Heart

Heart

Pages

Click Me

Saturday 27 December 2014

Diari Plu 27/12/2014

Dear Dairy,

Al kisahnyakan pagi tadi aku pergi popular dekat jusco. Jusco baru buka ketika itu. Memang tak ramai orang dan macam biasa pak guard atau pekerja kat situ akan cakap selamat datang bila kau masuk dan terima kasih bila kau keluar samaada kau beli barang atau pun tidak. Itu dah jadi adat al maklumlah Jepun kan.

Bila dah sampai popular tu memang bertapa berjam2 pun tak pe sebabnya banyak buku yang matured boleh baca satu persatu daripada pelbagai jenis genre. Aku rasa adalah dalam setengah jam atau pun lebih aku bertapa. Dan aku mula bergerak ke rak buku2 novel melayu, dan secara spontanya aku ternampak seorang laki ni macam handsome je. Jadinya aku pun pandang dan aku nampak dia dengan bini dia kot. 

Si laki tengok apa entah dan sini bini pun g tengok novel. Dan aku dari rak belakang pergi ke rak depan nak tengok buku. Tapi tak sebaris dengan bini dia tu. Bila dia tengok aku pergi ke rak sebelah depan dia pun datang ke arah bini dia sambil panggil 'sayang'. Cara dia tu dapat aku baca yang dia macam ingat aku nak t bini dia. Dah lah kita orang pakai baju cardigan pulak tu nasib baik warna lain2. 

Aku dah perasan macan tu aku beralih kearah lain tengok novel english lak. Rasa nak ketawa pun ada. Dalam hati aku berkata 'saya tak nak mengurat bini abang tapi saya nak mengurat abng.' Nak kata handsome sangat biasa, suara serak2 basah. Sekali pandang macam hisyam hamid. Warna kulit pun seakan sama.

Itulah susahnya kalau aku dah dilahirkan dengam muka macho ni. Nak buat macammana. Patutlah orang tak berani nak mengurat aku. Hahahaha. Perasan betul engkau. Ok lah sampai sini sahaja ya. Cuaca kat tempat aku panas. Tempat kau orang macam mana?.



Sayonara....

Wednesday 24 December 2014

Diari Plu 24/12/2014

Dear Diary,

Hari ini di malam ni setelah penuh perut dengan makanan baru ada mood nak update blog. Rasanya semalam tak ada update apa_apa pun kan. Malam ini malam raya utuk mereka yang sambut hari natal. Dan kita yang tak sambut ni jangan nak mengatal nak sambut bagai. Tak salah pun kalau ambil gambar kat pokok berhias tu, tapi jangan gatal nak pakai topi bagai ok.

Aktiviti hari ini biasa je tak ada yang istimewa pun. Kecuali aku tengah mencari maklumat nak kuruskan bahagian perut. Mungkin sebabnya metabolism aku rendah kot. Tu yang bila makan banyak sikit terkumpul kat perut dah lah tahun ddpan nak wakil Malaysia masuk miss international queen 2015. Lau t yang jalan ke depan macam mana pulak tu kan. Habislah kena sambar dek petir nanti. Hahahaha. Tu lawak je bukan betul2.


Oh ye, semalam aku oergi jusco tau and aku ternampak satu jenis cup cake yang ada patung kat atas dia. Terus aku sambar je lah. Nampak macam sedap. Harga dia Rm 3.50. Ambik kau nasib baik sedap lau tak. Donut jusco tak sedap keras dan berperisa pun dah lama tak beli. Walaupun nmpak macam sedap je.

Ok lah sampai sini sahaja aku nak keluar jup di malam hari raya ini nak bayar hutang. Bye. Selamat malam semua. Jaga diari jangan nakal2 ok.



Monday 22 December 2014

Apabila lelaki tidak menutup aurat

Hello and hai.

Selamat hari Isnin semuanya dan selamat bekerja. Tinggal lagi berapa jam je nak balikkan. So sabar ok. Back to topic. Rasanya sejak awal tahun ini boleh dikatakan menjadi satu trend atau fenomena apabila kebanyakan lelaki memilih untuk mensasakan badan mereka. Maka penuhlah gym dengan lelaki untuk mensasakan badan mereka.




