Heart

Heart

Pages

Click Me

Saturday 27 June 2015

Diari Ramadhan (10 Ramadhan) 28/06/2015



Image result for ramadan atau ramadhan

Hello and Hai.

Hari ini dah masuk 10 Ramadhan, tinggallagi 19 hari lagi. Cepat masa berlalu. Puasa tahun ni sama macam puasa-puasa tahun yang lalu cumanya puasa kali ni aku selalu kena gastric. Tak tahulah macam mana kerap sangat kena gastric, padahal sebelum puasa kalau tak makan yang berat-berat pun tak kena gastric, ni baru masuk Ramadhan ke 10 dah kena gastric. Jadinya selepas makan sahur terus makan ubat dan selepas berbuka terus telan ubat. Stok ubat pun hampir habis rasa malas pulak nak pi beli, hehehhe.

Ramadhan kali ini lebih banyak beli kat bazar atau kat kedai. Malas nak masak sebabnya penat dan tak tahu nak masak apa. Nak dikatakan hampir setiap hari pergi bazar tak juga sebabnya kadang-kadang mak aku pi beli lauk kat kedai berhampiran pejabat. Balik rumah masak nasi je. Apa yang bestnya pergi bazaar bukan sebab makanan yang dijual tetapi yang menariknya dapat jumpa pelbagai jenis orang dalam pelbagai kategori. Cuba untuk terlalu seksi kerana sebelum puasa lagi sudah diperingatkan oleh para blogger lain yang aku tidak boleh seksi di bulan puasa. Kalau jumpa yang handsome-hansome tu pandang sikit-sikit je takut nanti terpikat. Hahahaha. Ada juga abang-abang bazaar yang handsome-handsome tapi tahun ni tak ramai yang handsome.

Tapi yang tak bestnya, disebabkan muka lebih matang daripada usia sebenar makanya semua panggil aku 'abang'. Mencinya, tapi lama kelamaan terpaksalah pasrah dan redha. Nak buat macam mana dah macam tu rupa aku. Sebenarnya banyak bazaar ramadhan kat sini tapi memang tiap-tiap tahun aku pergi bazaar yang sama sebabnya kualiti dan kebersihanya terjamin, memang dah kenal para perniaga disitu. Tapi tahun ni rasa tak best disebabkan oleh parking lot yang tak banyak disebabkan oleh berlakukanya proses pembesaran jalan raya maka bila lambat datang ke bazaar akan menyebabkan sesak di tambah lagi dengan sikap pemandu yang suka hati park tengah-tengah jalan macam dia seorang je nak pergi bazaar dan juga peragai mereka yang bangga dengan kereta berjenama mereka sambil drive sempat main jeling-jeling kat kita pulak tu, sah-sah memang aku jeling balik, kasi jeling maut punya. Dalam hati pun berkata, kau nak pi bazaar beli makanan atau nak bangga dengan kereta kau tu?. Yelah kita tak mampu nak beli kereta mahal-mahal.Itu salah satu sebab tak pergi bazaar setiap hari, tak dapat cuci mata. Hari ini tak tahu pergi bazaar ke tidak, kalau tak pergi bazaar memasaklah nampaknya.

Ramadhan kali ini pun single, maka tak adalah orang nak kejutkan sahur atau wish selamat berbuka puasa.  Jodoh belum sampai lagi, siapa yang single tu kita geng k, jangan sedih-sedih. Hahahaha. Marilah kita pergi bazaar dengan harapan bertemu jodoh disana. Jumpa lagi di lain entri.

Selamat berpuasa...

Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadan 2015

Awak,

Tak lama lagi awak nak datang, begitu cepat masa berlalu. Seperti biasa bila awak nak datang je sayalah orang yang paling sibuk. Macam-macam yang saya kena fikirkan dan rancangkan terutamanya yang berkaitan dengan acara memasak dan mengemas rumah. Awak pun tahu kan dalam family saya semuanya busy dengan kerja-kerja masing. Namun bagi saya ia sesuatu yang seronok bila buat kerja seorang-seorang terasa tenang je walaupun lambat siap namun di hujungnya nanti saya akan berpuas hati melihatnya. Awak pun tahukan saya memang suka sangat-sangat awak datang tu lah sebab sebelum awak datang macam-macam benda yang saya buat.

Awak, bila awak dah datang maka bermulalah jadual saya berubah, kalau macam tahun lepas saya akan tidur pukul 11.00 p.m dan bangun pukul 4.00 a.m. Saya tidur lambat biasanya sambil tengok ceriter lipat baju sambil tu kemas dapur dengan pinggan mangkuk yang kadang-kadang terlupa cuci atau pun panas lauk supaya nanti tak basi bila nak makan waktu sahur nanti. Kadang-kadang tu terlupa juga nak buat perkara tersebut. Ahli keluarga yang lain kadang-kadang pergi beli barang nak raya tapi saya tak ikut pun kalau dia orang nak pergi bazaar waktu malam sebabnya saya memang banyak kerja kat rumah nak dibuatkan. Kalau saya ikut pun mesti akan tidur lambat sebabnya saya memang tidak boleh tidur selagi kerja belum selesai.

