Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday, 19 May 2016

Anak Bongsu



Hello and Hai!.

Hari ini nak sharekan fakta pasal anak bongsu yang aku jumpa kat internet tadi dan aku akan menjawab fakta tersebut sama ada betul atau tidak tentang anak bongsu. Kalau yang belum tahu lagi, aku anak bongsu dalam keluarga dan semua adik beradik adalah lelaki.


Anak bongsu merupakan anak yang paling muda dalam adik beradik. Dalam istilah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia "bongsu" bermaksud "termuda, paling muda, terkecil, paling kecil, terakhir, paling akhir, penghabisan;



1. Terbuka untuk idea baru.

Anak bongsu memiliki pemikiran yang terbuka dan suka mencuba hal-hal yang baru. Anak bongsu sangat menyukai cabaran dan pengalaman baru yang boleh mereka dapatkan. Anak bongsu menganggap pengalaman baru adalah hal yang menyenangkan yang boleh membuatkan mereka berkembang. Hal ini membuatkan anak bongsu lebih berdirikari dan dapat menikmati kehidupan mereka.

- Aku setuju dengan point ni sebabnya aku memang jenis yang suka akan perkara baru didalam kehidupan seharian aku,kalau benda yang sama akan boring. Selain tu bila buat perkara baru mestilah dapat pengalaman baru. Banyak benda baru yang pernah aku buat, aku dapat pengalaman, dapat mematangkan diri untuk berdirikari sendiri walaupun banyak cabaran.


2. Spontan.

Anak bongsu memiliki sifat yang berbeza dengan anak-anak lainnya iaitu sifat spontan. Mereka boleh mengambil keputusan dengan cepat tanpa fikir panjang dan tidak takut akan akibat daripada keputusan tersebut. Sifat spontan ini juga yang menjadikan dirinya tidak membosan ketika bersama teman-temannya. Anak bongsu boleh melakukan apa sahaja tanpa diduga oleh orang lain. Sifat spontan yang dimiliki anak bongsu ini membuatkannya selalu siap untuk cabaran.

-Point ini memang tepat. Kadang-kadang aku akan buat sesuatu secara spontan yang aku sendiri tak jangka akan buat,bila dah buat baru pikir balik. Keluarga pun kadang-kadang tak sangka aku mampu buat sesuatu perkara yang mereka tak jangka aku akan buat. Aku juga suka buat keputusan dengan cepat tanpa perlu nak tunggu lama terutamanya bila dapat kawan yang lambat berfikir dan lambat bagi jawapan.


3. Menyenangkan dan lucu.

Anak bongsu selalu miliki bahan pembicaraan yang lucu yang mereka ucapkan. Anak bongsu sangat pandai mencairkan suasana, mereka boleh menghiburkan orang lain dengan sifat humornya. Dengan sifat ini anak bongsu pandai bergaul dan disukai oleh ramai orang.

-Aku tak rasa aku ni kelakar tapi orang selalu kata aku ni kelakar, tang mana entah kelakarnya, kadang-kadang bila aku cakap serius pun dia orang boleh main gelak-gelak. Aku jenis yang tak suka keadaan atau suasana yang kaku atau kekok di tempat baru, maka aku akan menjadi sedikit peramah dengan orang sekeliling. Nak kata pandai sangat bersosial tidaklah juga tapi ok lah sikit-sikit daripada tak ada.


4. Manja.

Bukan rahsia lagi kalau anak bongsu memiliki sifat manja. Hal ini kerana anak bongsu selalu mendapatkan apa yang diinginkan. Walaupun terkesan buruk pada mata orang lain namun hal ini ada positivenya . Ketika anak bongsu sudah dewasa dia akan berusaha keras untuk dapatkan apa yang dimahunya kerana dia selalu mendapatkan apa dia inginkan tak terkecuali dia juga akan bekerja keras untuk mengapai cita-citanya.