Tapi ok lah sekurangnya sedap juga mata memandangkan. Tapikan adalah juga yang baru start gym dah berlagak bagaikan dah lama bergym siap jalan berkepak ok. Pergh memang i tak suka, kau ingat kau gi shopping untuk bercatwalk ke siap jalan berkepak kalau buat masak madu pun best jugakan.




Itu satu hal, yang satu hal pulak bila badan dah sasa tu memang tayang badan lah jawabnya. Ada tu siap pakai boxer sahaja. Kau ghase?, kadang-kadang sedap juga mata memandang tapi kadang2 tu seksa tu bila dah selalu sangat tengok daripada geram tengok terus tak bernafsu nak tengok.




Majoritinya berdasarkan apa yang i tengok melayu dan cina bergitu ghairah mensasakan diri mereka. Memang berbezalah. Dan bila badan dah sasa memang show of lah kat public. Tapi agak2lah the berpada2 janganlah sampai pakai pakaian dalam sahaja.




Bukannya apa nanti mendatangkan dosa pada diri sendiri dan juga orang yang melihatnta seperti kami. Jadi berpada2lah bila nak tayangkan badan itu ok. Kalau nak tunjuk tunjuk kan semua kan senang. Ada ke yang berani nak tayangkan body tanpa urat benang?.

Sayonara....:-):-)

Friday 19 December 2014

Diari Plu

Dear Diary,

Ceriter semalam.


Hello and hai. Hari bangun pukul 6 oagi. Terus buat apa yang patut dan makan vitamin. Kemas rumah sikit2 sambil nak tunggu sampai pukul 8 pagi nak hantar kereta pergi bengkel ada masalah sikit. Nasib baik tak banyak kereta kat jalan raya mungkin sebab cuti sekolah agaknya.

Masa aku sampai kedai bengkel baru buka dan aku orang yang pertama lepas tu ada datang seorang lelaki cina, not bad handsome juga. Sempat mata mengatal tengok kat dia, rasanya kerja insurance daripada segi pernampilan dia tu.

Tinggalkab kereta rgi beli makan kat bawah pokok ketapang berhampiran dengan kastam. Masa nak tunggu makcik tu kira makan, datang seorang abang ni kerja badan berunifom tapi tak pasti apa. ada segi muka biasa je tapi bila tengok bumper dia pergh pejalnya. Macam nak raba je. Rasanya dah kahwin tengok muka dan yang aku pasti bukah gay.

Kalau gay kita akan dapatkan rasa getaran dia macam manakan. Yang ini aku rasa laki tulen. Geram tengok, belum tengok bird dia lagi macam manakan. Mesti seksi lau naked. Sempat bayangkan. Gedik.

Dah siap kerja rumah semua keluar sekejap nak pergi hidupkan insurance, handsome pulak uncle yang kerja kat situ. Aku insurance takaful. Service cepat dan dapat cuci mata tengok uncle tadi. Tak pasti dia orng mana sebabnya nama dia ada Yang.

Itu sahaja untuk semalam.


Wednesday 17 December 2014

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Pada malam ni rasa gelisah bagaikan ada yang tak kena susah untuk diungkapkan adakah kerana ramai teman2 ku ingin tamatkan zaman bujang menyebabkan aku rasa akan kehilangan mereka atau apa pun aku tak tahu.

Apa yang pasti aku rasa kosong, kosong sangat walaupun dah macam cara aku lakukan dengan pelbagai aktiviti. Dah banyak buku aku beli sampaikan terpaksa letak seoaruh dalam almari baju. Biasalah dah hujung tahun ni kan banyak sale. Lagi2 ada tu buy 1 free 1, dan aku jenis yang pantang nampak buku murah memang aku rembet je.

Hari tu aku nak beli novel klasik tulisan Jane Austin, Emma tapi tak jadi beli pun dan nak dikatakan rezeki aku masa ahad lepas aku gi popular dan ternampak buku tu ada sale, buy 1 free 1. Mahu tak happy aku. Rasa macam nak melompat pun ada. 

Pada masa tu juga aku terpikat dengan seorang uncle ni aku rasa umur dia dah 30 lebih kot tapi handsome penuh dengan karisma dan personaliti yang sangat menarik sampaikan aku yang tertarik tengok kat empunya diri. Tapikan dia macam dapat rasakan yang aku tengok dialah.

