Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday 21 December 2016

Hey Awak.


Image result for guy photography


Hello and Hai.

Welcome back to my blog!. Malas nak taip sebab tengah kenyang gila perut banyak sangat makan eh perlu ke taip macam tu?.Hahaha. Kalau entry yang sebelum ni aku ada kongsikan kepada anda semua yang aku nak susah gila nak tidur malam kan.Jadinya beberapa blogger yang memberikan tips yang boleh aku amalkan. Abang Amir bagi tips supaya aku berpuasa yang macam abang Amir amalkan dan beliau ada tulis dekat blog dia. Abang Shin pulak suruh kita buat exercise sebelum tidur supaya dengan harapan senang tidur.

Aku mulakan dengan buat exercise sebelum tidur. Macam-macam jenis exercise sampai rasa penat. Lepas tu cuba pulak untuk berpuasa tapi tak sama cara berpuasa macam Abang Amir tu sebab aku cepat tergoda dengan makanan maka aku berpuasa macam kita berpuasa di Bulan Rmadhan tu. Jadinya kadang-kadang tu bila dah terhaus atau terlapar dan tertiba nak makan cepat-cepat ingatkan diri yang tengah berpuasa. Nasib baik dapat berpuasa.

Tapi masalahnya awak-awak sekalian, saya masih belum dapat tidur dengan lelap dan lena umpama baby. Satu kekurangan saya adalah saya tidak boleh membaca selepas jam 10 malam, kalau tak nanti esok sakit kepala dan mata. Jadinya bergoleklah atas katil dengar lagu, bermacam jenis surah yang dibaca sehinggalah terlelap sendiri tapi jam 5 pagi dah tesedar. Oh tidak! cepatnya pagi. Bila tidur tak cukup, memberikan kesan yang buruk kepada kulit, tak cantik langsung ok kulit walaupun pakai macam-macam produk, hehehe.

Dan satu malam tu, dengan tertiba aku dapat idea untuk tengok movie youtube kat handfon. Biasa tengok kat tab, tertiba berubah angin. Hasilnya, dapat tidur dengan amat lena sampai ke pagi, bila bangun freshnya rasa macam tidur seminggu tak bangun-bangun. Hahahaha. Jadinya setiap malam sebelum aku tidur aku akan tengok movie dulu sampailah aku rasa mengantuk. Biasanya aku tengok gay movie, lama gila tak tengok rindu pulak nak tengok tapi aku tengok gay movie yang sedih-sedihlah supaya cepat tidur. Hahaha.

Ok lah nak tengok The House Datuk Vida, jumpa lagi.

Sayonara!..mmmmuuaahhh sikit.



Friday 2 December 2016

B to the R to the A to the C to the E to the S = BRACES


Image result for men BRACES

Hello and Hai,


Hari Isnin yang lalu, 28/11/2016 aku ada appointment braces. Lepas breakfast semua aku siap-siap hampir jam 9 pagi baru aku bergerak. Dan nasib baik jalan tak sesak, pergh aman je aku rasa saat itu bagus juga budak cuti sekolah. Dah bayar parking rm 2 aku parklah kat tempat yang dekat bangunan klinik tak yah lah jalan banyak sangat. Aku tengok jam dah kul 9.06 pagi, aku pun jalanlah laju sikit dengan harapan dapatlah masuk awal nanti.

Bila aku sampai je sekali tengok pergh ramainya orang!, sesak jugalah dalam klinik. Biasanya kalau aku sampai time macam tu klinik baru je nak buka, tapi kali ini klinik buka awal agaknya. Aku malas nak duduk dalam, aku duk lah kat luar. Nasib baik sebelum aku pergi tu aku charge fon sampai penuh, aku bawa dua jenis buku, satu melayu satu english, aku bawak juga botol air untuk basahkan tekak nanti.





Lamalah juga aku nak menunggu sampaikan naik kebas kaki aku, aku pergi toilet, berjalan-jalan kat koridor tu. Baca buku sampaikan hampir habis tapi bagus jugalah sebabnya beli tahun lepas masih belum habis baca lagikan maka ada masa aku habiskan. Aku tengok jam hampir ke kul 10 pagi orang masih ramai lagi, macam tak bergerak je, nak tanya giliran aku lama ke tidak malas pulak aku nak gi tanya sebabnya tak rushing hari tu. Kalau lambat lagi aku gi window shopping dulu cuci mata tapi malas nak lak nak keluar.

Lebih kurang kul 11 pagi macam tu, giliran aku lak. Yeah! akhirnya sampai juga. Masuk dalam doc tengok gigi semua, so doc tukarkan dawai braces belah bawah tapi guna dawai yang nipis tak silap 0.25. Yang belah atas doc tak kacau mungkin sebab dah elok kot, elok ke?? Hahahaha. Bila tengok antara dawai atas dengan bawah, berbezanya sebab yang atas punya keras dan tebal bawah punya nipis. Hahahaha. Bayar semua sebelum balik rumah sempatlah juga aku pergi shopping kat bangunan sebelah klinik tu, Saja je cuci mata, ingat nak beli cd tapi tak buka pulak kedai. Dah puas merayau maka baliklah rumah, biasalah dekat town bila tengah hari kan sesak, nasib baik aku balik awal.

Bila lepas buat treatment agak payah sikit nak makan, sebab mulut rasa lain macam sikit. Hahahahaha. Tapi lama-lama back to normal. Makan nasi pun main telan sahaja tak kunyah banyak sangat, rasa ketat kat gigi.

Tadi tengah hari kan aku makanlah popcron yang dapat masa orang kahwin family aku pergi last week, tengah syok-syok makan sekali dengar bunyi 'krik' dalam mulut aku. Maka tahulah aku yang dawai aku dah bergerak, dawai belah bawahlak tu. Terdiam sekejap, terus tak makan lagi. Bila gosok gigi dawai tu bergerak-gerak, nasib baik belah kanan je yang gerak yang lain masih maintain je. Aku pun terlupa yang dawai aku ni jenis lembut sesuka hati aku makan benda keras. Sekarang ambik kau! dah bergerak dah dawai tu. Kalau sempat esok nak pergi klinik balik, kalau tak minggu seterusnya sebab doc gi umrah next week..hehehehe..

Itu sahaja je lah nak share..sekarang musim hujan baju tak kering lagi. Tempat korang hujan ke tidak?.

Sayonara.