Pages

Click Me

Wednesday, 14 January 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia

Hello and Hai,

Selamat Hari Rabu dan selamat bekerja. Hari baru semangat pun baru. Yeah. Hari sabtu yang lalu baru ada masa untuk tengok movie, itu pun beli dvd je. Nak tengok wayang kita single jadinya beli dvd boleh tengok banyak kali kan. Tu pun nak tulis ke. Hehehe. Dan untuk ceriter ini saya bagi 4 bintang. Sebenarnya tengok ceriter ni pun sebab ada fazura. Suka sangat tengok dia samada make up atau tidak cantik je.

Jalan ceriter dia tak berapa sangat seperti didalam novel tapi tetap juga boleh diterima sebabnya ada part gembira, sedih, kelakar dan part serius. Penulis buku tersebut pun puas hati maka aku yang tengoknya pun puas hati jugalah. Zaman sekolah lagi dah baca novel manisnya cinta kalau tak silap masa tingkatan 1. Jalan ceriter novel yang tidak membosankan dan berguguranlah juga air mata suci aku.

Lakonan fazura memang terbaik dan sempurna sangat. Part menangis tu yang mahal. Nampak cantik sangat dia dalam ceriter ni, ala2 puteri gitu. Rindu pulak zaman gol n gincu dulu. Rasanya dah 3 kali aku tengok dan dah boleh hafal dah setiap part dalam ceriter ni. Hahaha. Cumanya macam kurang sesuai bila Sam jadi hero, bagaikan tak ada tarikan langsung, tak romantik. Memang tersasar jauh hero dalam novel dengan ceriter. Melalui pembacaan aku membayangkan heronya seorang yang amat handsome, tinggi, badan ketak2 sikit, romantik dan penyayang. Nasib baik fazura cantik boleh cover sikit kelemahan tu.

Part Eja walaupun sekejap tapi memberikan kesan yang cukup dalam sekali dan kata2 yang aku ingat 'perkahwinan satu perjudian'. Fobia nak bercinta, oh tidak!. Dan part tersebut adalah part kekuatan bagi ceriter ini seperti didalam novel. Membuatkan aku berfikir, tidak semestinya kita bersendirian tak boleh bahagiakan. Kalau bercinta kita yang memendam rasa baik single.

Sebenarnya mood dah tak ada nak tulis entry ni sebabnya internet buat hal!. Mungkin tiupan angin yang kuat kat sini agaknya line jadi tak berapa elok. Petang tadi dah sampai dah barang yang aku order. Sampai juga akhirnya. Sangat tinggi abang pos laju tu sampaikan terpaksa aku dongakan kepala bila nak tengok dia. Mesti tinggi dia 8 kaki. Ke aku yang pendek?. Hehehe.

Sayonara:-).





















4 comments:

  1. I love Fazura ..muahh muahhhh ..hehe

    ReplyDelete
  2. Fazura sangat gorgeous !
    But watak Shaheizy Sam tu lagi better if Beto yang pegang.
    Sam macam a bit tak sesuai la dalam citer ni.

    ReplyDelete