Atau pun just aku je yang rasa macam tu je. Nampak sangat yang aku ni teast pada yang berusia. Pada hal ada je yang muda berlambak tapi satu pun tak menarik perhatian aku. Just pandang macam tu je tak ada pun dok usha macam uncle tu.

Bila keluar hari ahad mesti banyak couple yang date tak kira yang lurus atau bengkok pun ada. Dan aku macam biasalah tak ada orang nak mengurat pun. Muka aku ni memang jenis muka straight atau pun muka tak ada perasaan agaknya. Adalah juga aku bagi clue sikit pada kawan2 ku yana aku ni gay tapi diaorang macam tak perasan dan buat tak tahu atau pun dia orang diam je sebab malas nak tanya???. Entah semuanya ada pada mereka segala jawapan di atas persoalan aku tadi.

Ketika aku menulis entri ini aku sedang mendengar lagu raya kat youtube dengan mengunakan earfon. Memang kau ang akan rasa pelik dengan aku tapi itulah aku apa lagi nak dikatakan. Kadang2 bila kita dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati atau pun perasaan secara semulajadinya kita akan rasa tenang dan ringan seolah-olah satu bebanan kita dah hilang.

Dan membuatkan mata aku rasa mengantuk untuk tidur. Merehatkan minda dan badan agar esok dapat melalui seharian dengan positife. Ok selamat malam. 

Sayonara..

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Hello and Hai, hari bangun pagi pukul 5.50 pagi tapi bermalas malasan atas katil pukul 6 pagi baru bangun. Dah kemas katil semua baru pergi dapur makan kolegen yang hari tu beli. Nak kata ada perubahan pada kulit tak berapa sangat tapi lebih kepada tenaga. Buat kerja banyak pun tak rasa sangat penat pun.

Dah siap semua baru pergi beli breakfast tempat biasa, makcik tepi jalan, tapi aku beli kuih sahaja tak selera nak makan. Dah siap makan semua barulah bermula aktiviti harian aku. Rendam baju, menyapu dalam dan luar rumah. Dah siap semua baru aku masuk dapur siapkan bahan yang patut untuk masak lunch nanti. Aku hari ini masak sambal telur rebus dengan sup ayam.

Pukul 11 lebih baru aku mandi. Lepas mandi terus aku masak nasi sambil tunggu nasi masak aku sempat tengok youtube sekejap. Lepas tu terus makan, agak pedas sikit sambal hari ini kena betulkan sikit rasa tu, biasa tak pedas, kurang gula agaknya.

Semalam rasa agak geram dengan astro, tengah syok tengok movie kat 702 saja tangan gatal nak tukar 104, lepas tu tengok lah apa rancangan selepas meleTop, sekali tengok facing up with Fazura. Aku punya excited tak payah ceriter lahkan aku kan kipas susah mati si fazura yang adik bongsu dia comel cute tu tapi dah ada gf tu kan. Tak silap dia tunjuk pukul 10.30 p.m, ok tak pe kita tengok dulu movie, pukul 10.30 p.m tukar ke 104 sekali muncul di sebalik tabir karipap sesat kat peris tu. Perh, terbakar aku. Nasib baik hero movie tu handsome. Terus aku membuta lagi baik.

Cuaca hari ni macam mendung je. Pagi tadi ada hujan sikit sahaja tak lebat. Tahun ni rasa berbeza dengan tahun sebelum ini di mana tahun lepas cuaca agak sejuk tak payah nak bukak kipas tapi tahun ni macam hari biasa je.

Ini sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.

Monday 15 December 2014

Hilang seakan mati.



Pokok beralun kekiri dan kanan dengan lembu.
Bila disapa oleh sang angin.
Bergerak seakan berirama.
Membuatkan ia sebagai satu persembahan.

Resah dihati ia bergelora.
Mana ingin di cari penawar.
Kalau perut bergelora.
Senang membuat penawarnya.

Matahari galak bersinar.
Menerangi seisi alam.
Pergilah gelap pergilah.
Hari ini aku yang punya.

Di dengar lain di lihat lain.
Itulah resam adat bercinta.
Bukan cemburu tapi berhati-hati.
Kalau begitu lebih baik sendiri.

