Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 31 December 2015

2015.


Hello and Hai.

Hari ini hari terakhir tulis blog dalam bulan 12 pada tahun 2015. Tak tahu nak letak tajuk apa, pakai letak je 2015. Tahun 2015 adalah tahun yang mengajar erti kehidupan, menjadi lebih matang, berfikiran terbuka, persahabatan dan sentiasa berfikiran positive. Liku-liku kehidupan dalam tahun ini semuanya saya abadi didalam lagu-lagu yang saya dengar. Setiap lagu ada kisahnya dan nanti di masa hadapan bila dengar lagu tersebut sedikit sebanyak akan teringat kembali memori yang lalu. Ingatan saya tidak cukup kuat untuk mengingati setiap peristiwa yang terjadi meski pun saya masih muda, (hehehe) jadi saya abadikan dalam bentuk lagi.

 Tahun 2015, adalah tahun dimana saya mengenali lebih ramai blogger berbanding dengan tahun sebelum ini. Dan terima kasih kepada yang sudi baca blog saya dan tinggalkan komen di kotak bawah. Saya amat menghargainya.

Hari ini, 31/12/2015 ramai yang tidak sabar untuk menyambut tahun baru. Bagi saya ia biasa sahaja dan akan menyambutnya dengan cara saya sendiri, duduk rumah, makan-makan, tengok movie sampai tengah malam dan tidur atau mungkin malam ini berbeza sedikit sebab family saya nak dinner kat luar, itu kurang pasti.

Untuk tahun baru saya tidak meletakkan apa-apa matlamat pun. Bagi saya cukuplah tahun yang mendatang akan memberikan kesihatan yang baik, kehidupan yang baik dan bagus, rezeki bertambah murah dan sekali gus apa yang kita mahukan akan datang dengan sendiri.  Saya tak mahu letakkan harapan yang terlalu tinggi, kerna takut terus tersungkur dan tidak bangkit. Ikut keselesaan dan daya tahan kita sendiri didalam mencapai matlamat.

Ok, saya nak sharekan beberapa lagu yang saya suka untuk tahun 2015.



- Love me like u do-

Lagu yang banyak memberikan inspirasi didalam perhubungan yang dulu. Lagu yang menceriterkan tentang sebuah kisah percintaan yang tiada penamat. Hanya tinggal memori yang hampir padam.



Lagu yang paling kerap dengar kat fon. Terima kasih kepada awak diatas lagu ini.



Saya suka pada RJ disebabkan lagu dan juga pada Tasha Manshahar. Lagu yang berkisah tentang semua bukan pasal percintaan sahaja. Hehehe.



Lagu ni sangat best, tergoda dengan suara Syed Shamim. Hahaha.



Bila tak ada mood dengar lagu ni. Lepas tu mood akan bertukar.




Lagu yang paling berhantu sekali. Dalam sehari lebih 5 kali tengok video clip ni. Lagu ni sangat sweet. hahaha.


Apa perancangan awak-awak semua malam ni?. Celebrate tahun baru dengan siapa?. Tengok bunga api malam ni?. Apa juga benda yang awak semua lakukan, sila jaga diri dan selamat menikmati malam tahun baru nanti. Semoga tahun 2016 kita akan bersua lagi dan memberikan kenangan yang tidak dapat kita lupakan.


Sayonara.

Selamat tinggal.

2015.


xoxo.

Monday 28 December 2015

Kisah Mistik


Hello and Hai.

Hari ini aku nak sharekan tentang kisah-kisah mistik yang pernah terjadi kat aku dan juga kisah yang aku dengar dari orang sekeliling. Mungkin ada persamaan didalam sesebuah kisah.

Gangguan di tandas sekolah rendah.

Setiap tahun murid sekolah rendah yang berdajah enam diwajibkan untuk mengikuti kem bina diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dan kebiasaannya akan bermalam disekolah selama 1 malam. Dan giliran aku pun tiba semasa aku dajah enam. Ketika itu block baru siap dibangunakan dan bangunan itu mempunyai tandas di tingkat bawah. Jadinya aku pergi kesorangan ke tandas, semasa masuk memang tiada siapa-siapa, semua pintu cubicle terbuka, maka aku masuk cubicle yang ketiga.

Ketika aku didalam, aku terdengar pintu utama tandas dibuka secara kasar dan pintu cubicle disebelah aku ditutup dengan agak kuat, tiada dengar tapak kaki atau suara. Yang ada bunyi pintu. Dan tiba-tiba pam air ditarik, maka terdengar bunyi arus air yang kuat. Aku terus keluar dan terserempak dengan kawan yang ingin ke tandas dan sempat aku tanya ada orang keluarke tadi? dan dia kata dia tak nampak siapa-siapa.

Orang bagi salam di luar rumah.

