Heart

Heart

Pages

Click Me

Friday 27 March 2020

#StayHome #Dudukrumah.

Hello and Hai.

Welcome back to my blog...

Dah berbulan aku tinggalkan dunia blog ni, konon nak mencari inspirasi dan diri sendiri katanya tapi terus menyepikan diri.

Dengan itu entry yang terakhir aku tuliskan pada bulan november tahun lalu.

Idea itu banyak cumanya tidak dapat nak dizahirkan dalam bentuk tulisan bagi tatapan anda semua (macam ada orang baca blog kita lagi). 

Seperti yang kita semua tahu sejak 18 Mac sudah bermulannya perintah kawalan pergerakan bagi rakyat Malaysia. Macam-macam gelagat manusia dapat kita saksikan tapi kebanyakannya adalah panic! 

Kerana salah mengerti tentang arahan perintah kawalan pergerakan, menurut mereka itu adalah perintah berkurung tidak boleh keluar rumah. Tapi sebenarnya boleh je keluar rumah kalau nak beli barangan keperluan asas lepas tu kau baliklah terus rumah.

Dengan face masknya out of stock sanitizernya juga manusia menjadi gelabah dan huru hara. Semuannya takut dan gelisah tapi ada yang santai sahaja seakan tiada hal yang berlaku.

Bagi aku kita tidak perlu panic, cuma ikut arahan dari pihak kerajaan kemudian mengikuti langkah-langkah penjagaan diri dari Kkkm sudah cukup seandainya semua manusia melakukan hal yang sama.

Maka, marilah jalankan tanggungjawab kita dan mendengar arahan dari pihak berkuasa dan semoga kita semua dilindungi daripada segala macam penyakit. Amin!.

Sayonara