Hidup umpama nakoda.
Sentiasa ada pasang surut.
Perkahwinan satu perjudian.
Kalau kahwin dengan yang salah.


Friday 12 December 2014

Dulu

Ketika dulu aku pernah ke sini.
Sewaktu aku masih mentah.
Dulu tempatnya tenang.
Tidak seperti sekarang.



Setiap sudut dan pandangan.
Sentiasa segar dan hijau di dalam ingatan.
Tidak di duga
Kembali kesini.



Satu saat kaki melangkah pergi.
Kini aku memijak tempat yang sama.
Udara yang sama tidak berubah.
Walaupun hanya tinggal kenangan.



Ketika dulu hidup tidak adil.
Itu yang selalu aku ungkapkan.
Namun kini tidak sama.
Pengalaman mematangkan kita.



Seboleh mungkin ingin melangkah.
Tanpa berfikir panjang.
Kembali juga ke tempat sama.
Akhirnya tetap begitu.



Bersabar dan bersabar.
Tidak kena tidak tahu.
Susah untuk berkata.
Diam membisu itu perlu.

Ketika saat dan waktu.
Bila masa harus pulang.
Tempat ini tempat abadi.
Lambat cepat kembali juga.


Monday 8 December 2014

kehidupan

Kadang-kadang dalam kehidupan tiada nokhta
Ada masa sedih ada masa gembira
Rasa penat jemu bosan tiada perasaan
Bila hidup tiada rasa
Hanya ada kosong dan kosong dan kosong
Tiada keindahan seindah bunga sakura
Yang kembang dan gugur pada masanya
Membuatkan manusia teruja melihatnya
Bila tiada rasa dan keserasian
Semuanya kosong putih
Tiada warna yang melingkari setiap waktu
Yang hanya ada tiada rasa
Bagaikan hidup tiada matlamat
Umpama hidup tapi tidak bernyawa
Ingin aku pergi tapi kemana?
aku pergi tapi inikah jalanya?
membuatkan fikir dan fikir
Akhirnya aku disini juga
Aku tidak pergi tidak semestinya aku masih disini
Biarkan khyalan aku pergi melayang
Mengikut nyayian angin di atas sana
Biarkan jasad aku kaku disini
Ingin di luah terasa serba salah
Bila di pendam aku yang gelisah
Kepala bagaikan nak pecah
Terasa urat di kepala berdenyut setiap saat
Buatkan aku diam membisu
Cuba menahan sakit tidak terpalang
Tiada yang mengerti bila tak mengalami
Hidup selagi bernafas.



Monday 10 November 2014

Reunion Bertiga.

Hello and Hai 
Happy Monday...



Semalam dengan tergesa-gesanya dan last minute nak buat perjumpaan. Makanya yang hadir hanya aku, Jemah dan Timah bukan nama sebenarnya. Kita orang berjumpa kat shopping paling besar itu sebabnya semuanya ada. Memandang si Timah punya kerja kat situ dan boleh keluar bila-bila dia suka, untung muda-muda dah jadi manager. Si Jemah pulak bf dia yang hantar. Aku pergi sendiri. Dah bertahun tak jumpa dia orang sebenarnya. Rindu.

Janji pukul 3 tapi sebelum pukul tiga aku dah sampai, dekat mulut macam-macam surah yang aku baca supaya dapat park yang kosong, sekali je aku main pusing-pusing dah dapat park. Alhamdulilah..Sambil nak tunggu Jemah datang sempatlah juga aku pergi popular tengok buku padahal dalam hati menyumpah napa lah kau lambat datang. Si Jemah kata nak beli hadiah untuk bf dia. Untung bf kau dapat kau.

Bila si Jemah dah sampai maka kami bercat walk pergi tempat kerja si Timah tu. Sebenarnya dia orang terkejut tengok aku awat lain benor aku ini. Dah kurus benor tak berisi macam dulu. Penat juga nak menjawab semua soalan dia orang sampai dia dah habis ayat nak tanya, last-last tanya aku makan ubat kurus ker? Memang tidak lah jawabnya. Maka kami bertiga pun mencari tempat untuk melantak.

