Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 19 January 2015

Takut



Kadang-kadang rasa takut untuk melangkah,
Pergi ke situ dengan beribu kali fikir,
takut terluka tersakiti terasing,
pedihnya masih terasa umpama pasir bercampur darah.

Takut kerna tahu diri ini tidak kuat,
mudah berhati hati tapi mudah bangkit,
takut sekiranya itu bukan yang terbaik,
harus akur tiada yang sempurna di dunia.

Rasa takut akan benda yang tidak pasti,
bukan takut tapi berhati-hati,
sehingga diri ini sentiasa di perhatikan,
jika itu yang di mahukan.

Takut nanti air mata ini kembali menghiasi,
mengalir lesu di wajah,
terkenang benda yang lepas,
tersusun menjadi sejarah purba.

Menjadi hiburan dengam takut,
tanpanya pasti tidak seindah hidup,
dari takut menjadikan pendoman,
dari ia menjadikan pengajaran

"peluklah aku jika terkenang semua yang kau idamkan"
-ternyata dia bukan milik ku-
-masih jelas ayat itu hingga kini-
-doaku sentiasa untukmu disana-



2 comments:

  1. Pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam, damai pasti menjelma, nescaya takut mu beransur sepi dan kau gagah kembali. :)

    ReplyDelete