Heart

Heart

Pages

Click Me

Saturday, 24 January 2015

Lumrah


Kadang-kadang kita rasa yang kita ini
Lebih baik dari yang lain
Lebih bagus dari dia
Lebih sempurna dari mereka
Lebih special dari yang lain
Lebih bahagia dari yang lain
Lebih berharga daripada yang lain
Lebih berkuasa dari yang lain
Lebih berpengaruh dari yang lain
Namun kita tak sedar
Kerana kita tidak melihat diri sendiri
Di dalam sebuah cermin
Yang mengambarkan
Setiap inci diri kita
Tiada penipuaan dan pendustaan
Sentiasa jujur dengan apanya
Apa yang ada itu yang muncul
Yang kadang-kadang kita terlupa
Ada yang lebih daripada kita
Dengan adanya kekurangan dan kelebihan
Itulah namanya manusia
Sentiasa membuat kesilapan
Keegoan yang tinggi
Yang terlalu mendabik dada
Sehingga tidak melihat yang lain
Semuanya seakan tidak berharga
Manusia oh manusia.


4 comments:

  1. Kadang semua rasa itu perlu
    Buat kau gagah berdiri
    Tika diuji
    tumbang
    Menyembah bumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tumbang, tetap juga berdiri
      mengharungi liku-liku kehidupan
      selagi nafas belum berhenti
      kerna inilah kehidupan

      Delete
  2. selagi nafas belum berhenti
    kuatkan kudrat
    tekadkan hati
    yakinlah Allah ada disisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa rindu dan cinta sentiasa untuk DIA
      Setiap saat dan detik teringat pada NYA
      Setiap keluh resa derita bahagia
      Semuanya di sandarkan kepada NYA

      Delete