Kalau dulu masa waktu sekolah, bila awak datang mak sayalah orang yang pertama akan bangun. Namun sejak tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini saya pulak yang mengambil posisi tersebut, walaupun tidur agak lewat tapi gagahkan juga diri bangun pukul 4 a.m. Dimana suasana ketika itu memang sunyi sepi seandainya jarum jatuh memang akan kedengaran bunyinya. Saya memang suka bangun awal pagi sebabnya nak panaskan lauk-lauk semalam dan juga nasi. Sambil tu buka radio supaya tidaklah sunyi sangat. Bila hampir habis waktu sahur maka saya lah yang akan kemas meja makan, dan seangkatan dengannya.

Waktu yang saya suka bila awak datang semestinya bazaar ramadhan yang bermacam-macam bau akan dapat dihidu. Awak pun tahu kan yang saya suka pergi bazaar untuk melihat makanan bukannya beli pun awak pun tahukan sebabnya kenapa. Hehehe. Dan juga bila pergi bazaar agaklah juga bahaya macam tahun lepas bila terserempak dengan orang-orang yang satu masa dahulu saya suka itu dan nasib baik mereka dah tak kenal saya lagi walaupun dari cara mereka pandang saya seoleh-oleh cuba mengingati siapa saya. Awak pun tahukan saya dah berubah 360 peratus tu lah sebab mereka tak kenal saya lagi. Atau pun mereka dah lupa kewujudan saya pada masa lalu. Abaikan sahajalah mereka. Bila pergi bazaar mesti akan terserempak dengan abang-abang handsome. Cairnya hati tengok nasib baiklah bulan puasa kena tahan nafsu. Walaupun adalah juga yang kena dengan selera namun kena sedar diri.

Habis je beli makanan mesti tersangkut dalam trafik light yang sesak sangat. Sampai pukul 6 p.m pun belum sampai kat rumah juga nasib baiklah sebelum pergi bazaar dah basuh beras dan letak dalam rice cooker nanti abang ngah balik kerja terus on suis je tak perlu membazirkan masa untuk masa lagi. Bila sampai rumah je tak tengok kiri kanan terus pergi dapur dekat meja makan dan capai pingan mangkuk nak buka kuah yang beli tadi tu. Lepas tu terus bancuh air bagai dah siap semuanya barulah mandi. Bila dengar je azan semua terus pergi dapur, memang kelam kabut dan rasanya rumah saya je kot yang riuh rendah dengan suara padahal yang duduknya cuma 5 orang je tu pun macam nak berperang bunyinya. Kalau dulu bila berbuka saya suka makan benda yang berat-berat tapi sekarang cuma makan sikit je sampaikan family saya pun dah bising bila tak makan nasi cuma makan yang ringan-ringan je.

Bila lagi beberapa minggu lagi awak nak pergi, maka bertambahlah busy saya. Biasanya akan busy buat biskut raya walaupun ada yang dah tempah tapi sahaja je nak buat walaupun orang dalam rumah saya ni tidak makan biskut raya kecuali saya seorang je. Macam biasa saya yang buat saya makan. Dah terbiasa dah. Tu sebabnya badan saya cepat kembang macam belon kat bahagian pipi tu. Biasanya saya buat yang senang-senang je, dimana yang lain beli dan tempah je. Selain itu, saya juga yang akan buat kerja-kerja kemas rumah bermula daripada luar sampailah dalam. Biasanya dalam hampir raya baru buat, nak tukar langsir, lap dinding dan macam-macam lagi dengan susun atur perabot dan juga kemas bilik-bilik bujang yang ada dalam rumah ini.

Untuk bahagian luar rumah semestinya kena buat di awal pagi, sebabnya bila puasa matahari sangat panas. Sambil kemas rumah mesti tengok rumah jiran sebelah tengok apa yang pakcik dan makcik rumah sebelah buat. Sebabnya selalu ternampak mereka berdua je yang kemas rumah, anak-anak jiran sebelah pun tak tahu berapa orang sebabnya anak-anak jiran sebelah semuanya kerja jauh dan jarang ada kat rumah. Jiran sebelah rumah ni ada pembantu jadinya memang rumah mereka kemas sentiasa. Tahun lepas rumah jiran sebelah buat renovation, cantik sangat. Tahun ni rumah saya pulak tapi tak lah keseluruhannya macam jiran sebelah rumah.

