Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 12 March 2014

Misi Mencari MAS MH 370

Assalamualaikum dan salam sejahterah, selamat pagi Malaysia bumi bertuah. Hari ini sudah masuk hari yang kelima di dalam misi mencari pesawat MH 370 dan semalam sudah berlangsungnya solat hajat yang dapat di tengok secara langsung di Astro Oasis.

Pagi ini, seakan rasa kurang sedih sedikit kerana dapat menerima apa juga berita tentang pesawat MH 370 yang masih belum ditemuai dan tiada apa pentunjuk untuk mengatakan bahawa pesawat tersebut akan di jumpai.

Setelah di berikan amaran kepada penyebar maklumat palsu samada di sosial media atau apa sekalipun, tiada lagi maklumat  mahupun kata-kata yang kurang cedik di dengar lagi. Sebagai masyarakat Malaysia kita kena berfikiran matang tak kira daripada latarbelakang kaum, warna kulit apa pun kena sentiasa bersatu apabila menghadapi detik-detik yang memilukan ini.

Jangan sekali membuat andaian dan menyalahkan mana-mana pihak, anggap saja ini sudah tertulis dan suka atau pun tidak kita kena terus hadapi bersama-sama. Jangan sekali menambahkan benda yang tidak betul dan membuatkan segelinter masyarakat terperdaya. 

Kepada keluarga mangsa teruskan berdoa dan berharap semuannya selesai dengan cepat dan jangan sekali melatah walaupun dugaan ini amat berat buat anda seisi keluarga. Bukan anda saja yang merasai perasaan tersebut tapi kami masyarakat Malaysia dan seluruh dunia merasai apa yang anda rasa.

Dari segi perasaan dan kata-kata hati aku mengatakan bahawa mereka semua masih hidup dan masih bernafas, cumanya tidak tahu dimanakah mereka berada di mana. Adakah berada di atas awan ataupun berada di suatu tempat di atas daratan?.

Walauapa pun anggap saja ini dugaan daripada Nya untuk hamba-hamba yang amat di sayangi oleh Nya.

No comments:

Post a Comment