Dear Diary,
Hari Isnin, 19/01/2015.
Hello and Hai, hari ini hari Isnin permulaan hari untuk minggu yang baru. Angin sentiasa meniup kencang sampaikan ke petang dan menyebabkan habuk masuk ke dalam rumah walaupun dah banyak kali bersihkan.
Aktiviti hari ini macam biasa je tak adalah yang luar bias. Rasa malas pulak nak buat kerja. Aduh sangat melemahkan bila malas ada dalaam diri ini. Walaupun malas namun aku gagahkan dan rajinkan diri juga untuk buat kek coklat. Sebabnya dah lama nak buat tapi asyik tangguhkan mahu tak rosak butter keluar masuk peti ais tapi tak buat kek.
Waktu petang lepas dah lunch terus buat kek sambil mengemas sikit almari baju dan buat apa yang patut. Dah siap semua barulah dapat tidur sekejap pun jadikan. Bercerita tentang AJL ni aku suka tengok persembahan stacy, nampak gegirl sangat dan juga sweet, lain daripada yang biasa dia buat selama ini.
Hari Selasa, 20/01/2015.
Hari ini Selasa dan juga birthday abang aku yang sama date dengan anak tiri datuk siti. Kelas kau Jah!!. Hari ini makan terlalu banyak sampaikan kekenyangan. Macam-macam yang aku makan dan juga sempat aku goreng keropok inang-inang atau nama lain dia aku dah lupa. Hahaha. Macam biasa aku suka makan je nama betul makanan aku tak tahu.
Jadinya dinner aku malam ini adalah pizza beli sampai tiga nasib baik habis dah lah beli yang large, last-last aku juga yang habiskan. Ada juga kfc, kentang semuanya. Walaupun birthday tapi tak ada cake. Dah tua bangka tak makan kek dah semuanya.
Nasib keluar rumah awal untuk beli kalau tak pukul 9 lebih baru dapat makan, lagi2 kfc tu sistem dia teruk sangat lah. Lain dari kfc yang lain. Entah macam mana pihak atasan dia bagi arahan dan tidak memantau pun anak buah dia buat kerja. Aku dah malas nak jejak kaki kat situ yang aku pergi beli pizza anang aku pergk beli kfc.
Nasib keluar rumah awal untuk beli kalau tak pukul 9 lebih baru dapat makan, lagi2 kfc tu sistem dia teruk sangat lah. Lain dari kfc yang lain. Entah macam mana pihak atasan dia bagi arahan dan tidak memantau pun anak buah dia buat kerja. Aku dah malas nak jejak kaki kat situ yang aku pergi beli pizza anang aku pergk beli kfc.
Dah makan banyak ni memang tidur je lah tak sempat nak buat push up sebelum tidur. Bukan selalu pun kan break the rule. Sejak dua menjak ni memang nafsu makan macam sukar nak kawallah, kalau beterusan macam ni memang gemuk lah aku balik macam dulu.
Hari Rabu, 21/01/2015.
Hello and hai, kembali bersiaran lagi. Hari ini hari rabu dan banyak betul kerja nak kena buat. Nak kemas kawasan luaran rumah dan juga taman bunga yang dah lama aku tak sentuh disebabkan oleh kesibukan diri yang melanda. Masih tengah kemas pokok, maka datanglah abang handsome untuk betukkan tayar kereta abang aku, rasanya terkena paku. So sweet abang tu, sopan sangat bukan senang nak cari, nasib baik i tak tergoda.
Dah selesai satu kes, sambil kemas tu datanglah pulak abang tm, sebabnya telefon dan wifi tm tak bolah pakai. Terbaiklah service dia orang, baru beberapa jam complain dah datang. Siap terus pasang baru wayar, sebabnya aku duduk kawasan kampung mungkin wayar tersebut kena gigit dengan binatang ke apa ke kan. Berpeluh abang tu panjat. Nasib baik ada dua orang lagi cepat habiskan.
Sebenarnya not bad juga dua-dua tu, cewah nampak sangat mengedik. Saja nak bermanja bagaI. Akhirnya dapat juga aku pakai wifi dengan lajunya.Yeah! Dah selesai satu per satu masalah. Aku teruskan lagi kerja. Sambil buat kerja tu, rasa macam ada habuk masuk mata, so aku bersihkanlah tapi masih sakit lagi. Berairlah juga mata aku, dan aku bila sakit mata mesti tak merah. Mata tak boleh buka sebabnya bila buka mesti sakit, jadinya aku tutup je.
Terpaksalah guna mata kanan sahaja dah lah rabun pakai sebelah pulak tu kan. Hehehe. Tulah tadi mengedik tengok laki kan dah sakit mata tu. Risau sangat terus pergi klinik, doc cakap akit mata. Agak legalah jugakan bila dah letak antibiotic eye drop. Walaupun rasa pedih namun baik untuk mata, kena tahan sikit, satu lagi ubat adalah ubat alahan take once a day in mornig.
Bila dah makan rasa ok dah. Dah boleh buat kerja sikit, nasib baik tak teruk dan cepat pergi jumpa doc kan. Hehehehe.
-sayonara-
Bila dah makan rasa ok dah. Dah boleh buat kerja sikit, nasib baik tak teruk dan cepat pergi jumpa doc kan. Hehehehe.
Dari kerana mata, oh aku tergoda,
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata.
-sayonara-
Mata tu penting. Kena jaga elok-elok. Nak mata bersinar, kena selalu cuci mata la hujung minggu. Hehe :p
ReplyDeleteHahaha. Amboi, tu lah petua yang paling baik.
DeleteApa la significant nya birthday abang awak dengan birthday anak tiri CT. Hahaha.
ReplyDeletesaja je..hehehe
Deleteitew dh follo blog awak.. best nye ada ramai yang buat blog akhir2 ni..
ReplyDeleteTerima kasih awak..xoxo:-)
Delete