Disaat akhir pergi beli baju melayu, kalau dulu tempah sebabnya tak ada saiz tapi sekarang beli sebabnya dah ada size dengan badan cumanya corak yang berkenan tak ada saiz macam tahun lepas. Tak pe tahun ni beli awal-awal. Bila dengar je lagu rayamesti sedih sebabnya kita tak ada kampung. di mana mereka bersuka ria pulang ke kampung bersama dengan ahli keluarga saya sedang sibuk dirumah menguruskan apa yang patut sebelum menjelang syawal. Bertambah sibuk bila petang raya, nak masak pelbagai jenis lauk raya dengan nak masak ketupat lagi.

Namun segala kepenatan hilang bila dengar takbir raya berkumandang. Rasa suka, sedih dan lega. Sekarang walaupun raya macam tak rasa raya pun adakah diri ini sudah tua atau pun apa. Masing-masing mempunyai sejarah dan pendapat yang tersendiri. Semoga ramdhan kali ini lebih baik daripada sebelum-sebelum ini dan dipanjangkan usia agar dapat merasai ramdhan yang akan datang.


SALAM RAMADAN KEPADA ANDA SEMUA...





Monday 15 June 2015

Meremang.

Hello and hai.


Hari ini aku nak sharekan satu lagi novel seram yang aku dah baca, sebenarnya dah lama habis baca baru ini aku nak sharekaan. Meremang by ninie othman. Aku tertarik nak beli disebabkan oleh cover hadapan novel yang nak menarik dan tertarik untuk aku beli. Dan lagi satu, kertas yang digunakan untuk cetak adalah kertas yang sama macam novel English, yang macam kertas lama tu. Sangat best bila di hidu, bau kertas.



sumber : Google.

Sinopsis : 

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh ke Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi daripada hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada disitu. Namun, disebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.

Kisahnya bermula apabila Zamia kematian tunang tercinta akibat kemalangan jalan raya di rempuh oleh lori. Sebelum kematian tunangnya yang bernama Azriq, bagaikan ada sesuatu yang tidak kena apabila Azriq seperti orang yang gila dan bercakap yang bukan-bukan. Selepas kematian tunang, Zamia boleh melihat benda-benda yang pelik termasuk tunangnya yang sudah mati. Sepatutnya Zamia akan melangsungkan perkahwinanya bersama abangnya, Danny. Bagi mengubati perasaannya,Zamia membuat keputusan untuk pergi ke banglo biru iaitu rumah nenek dan datuknya belah ayanhnya yang terletak di Terengganu. Walaupun di larang oleh mamanya namun Zamia tetap berdegil untuk pergi ke sana tapi bertemankan abangnya Danny dan isterinya.

Setelah berada disana selama dua minggu, Danny membuat keputusan untuk pulang ke K.l bersama isterinya cuma yang tinggal hanya Zamia di banglo itu. Ketika Zamia tinggal keseorangan, tertiba datang seorang wanita tua yang bernama Mak Tam yang memperkenalkan diri sebagai mak kepada Amriz iaitu kawan kepada abang Zamia, Danny. Tapi yang menjadi misterinya Mak Tam cuma datang pada waktu-waktu tertentu sahaja. Dan hanya Zamia sahaja yang nampak Mak Tam. Di belakang rumah tersebut terdapat pokok gergasi yang hampir menyembah dunia tapi tetap sahaja utuh walaupun cuma tinggal rantingnya sahaja. Datuk dan nenek mereka sudah berpesan agar jangan di terbang pokok dibelakang rumah itu, biarkan ia mati sendirinya.

Semakin hari semakin banyak persoalan terungkap satu demi satu, tentang pokok gergasi di belakang rumah, kematian tunang tersayang, sejarah keluarga Zamia dan siapakah Mak Tam yang datang tidak di undang. Bukan sahaja Zamia yang diganggu tapi seluruh ahli keluarga dan teman rapatnya turut diganggu secara sedar atau pun di dalam mimpi. Segalanya terungkap apabila mereka tahu punca kematian tunang Zamia.

Pendapat aku :

Aku bagi 4.5 bintang untuk novel ini. Nak dikatakan terlalu seram atau meremang boleh dikatakan 70 peratus perasaan itu aku alami. Jalan ceriternya tidaklah terlalu merapu atau terlalu fokus pada ceriternya, agak santai dan menyebabkan para pembaca tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceriternya. Tidaklah terlalu bosan atau rasa macam tak best sampai nak baling buku tu kat tempat lain. Yang penting ada unsur-unsur agama yang didalam novel ini. Cumanya ending kurang sikit, aku rasa tidak puas sebabnya 'benda-benda' tersebut tidak dihapuskan semuanya. Aku baca waktu malam sebelum aku tidur, ada seram sikitlah terasa bila nak tidur itu, tapi itu cuma hanyalah mainan minda semata-mata. Kalau ada yang suka baca novel seram silalah beli. Bagi aku tidak rugi kalau beli.

Sayonara...