Pages

Click Me

Saturday, 27 June 2015

Diari Ramadhan (10 Ramadhan) 28/06/2015



Image result for ramadan atau ramadhan

Hello and Hai.

Hari ini dah masuk 10 Ramadhan, tinggallagi 19 hari lagi. Cepat masa berlalu. Puasa tahun ni sama macam puasa-puasa tahun yang lalu cumanya puasa kali ni aku selalu kena gastric. Tak tahulah macam mana kerap sangat kena gastric, padahal sebelum puasa kalau tak makan yang berat-berat pun tak kena gastric, ni baru masuk Ramadhan ke 10 dah kena gastric. Jadinya selepas makan sahur terus makan ubat dan selepas berbuka terus telan ubat. Stok ubat pun hampir habis rasa malas pulak nak pi beli, hehehhe.

Ramadhan kali ini lebih banyak beli kat bazar atau kat kedai. Malas nak masak sebabnya penat dan tak tahu nak masak apa. Nak dikatakan hampir setiap hari pergi bazar tak juga sebabnya kadang-kadang mak aku pi beli lauk kat kedai berhampiran pejabat. Balik rumah masak nasi je. Apa yang bestnya pergi bazaar bukan sebab makanan yang dijual tetapi yang menariknya dapat jumpa pelbagai jenis orang dalam pelbagai kategori. Cuba untuk terlalu seksi kerana sebelum puasa lagi sudah diperingatkan oleh para blogger lain yang aku tidak boleh seksi di bulan puasa. Kalau jumpa yang handsome-hansome tu pandang sikit-sikit je takut nanti terpikat. Hahahaha. Ada juga abang-abang bazaar yang handsome-handsome tapi tahun ni tak ramai yang handsome.

Tapi yang tak bestnya, disebabkan muka lebih matang daripada usia sebenar makanya semua panggil aku 'abang'. Mencinya, tapi lama kelamaan terpaksalah pasrah dan redha. Nak buat macam mana dah macam tu rupa aku. Sebenarnya banyak bazaar ramadhan kat sini tapi memang tiap-tiap tahun aku pergi bazaar yang sama sebabnya kualiti dan kebersihanya terjamin, memang dah kenal para perniaga disitu. Tapi tahun ni rasa tak best disebabkan oleh parking lot yang tak banyak disebabkan oleh berlakukanya proses pembesaran jalan raya maka bila lambat datang ke bazaar akan menyebabkan sesak di tambah lagi dengan sikap pemandu yang suka hati park tengah-tengah jalan macam dia seorang je nak pergi bazaar dan juga peragai mereka yang bangga dengan kereta berjenama mereka sambil drive sempat main jeling-jeling kat kita pulak tu, sah-sah memang aku jeling balik, kasi jeling maut punya. Dalam hati pun berkata, kau nak pi bazaar beli makanan atau nak bangga dengan kereta kau tu?. Yelah kita tak mampu nak beli kereta mahal-mahal.Itu salah satu sebab tak pergi bazaar setiap hari, tak dapat cuci mata. Hari ini tak tahu pergi bazaar ke tidak, kalau tak pergi bazaar memasaklah nampaknya.

Ramadhan kali ini pun single, maka tak adalah orang nak kejutkan sahur atau wish selamat berbuka puasa.  Jodoh belum sampai lagi, siapa yang single tu kita geng k, jangan sedih-sedih. Hahahaha. Marilah kita pergi bazaar dengan harapan bertemu jodoh disana. Jumpa lagi di lain entri.

Selamat berpuasa...

6 comments:

  1. Syukur la dipanggil abang ..kalau org panggil Kak Long .. acaner ..kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu maksudnya i dah kawin dengan abang Long dia. hahahahahaha.

      Delete
  2. Ok laa tu diaorang panggil ko abang..maunya diaorang panggil ko 'sayang'?erkkk

    Sekarang makanan dekat bazaar makin mahal..harga naik tapi portion mengecil :facepalm:

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada yang panggil sayang tapi di tempat lain. Mula-mula rasa terkedu juga, lama-lama dah biasa dah. Tahu tak pe memang mahal tapi kita malas nak masak. hehehe

      Delete
  3. Kte wish each other la berbuka and sahur lol..geng single katenye

    ReplyDelete
  4. Give me five!..hehehe. nak buat macam mana dah single...

    ReplyDelete