Bila dah berjumpa tu memang bergosip dari mula sampai nak ke balik tak habis-habis. Kita orang memang jenis kuat ketawa, sampaikan buat tempat tu macam kita orang yang punya. Hehe. Lama dah tak gelak, happy macam ni sampai aku rasakan hormon-hormon dalam badan aku kembali aktive seperti dulu.

Ada juga mangkuk yang merajuk bila kami berjumpa tak ajak dia, padahal nak siap ajak semua dalam group nak berjumpa tapi diam je, maka kami jelah berjumpa. Tak pe next time keluar ramai-ramai lagi meriah tapi tak boleh bergosip banyak-banyak kena cover-cover walaupun semua kawan baik pasti ada rahsia yang tak boleh di bagitahukan. Kau orang pun samakan.

Bila dah berjumpa ni macam-macam kisah yang keluar, aku terkejut tapi aku control je sebabnya yang berceriter pun cool. Handsome-handsome kawan si Timah ni, nasib baik timah tak tak aku ni songsang, yang tahu pun si Jemah je. Ikut rasa nak je minta number fon kawan si Timah tu, tapi sabar lebih tinggi daripada nafsu..Gayyytu.....

Lama jugalah kami bersama sampaikan nak ke petang bercakap-cakap. Dan semestinya semua mata pandang ke Timah sebabnya dah lah cantik, pakai pulak bukan kemain lagi. Atas bawah orang pandang dia gitu..Aku dengan Jemah dah biasa bila keluar sama dengan Timah orang akan pandang macam tu..

Rasa sedih nak berpisah namun itulah adat berjumpa pasti berpisah juga akhirnya hanya kenang daku dalam doa mu sahaja. Macam-macam dah lalui untuk sampai ke usia begini, bila kenang masa lalu sama-sama dengan kawan bertapa sucinya kami masa zaman sekolah dulu. Tak ada pening kepala nak buat macam-macam benda dalam seharian seperti ini namun inilah kehidupan tak boleh berhenti selagi kita bernyawa.

Itu sahaja untuk ini, jumpa lagi..sayonara...

Tuesday 5 August 2014

Selamat hari raya

Assalamualaikum dan Selamat hari raya..

Hello and hai..

Kembali semula bersiaran blog ini setelah berbulan lamanya tidak mengupdatekan sebarang ceriter dan sebagainya. Cuma log in dan baca blog mereka saja, bila nak taip ada saja halangan yang mendatang dan membuatkan aku beralah untuk teruskannya.

Dah masuk bulan Syawal, begitu cepat masa berlalu, daripada bulan puasa dah raya. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang bulan ramadhan samaada perkara yang berlaku berhampiran kita mahupun jauh daripada sekeliling kita. Hampir raya hari tu, satu lagi pesawat MAS MH 17 ditembak jatuh oleh pihak yang tidak bertangjungjawab. Sedih juga hati ini meskipun yang terlibat itu bukan ahli keluarga kita sekali pun.

Persiapan raya tahun ini biasa-biasa sahaja tidak yang baru pun, cuma tukar langsir rumah dan beli sedikit baju baru. Biskut raya separuh buat dan selebihnya beli. Ahli keluarga ku tidak berapa gemar makan biskut seperti aku. Hehehe..dah naik 2 kilo hari sabtu hari tu timbang..Saya bukanlah pegemar makan ketupat, rendang, lemang dan sebagainnya tapi lebih kepada biskut raya..Hilang sudah V shape muka ku ini..tak pe bukan selalu pun kan makan banyak. Bila makan banyak famly saya lebih suka sebabnya bulan-bulan sebelum ini kurang makan dan berat badan susut agak mendadak sampaikan orang yang datang beraya pun terkejut tengok aku..-.-..

Rindu sangat pada bulan puasa terutamanya masa bangun sahur, walaupun penat tapi best..dah lepas makan terus tidur balik, pukul 6 baru bagaun kadang-kadang terlajak sampai 6 setengah pagi..hehehe..Tahun ni single macam tahyn yang lepas-lepas..hahaha..Raya tahun ni rasanya tadbir raya rasa macam kurang kedengaran di media elektronik..mungkin kerana menghormati apa yang terjadi pada MAS MH 17 agaknya..

