Heart

Heart

Pages

Click Me

Tuesday, 27 January 2015

Diari Plu 27/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai!. Dah berapa hari tak update blog, rasa rindu sangat. Hari ini hari selasa dan kita semua dah hampir sampai ke penghujung bulan Januari untuk tahun 2015 dalam masa beberapa hari lagi sahaja.

Setiap kali nak buat entry baru mesti rasa mengantuk datang dengan tiba-tiba baik waktu tengah hari mahupun malam. Maka akan bertangguhlah jawabnya tapi stalker blog orang lain boleh pulok tak mengantuk. Macam-macam hal. Hehehe. Oh ya, semalam waktu malam sebelum tidur dapat baca satu blog baru, bila di mana saya stalker blog-blog yang ada dan tengok mereka yang komen, maka berkenan kat satu blogger yang komen itu, maka pergilah jenguk sekejap. Nampak best je, tapi kena baca dari awal blog tu sebabnya tak tahu hujung pangkal ceriter blogger tersebut.

Kalau tak silap semalam, blogger tu dah active dari tahun 2011, baca yang kena baca. Yang membuatkan saya tertariknya bila tengok gambar profile blogger tersebut walaupun cuma nampak badan sahaja, sado sangat. Saya suka saya suka! Gedik sangat...Bukannya dia tahu pun kan atau mungkin juga dia akan tahu nanti. Cewah. Kita tunggu dan lihat sahaja ye.

Lepas taip entry ini nak pergi baca blog dia sekejap sebelum tidor. Hehehe. Sebenarnya dalam pada aku taip ni sempat juga baca blog dia. Blog dia ada lagu rupanya sebab semalam baca kat tab, ni bukak kat laptop baru tahu ada lagu, best pulak lagu yang ada. Comel sangat. Rasa macam sebak pun ada baca setiap kata yang dia taip kat setiap entry dia tu. Terasa diri ini tidak keseorangan di dalam menghadapi kehidupan dan terasa diri ini sangat beruntung dan bernasib baik daripada 'dia'.

Setiap orang ada kisah yang tersendiri dan masalahnya, semoga kita semua mampu melaluinya dengan penuh keberanian, semangat yang tinggi dan sentiasa berfikiran positive di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Itu sahaja untuk hari ini...Sayonara.


10 comments:

  1. semoga dia tabah menghadapi hari2 mendatang. ;)

    ReplyDelete
  2. siapa blogger sado tu?WK?hehehe...

    ReplyDelete
  3. Bagitau awak ..suruh dia remove adult content kat blog dia .. saya tak boleh baca pon ..huhuhu

    ReplyDelete