Heart

Heart

Pages

Click Me

Monday 31 October 2016

Happy Birthday Carl Dani. 30 Oktober 2016


Image result for birthday wishes

Happy Birthday To You.
Happy Birthday To You.
Happy Birthday To You.
Happy Birthday Carl Dani.

Hello and Hai.

Semalam 30/10/2016 (Ahad) hari jadi carl dani, tak ada apa yang special pun. Semuanya sama macam hari biasa, aktiviti pun sama je macam biasa. Hujan berulang kali sampai ke malam. Untuk birthday tahun ni aku buat sendiri kek, pakai buat je nasib baik sedap walaupun rupannya tidaklah secantik mana pun. Hahahaha.


Coklat topping banyak sangat letak, first time buat. Ok lah tu, hentam sahajalah. Dah lah buat dalam keadaan hujan, petir sambung menyambung. Aku bukannya tak nak beli kek kat kedai ke apa tapi tak kena dengan selera aku dan bahan-bahan yang dicampurkan tu kadang-kadang memberikan alahan kepada aku.

Family aku nak belikan keklah macam-macam lagi tapi aku say no sebabnya membazirkan sahaja. Baik masak sendiri makan lagi kenyang puas hati. Hahahahaha.

Ucapan aku kepada diri sendiri adalah, semakin bertambah umur semakin bertambah awet muda, di murahkan dan dilimpahkan rezeki serta kesihatan. Di kurniakan akal fikiran yang cergas dan sihat sentiasa. Dan dijodohkan dengan orang yang dapat menerima kelemahan aku. Amin...

See you next time..sayonara...



Monday 24 October 2016

Cabaran : Mari minum itu air.






Hello and Hai,

Lama tak menulis dekat blog, rindunya. Nak tulis tapi sibuk dengan kerja yang lain maka hasrat tu terpendam jauh. Ok, hari ini nak sharekan kepada anda semua yang aku tengah buat cabaran kat diri sendiri. Saja je aku buat cabaran ni sebabnya aku cepat terlupa, so bila dah buat cabaran ni teringatlah kat dalam minda ni.

Kalau dulu aku memang minum air 4-5 liter sehari sebab dah biasa dari zaman sekolah. Bila dah pakai braces tahun lepas, aku dah jarang-jarang minum air. Kalau minum pun tak sampai 2 liter. Bila dah tak minum air banyak, kulit cepat kering, bibir pun dah pecah-pecah. Kalau setakat tu tak pe lah juga, ni timbul pulak jerawat, habis kecut satu tambah satu lagi. Dah tu lambat pulak bekas jerawat tu hilang.

Aku memang jenis ada jerawat tapi beberapa tahun yang lepas dah selesai dah masalah jerawat tu. Bila dah kena balik ni, aku terpikir sekejap apa yang aku lakukan dulu sampaikan jerawat susah nak  naik kat muka. Setelah banyak kali berfikir baru teringat, dulu minum air putih banyak-banyak. 

Maka daripada minggu lepas aku dah buat cabaran ni supaya aku tak terlupa nak minum. Aku akan cuba untuk minum 2 liter air setiap hari dan tengok kesannya. Kalau tak ada perubahan aku minum 3 liter air pulak.

Walaupun dah minum air banyak still urine warna kuning juga, mungkin sebab aku banyak sangat makan agaknya, tu yang keluar warna kuning. hehehe. Aku suka minum air waktu malam selepas makan tapi make sure sebelum sampai 9.30 lah takut nanti tak dapat tidur nak gi toilet je kerjanya.

Mula-mula tu agak kembung jugalah perut bila minum air banyak-banyak, bila dah biasa tak ada apa pun. Jarang-jarang gi toilet. Demi kesihatan kenalah juga.. hahahaha. Kau orang pun jangan lupa minum air masak banyak-banyak k tapi kena tahu berapa banyak yang kau orang kena minum dalam sehari yang bersamaan dengan berat badan korang. Boleh google untuk maklumat lanjut. Hahahaha.

Sampai sini sahaja sebab terkejarkan masa untuk benda lain. Jumpa lagi nanti..

Sayonara.