Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday, 25 May 2015

Aku dan braces


Hello and hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang pengalaman pakai braces atau pun pendakap gigi atau aku panggil gigi besi. Sebenarnya aku ada appointment dengan doc awal bulan 5 tapi rasa macam tak ready je bila mana aku dah pergi x ray gigi dulu sebelum itu dan masa x ray itu doc gigi kata yang aku kena cabut 4 batang. Jadinya aku dah nervous. Aku pergi x ray kat klinik lain,malas nak pergi hospital dan aku buat braces kat klinik lain di mana doc gigi yang aku dah kenal dan dia dah rawat aku daripada umur 7 tahun dan juga tahu tentang sejarah silam gigi aku.

Minggu lepas hari Selasa, 19 May aku pergi klinik sambil bawak x ray untuk doc tengok. bersama dengan mak aku. Memang berdebar-debarlah juga tapi suka tak suka kena hadap juga nak cantikan gigi. Bila dah masuk bilik tu, doc terangkan cara-cara nak pasang braces dan sebagainya itu. Doc check gigi aku, agak lama lah juga dan doc pun kata, kita pasang dulu braces jangan cabut gigi sebabnya gigi aku ok dan ada ruang untuk bergerak. Pergh rasa sangat lega hati aku. Dan aku pakai braces yang bukan boleh tukar-tukar warna getah itu tapi aku pakai yang tidak perlu tukar warna punya. Apa entah nama braces yang aku pakai ini. Masa doc cakap tu aku cuma angguk je tak boleh nak cakap sebab mulut dah kena buka besar-besar.

Sebelum pasang braces Doc akan ambil acuan gigi atas dan juga bawah di mana rasa acuan itu sangat tidak best bila kena kat lidah dengan bau yang kuat. Tapi pasrah je lah. Lepas tu baru bersih gigi, sangat mencabar sakit pun ada nyilu pun ada tapi aku reda je lah apa yang Doc nak buat. Lepas tu apa entah doc tu buat aku pun tak tahu. Aku cuma buka mulut besar-besar dan baring diam-diam. Hampir pukul 12 baru siap. Apa yang aku rasa bila dah pakai braces?. Rasa mulut penuh dan tegang di antara gigi. Dan membuatkan aku susah nak bercakap seperti biasa. Telan air liur pun susah. Sebelum keluar dari bilik, doc bagi berus gigi dengan wax untuk gigi  dan juga cara-cara nak berus gigi. Untuk permulaan aku bayar seribu sebagai deposit dan bayar ansuran setiap appointment yang dibuat.

Pergi beli bubur kat McD dengan harapan boleh makan ternyata sikit je aku makan. Pergh! sangat susah nak makan. Dan perut pun setiasa lapar nak makan kalau sebelum ini tak makan pun relax je selamba tapi bila dah pakai braces ni macam-macam benda yang aku nak makan. Lepas makan kena gosok gigi, part ni memang lama sangat dalam bilik air, lebih kurang 5 minit dan lebih untuk aku berus gigi. Walaupun makan bubur tapi tetap juga terselit kat celah-celah besi itu. Dengan penuh kesabaran aku pun memberus gigi sampai aku rasa dah puas hati dengan gigi aku barulah aku keluar bilik air.

Masa hari khamis di mana bracet braces tercabut daripada gigi. Pergh! aku dah mengelabah nak buat macam mana, jadinya hari Jumaat tu aku pergi klinik juga walaupun hujan turun dengan lebatnya. Bila sampai je dah ada orang. Tunggu lebih kurang setengah jam baru doc panggil nama aku. Doc dah tergelak bila tengok aku. Doc pun cakap itu biasa sebabnya gigi bergerak aktif dan Doc juga cakap yang 3 gigi aku dah bergerak. Cepatnya bergerak. Hehehe. Doc kata tak payah risau itu biasa kalau cabut, kalau tak free datang next time pun boleh.

Dan esok aku nak pergi lagi sebabnya masa aku berus gigi entah macam mana berus tu boleh pulak tersangkut kat dalam bracet itu, jadinya besi tu dah terkeluar dari dalam landasan. Nak pergi hari ini tapi hujan pulak malas nak reda esok je lah pergi. Nak taip entri pun macam tak best sebabnya perut lapar dan badan macam kurang bertenaga tak makan betul kan. Mungkin akan kembali pulih tak lama lagi.

Ini sahaja untuk kali ini, sayonara.

14 comments:

  1. beauty is pain beb! haha
    Dari dulu aku teringin nak join geng gigi besi nih.. akan tetapi...
    Nak buat scaling pun aku dah cuak.. hahaha inikan pula nak nganga besar besar kasi itu lokter gigi memolestkan kaviti oral ku memasang pagar besi.
    *pengsan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mn, beauty is pain..kena reda je lah wak..hahahaha.

      Delete
  2. Lepas nie macam Zaf Efron laaa ...phewittt ..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tak adalah sampai mcm zac efron wak.

      Delete
  3. Selamat tinggal nikmat menikmati kacang dan seangkatan dengannya

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makan burger..beef patty yang juicy,lettuce yang rangup kruk krak kruk krak...roti yang lembut..kau tengok aje laa..

    ekekekeke.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Awak pun pakai juga ke?. Yeah! Kita sama.. muuaahhhh...

      Delete
  6. Bro kalau kita nak pakai braces bahagian atas je boleh? Berapa eh angaran kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai anonymous : itu tak pasti, sebabnya macam kes saya doc suruh pakai atas bawah. pergi je mana-mana klinik gigi untuk mendapatkan pandangan doc. Sebabnya sebelum buat pun saya dah pergi survey beberapa buah klinik, harga setiap klinik berbeza-beza...pergi survey dulu lepas tu baru buat keputusan untuk pakai..tidak perlu terburu-buru k..-.-

      Delete
  7. haii... berapa umur awak buat braces?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..saya pakai braces bila umur saya dah masuk 20 an..tq sudi komen.:-)

      Delete