Ketika itu aku dan keluarga baru berpindah rumah dan macam-macam benda aneh yang terjadi. Satu per satu berlaku. Ketika sedang sibuk membuat kerja didalam rumah, tiba-tiba terdengar orang bagi salam, kebiasaannya bila dengar orang bagi salam memang kita terus sahutkan tanpa tengok siapa yang datang. Bila dah jawab salam dan pergi tengok kat luar tak ada orang.

Setelah banyak kali terjadi, bila dengar orang bagi salam kat luar rumah pergi tinjau kat tingkap dulu ada orang ke tak baru jawab salam. Kalau manusia bagi salam, suaranya lantang dan bagi salam bertalu-talu, tapi kalau 'benda' tu bagi salam, hanya kedengaran sekali dan sayup-sayup di telinga.

Orang bercakap/ berbisik-bisik di tengah malam.

Bila tengah enak di lamun mimpi, tertiba terdengar suara orang bercakap-cakap diluar bilik seperti berbisik-bisik dan tidak jelas. Dalam fikiran, mungkin ada yang belum tido atau tak boleh tido jadinya mereka bercakap. Tapi lama kelamaan suara tu jadi kuat dan bingitkan gegendang telinga.

Disebabkan tidur terganggu maka keluar bilik untuk menegur, bila keluar bilik dan tengok kedaan sekeliling gelap dan sunyi. Suara yang terdengar tadi terus senyap. Suara siapa yang bercakap tu, terus jadi tanda tanya.

Suara yang sama dengan orang sekeliling.

Ketika tengah mandi didalam bilik air, ada orang diluar yang memanggil nama banyak kali untuk gunakan tandas. Maka kau pun tergesa-gesa mandi dan kau keluar dari tandas sambil cari suara yang panggil kau tadi tu rupanya tak ada. Pada masa itu baru kau teringat yang kau kesorangan didalam rumah walaupun suara tadi sama macam suara orang serumah dengan kau.

Semasa kau sibuk dan leka membuat sesuatu kerja tertiba-tiba ahli keluarga kau panggil nama kau dan semestinya kau sahut panggilan itu. Dan terus kau tuju ke arah suara itu datang, bila kau dah ada didepan orang yang panggil kau dan kau tanya nak apa, tapi tertiba dia kata dia tak pernah panggil kau atau cakap dengan kau, maka kau pun jadi pelik dan tertanya suara siapakah itu yang menganggu.

Bayang-bayang hitam.

Seingat aku, sejak daripada kecil aku sudah melihat dan mendengar 'benda' yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Diantaranya adalah bayang-bayang hitam yang datang melintas samaada didepan atau dibelakang aku. Terutamanya didalam rumah, samada keseorangan atau pun ramai. Tak pasti kenapa 'benda' tu mucul tapi tak keraplah.

Masa kecik dulu pastinya takutlah kalau nampak 'benda' tu tapi sekarang dah tak ada rasa apa-apa tapi kalau rasa macam lain je, terus capai fon buka surah yassin atau surah al-waqiah besar-besar biar satu rumah dengar.

Bukan itu sahaja, kalau sesuatu tempat tu ada 'lintasan' kadang-kadang boleh nampak 'benda' tu memunculkan diri. Terutamanya di kawasan rumah atau rumah orang lain, biasanya 'lintasan' tu ada didepan rumah, tepi kiri atau kanan dan belakang rumah. Biasanya bila masa untuk 'benda' tu muncul kawasan tersebut akan sepi daripada segala bunyi dan ketika itu' benda' itu akan muncul, dari segi bentuk rupa itu bergantung pada 'benda' tu nak menjelma bagaimana.

Bunyi barang bergerak / jatuh.

Ketika kecil dulu lebih suka duduk rumah daripada merayau-rayau keluar.Bila waktu tengah hari memang rumah sepi sebab adik beradik yang lain pergi sekolah petang. Masa tengah leka buat kerja tertiba dengar bunyi laci ditarik, kemudian ditutup semula. Selang beberapa minit bunyi almari dibuka. Lepas tu dengar bunyi kerusi dalam bilik di tarik. Ketika pergi tengok memang tiada orang dalam bilik.

Semasa baru pindah rumah pastinya mengambil masa untuk kemas barang-barang. Disebabkan kepenatan seharian pindah rumah maka barang-barang dalam kotak dibiarkan sahaja. Dan ketika tidur di waktu malam, terdengar bunyi barang-barang berlaga antara satu sama lain umpama ada orang yang mengunakannya di dapur. Bila tengok dapur gelap tapi bunyi itu masih kedengaraan. Meskipun dah tinggal lama tapi bunyi di dapur tu masih ada, seakan sudah sebati. Lama kelamaan bunyi itu hilang dengan sendirinya.

Itu sahaja yang nak sharekan hari ini. Have a nice day..

Sayonara.

Friday 11 December 2015

Braces Update - December 2015-


Hello and Hai.

