Heart

Heart

Pages

Click Me

Sunday 13 September 2020

Sayonara! My last entry.


How to say 'See you again' or 'Goodbye' in Japanese? and What does 'Sayonara'  mean? | JAPANESQUE CAFÉ

 Hello and Hai.

Welcome back to my entry guys!.

Setelah lama mendiam dan sibuk dengan hal-hal duniawi yang tak pernah habis ini.

Maka aku dah buat keputusan bahawa ini merupakan entry terakhir aku.

Langkah aku terhenti disini didalam menulis blog.

Buat kau orang yang kenal akan diri ku, aku mohon maaf andai pernah bergurau tidak kena tempat, terkasar semasa perbualan dan semua kesilapan yang pernah aku lakukan.

Mungkin pada waktu yang lain jika aku mempunyai kesempatan untuk update lagi akan aku lakukan.

Kepada anda semua, jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal..

Kepada yang baru break up, semoga sentiasa kuat dan terus memandang ke hadapan.

Kepada yang masih single, SINGLE IS AWESOME!.

Kepada yang tengah bercinta selamat bermadu asmara.

Tak kira dimana anda berada, sayangilah diri anda sebelum anda menyayangi orang lain.

Saya Carleed Danial dengan ini mengundurkan diri dari dunia blogger.

Selamat Tinggal Malaysia.

Sayonara...



Friday 27 March 2020

#StayHome #Dudukrumah.

Hello and Hai.

Welcome back to my blog...

Dah berbulan aku tinggalkan dunia blog ni, konon nak mencari inspirasi dan diri sendiri katanya tapi terus menyepikan diri.

Dengan itu entry yang terakhir aku tuliskan pada bulan november tahun lalu.

Idea itu banyak cumanya tidak dapat nak dizahirkan dalam bentuk tulisan bagi tatapan anda semua (macam ada orang baca blog kita lagi). 

Seperti yang kita semua tahu sejak 18 Mac sudah bermulannya perintah kawalan pergerakan bagi rakyat Malaysia. Macam-macam gelagat manusia dapat kita saksikan tapi kebanyakannya adalah panic! 

Kerana salah mengerti tentang arahan perintah kawalan pergerakan, menurut mereka itu adalah perintah berkurung tidak boleh keluar rumah. Tapi sebenarnya boleh je keluar rumah kalau nak beli barangan keperluan asas lepas tu kau baliklah terus rumah.

Dengan face masknya out of stock sanitizernya juga manusia menjadi gelabah dan huru hara. Semuannya takut dan gelisah tapi ada yang santai sahaja seakan tiada hal yang berlaku.

Bagi aku kita tidak perlu panic, cuma ikut arahan dari pihak kerajaan kemudian mengikuti langkah-langkah penjagaan diri dari Kkkm sudah cukup seandainya semua manusia melakukan hal yang sama.

Maka, marilah jalankan tanggungjawab kita dan mendengar arahan dari pihak berkuasa dan semoga kita semua dilindungi daripada segala macam penyakit. Amin!.

Sayonara