Setiap kali raya saya tidak balik kampung sebabnya saya tidak ada kampung jauh seperti anda-anda semua..semestinya sangat2 jelousssss tengok orang lain update status balik kampung siap ada gambar lagi tapi tak tahulah nanti masa kerja nanti kalau dapat kerja jauh dari sini..hehe..aktivi bulan raya ni apa lagi kalau bukan menguyah je mulut ini..

Walaupun dah besar pun masih dapat duit raya lahi, bestnya..hehehe..lebih kurang seratus lah juga..belum dapat beraya di mana-mana sebabnya semua bekerja kecuali saya mungkin weekend ni agaknya..saya sangat suka degar lagu dnedang perantau tersentuh hati ku dengan melodynya....

Cukuplah sampai sini saja ada masa kita jumpa lagi...

Tuesday 27 May 2014

Adik tanya ustaz tv9

Hello and morning tuesday...Suka sangat tengok iklan adik tanya ustaz tv9, suka tengok iklan sebabnya tidak sempat nak tengok pun racangan tu, awal pagikan waktu siarannya. Suka tengok iklan sebabnya ustaznya muda dan handsome..hehehe..


Nama ustaz ni Mohd Safwan Syafiq.
Cute..


Banyak ustaz handsome-handsome sekarang ni..


Berkarisma dan berwibawa..





Suka dengar suara ustaz..





-Sekian-

Gambar sumber google...

terima kasih...

Wednesday 12 March 2014

Misi Mencari MAS MH 370

Assalamualaikum dan salam sejahterah, selamat pagi Malaysia bumi bertuah. Hari ini sudah masuk hari yang kelima di dalam misi mencari pesawat MH 370 dan semalam sudah berlangsungnya solat hajat yang dapat di tengok secara langsung di Astro Oasis.

Pagi ini, seakan rasa kurang sedih sedikit kerana dapat menerima apa juga berita tentang pesawat MH 370 yang masih belum ditemuai dan tiada apa pentunjuk untuk mengatakan bahawa pesawat tersebut akan di jumpai.

Setelah di berikan amaran kepada penyebar maklumat palsu samada di sosial media atau apa sekalipun, tiada lagi maklumat  mahupun kata-kata yang kurang cedik di dengar lagi. Sebagai masyarakat Malaysia kita kena berfikiran matang tak kira daripada latarbelakang kaum, warna kulit apa pun kena sentiasa bersatu apabila menghadapi detik-detik yang memilukan ini.

Jangan sekali membuat andaian dan menyalahkan mana-mana pihak, anggap saja ini sudah tertulis dan suka atau pun tidak kita kena terus hadapi bersama-sama. Jangan sekali menambahkan benda yang tidak betul dan membuatkan segelinter masyarakat terperdaya. 

Kepada keluarga mangsa teruskan berdoa dan berharap semuannya selesai dengan cepat dan jangan sekali melatah walaupun dugaan ini amat berat buat anda seisi keluarga. Bukan anda saja yang merasai perasaan tersebut tapi kami masyarakat Malaysia dan seluruh dunia merasai apa yang anda rasa.

Dari segi perasaan dan kata-kata hati aku mengatakan bahawa mereka semua masih hidup dan masih bernafas, cumanya tidak tahu dimanakah mereka berada di mana. Adakah berada di atas awan ataupun berada di suatu tempat di atas daratan?.

Walauapa pun anggap saja ini dugaan daripada Nya untuk hamba-hamba yang amat di sayangi oleh Nya.

Monday 10 March 2014

Malaysia Airlines (MAS) MH 370


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semuannya. Pasti kita semua tahu sejak dua tiga hari yang lalu adalah hari sedih buat semua penduduk Malaysia khususnnya dan terjadinnya sesuatu yang tidak kita sangkakan.

Jadi, marilah kita sama-sama berdoa supaya di permudahkan urusan mencari  di mana pesawat MAS MH 370, samaada berita yang diterima baik atau sebaliknnya. Walaupun para penumpang yang berada didalam pesawat tersebut bukannya ada pertalian darah dengan kita, yang pasti kita juga merasa kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga mereka.

Kepada mereka yang mereka cerita atau pun berita palsu berhentilah membuat demikian. Dan juga kepada mereka yang menjadikan isu ini sebagai gurauan jenaka mereka, berhentilah buat demikian.

Teruskan berdoa sepanjang masa dan jangan putus harapan.....














#PRAY FOR MAS MH 370