-Bagi aku biasa je tak adalah manja mana pun, namun orang lain/luar boleh membacanya melalui tutur kata atau pun body language sebab perwatakan anak bongsu ni berbeza sikit. Aku jenis bukan yang suka minta-minta sebab aku suka beli sendiri sejak kecik lagi, aku lebih suka tengok harga dulu baru minta parents belikan terutamanya benda yang murah tapi cantik dan nampak mahal. Parents aku bukan jenis yang terlalu manjakan anak sampai kena beli benda yang mahal-mahal membazirkan duit. Bila dah besar ni bayar duit pengajian pakai duit sendiri, so parents aku memang tak tahu berapa kos untuk pengajian aku sebab tak pernah minta duit dari mereka. Cuma parents bagi duit poket je lepaslah nak beli buku, photostat assignment, makan minum.


5. Tidak suka mencampuri urusan orang lain.

Anak bongsu tahu akan batas-batasan dirinya dengan orang lain. Mereka tidak suka mencampuri urusan orang lain terlalu dalam. Hal ini kerana anak bongsu dibesarkan dengan adik beradik lain yang sudah dewasa dan mempunyai kehidupan mereka sendiri.  Dia tidak suka berkomen tentang kehidupan orang lain kecuali kalau diminta tolong.

-Bagi aku masing-masing ada hal sendiri so buat hal sendiri. Sebabnya kalau kita menyampuk hal orang lain nanti dengan kita sendiri juga dapat masalah. Aku paling tak suka kalau orang lain nak menyampuk hal aku padahal hal dia aku tak menyampuk pun.


6. Optimis.

Anak bongsu memiliki sifat optimis dan selalu percaya semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Hal ini guna menyebabkan anak bongsu tidak berasa bimbang akan masalah yang mereka hadapi. Anak bongsu lebih pandai dalam menangi masalah dan sifatnya itu membuatkan mereka lebih mudah mendapatkan apa yang mereka inginkan.

-Nak kata terlalu percaya diri sangat tidaklah juga tapi oklah, hahaha. Aku jenis yang mana bila mendapatkan sesuatu masalah aku akan fikirkan cara untuk selesaikan masalah, kalau plan A tak jadi buat plan B. Tak kiralah maslah itu kecil atau besar. Dan bila ada maslah aku diam dan berfikir solusi untuk maslah tersebut. Hehehehe.


Itu je nak kongsikan, kalau anda anak bongsu gime me five!. Adalah pendapat dari sudut peribadi aku, lain orang lain pandangannya. Hehehe.


Sayonara.






19 comments:

  1. Sep sikit..#teamanakbongsu

    ReplyDelete
  2. ada a few point yang sama..normal la, everyone is unique.. in their own way. #anakbongsuinthehouse

    ReplyDelete
  3. Hi five jugak! walaupun dah tua, bongsu tetap bongsu...ekekeke

    Point no 1 tu kena highlight sikit, sukakan benda baru tak bermakna anak bongsu suka tukar-tukar pasangan..anak bongsu setia orangnya..betul tak Carl Dani? :wink:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu abag kamen, setia sangat-sangat orangnya dan tidak mudah bertukar ganti pasangan..hahhahaha

      Delete
  4. sep sep sep. anak bongsu! hahah

    ReplyDelete
  5. Anak bongsu sangatlah manja and sometimes annoying yang amat macam adik saya..rasa nak piat piat je dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..owh yeke mcm tu adik awak, nasib baik tak kena..hehehe

      Delete
  6. kenapa korang semua anak bongsu??? hahahaha... sapa #teamanakno2??? hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..entahlah ramai rupannya anak bongsu....

      Delete
  7. Eh ramainya anak bongsu! Hahaha ramainya geng. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tu lah tak sangka pulak ramai anak bongsu kat sini..hehehe

      Delete
  8. Salam. Hm anak sulung mcmana pula. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..erm...awak kena cari blogger yang post pasal anak sulung nampaknya...hehehe..thanks for drop ur comment here.

      Delete
  9. Salam. Hm anak sulung mcmana pula. Huhuhu

    ReplyDelete