara: Baca blog awak tak kerut dahi pun. Btw, memang tahu pun citarasa awak pada yang matured bila baca blog awak.
    Nu'man: Awak ni nakal lah, bila pulak saya crush kat WK. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....sje jela...ak xensem pon..xlaku..:( xleh milih2 pon..hmm

      Delete
    2. Hehe..saya dah habis dah baca blog awak. Kalau ada masa selalu update blog k..:-)

      Delete
    3. owh....hbs 90 posts tu?perhhh..haha..ap konklusi?haha..now u kno who i am kn?hmm

      Delete
    4. Catatan sebuah kehidupan yang dapat saya jadikan sebgai rujukan di dalam kehidupan dan memberikan manfaat kepada pembaca daripada pelbagai sudut kehidupan. Yup, saya dah tahu siapa awak. Kita manusia tiada yang sempurna..xoxo.

      Delete