Hari Selasa yang lalu, 8/12/2015 aku ada appointment dengan dentist aku. Lepas sarapan dan siap semua kerja rumah baru bergerak pergi. Klinik bukak pukul 9.00 pagi, time aku bergerak tu dah 8.40 pagi. Harap janganlah ramai orang pagi-pagi ni. Terpaksa berlari sikit dari parking lot ke klinik, nasib baik tak ramai orang lagi dan giliran aku yang ketiga.


Nasib baik datang awal sebabnya selepas tu ramai yang datang. Dan semasa menunggu tu adalah sepasang laki bini yang sweet dan bergurau senda di depan orang. Oh pleaselah...Nasib baik aku tak tunggu lama bila nama aku doc panggil. Dan kali ini doc suruh pakai getah kat gigi depan dan nasib baik pakai satu je gentah. Kalau appointment yang lepas kena pakai getah atas bawah.

Untuk kali ini sama macam yang lepas, cuma tukar besi atas sahaja dan bawah tak tukar. Dan macam biasa bila part tukar besi tu memang sakit bila mana doc nak buka satu per satu brackets braces tu dan bila nak masukan besi yang baru, terasalah juga. Tak nyilu tapi rasa tekanan pada gigi. Sekejap je lepas tu dah ok dah. Cuma susah nak kunyah bila baru tukar lepas tu back to normal.

Nak attach gambar sekali tapi line internet kat sini terganggu disebabkan cuaca yang mendung dan hujan, tak dapat nak upload. Itu saja untuk entri kali ini. Jumpa lagi.

Sayonara.


Wednesday 2 December 2015

Berlibur.







Hello and Hai.

Pada hari Sabtu yang lalu, 28/11/2015 aku dengan family pergi ke PD untuk 1 malam di Puteri Beach Resort. Bertolak pada pukul 3 p.m sebabnya family bekerja half day maka sampai sana sebelum pukul 6 p.m. Dah check in, ambil barang dan letak dalam apartments  tingkat 7, lepas tu terus salin pakaian untuk bermandi manda.



Mula-mula mandi air laut, lepas tu mandi kolam. Aku joint sekejap je lepas tu naik bilik. Tak best sebab tak ada 'pemandangan' yang nak ditengok, hehehe..gurau je. Sebab hampir senja nanti berebut nak mandi. Lepas magrib terus pergi cari makan malam. Lama gila nak tunggu makanan tu siap, bukannya ramai customer pun masa aku datang tu, sabar je lah.

Hampir jam 10 lebih malam baru semua nak tidur. Dan ketika itulah segalanya bermula. Masa nak terlelap tu, tiba-tiba terdengar bunyi orang berlari di tingkat atas, kemudian dengar suara kanak-kanak ketawa, berbual-bual, menjerit-jerit kesukaan. Lepas tu dengar bunyi anjing menyalak. Mula-mula tak kisahlah, lantak kau lah nak buat apa. Tapi masalahnya tak berhenti kat situ dan berterusan  macam tu lebih kurang hampir pukul 3 pagi. Nasib baik 'benda-benda' tu di luar, kalau kat dalam tak tahu macam mana. Jangan 'benda' tu ajak berbual sudah. Macam-macam bunyi yang kedengaran.

Sebenarnya dah biasa dah 'dengar' macam-macam, so tak adalah takut sangat. Pukul 5 pagi dah bangun. Tak cukup tidur, ngantuk. Pukul 7 a.m turun makan kat bawah. Dapat kupon untuk 2 orang sahaja so yang lain bayar sendiri. Satu orang dewasa Rm 17.00 termasuk gst. Makanan biasa-biasa je dan tiada banyak pilihan. Nasi lemak, sosej, wedges, bubur nasi, roti bakar, bijiran, air pulak, jus oren, air suam, kopi dan teh.



Sebenarnya banyak yang aku makan cumanya tak sempat nak ambik gambar sebabnya dah leka makan. Hehehe. Banyak kali pulang balik ambik makanan. Lepas makan tu, yang lain pergi ke bilik salin pakaian untuk aktiviti bermandi manda. Aku masih tengah makan lagi tak beranjak lagi, sebabnya aku kan makan lambat mana boleh nak mengunyah laju-laju, ok itu alasan semata-mata je. Padahal tengah nak habis makanan atas meja. Hahaha.

Lebih kurang pukul 11 lebih pagi dah siap kemas dan hantar barang ke dalam kereta untuk proses check out. Lepas tu pergi cari kedai makan untuk makan tengah hari. Masa perjalanan balik tu hujan turun lebat sangat sampailah ke rumah.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Dan sebelum terlupa, nak ucapkan terima kasih diatas doa kalian di entry yang lepas tentang doa. Sayang sangat kat anda semua..

Sayonara.

Thank You for reading this.