Heart

Heart

Pages

Click Me

Saturday 27 December 2014

Diari Plu 27/12/2014

Dear Dairy,

Al kisahnyakan pagi tadi aku pergi popular dekat jusco. Jusco baru buka ketika itu. Memang tak ramai orang dan macam biasa pak guard atau pekerja kat situ akan cakap selamat datang bila kau masuk dan terima kasih bila kau keluar samaada kau beli barang atau pun tidak. Itu dah jadi adat al maklumlah Jepun kan.

Bila dah sampai popular tu memang bertapa berjam2 pun tak pe sebabnya banyak buku yang matured boleh baca satu persatu daripada pelbagai jenis genre. Aku rasa adalah dalam setengah jam atau pun lebih aku bertapa. Dan aku mula bergerak ke rak buku2 novel melayu, dan secara spontanya aku ternampak seorang laki ni macam handsome je. Jadinya aku pun pandang dan aku nampak dia dengan bini dia kot. 

Si laki tengok apa entah dan sini bini pun g tengok novel. Dan aku dari rak belakang pergi ke rak depan nak tengok buku. Tapi tak sebaris dengan bini dia tu. Bila dia tengok aku pergi ke rak sebelah depan dia pun datang ke arah bini dia sambil panggil 'sayang'. Cara dia tu dapat aku baca yang dia macam ingat aku nak t bini dia. Dah lah kita orang pakai baju cardigan pulak tu nasib baik warna lain2. 

Aku dah perasan macan tu aku beralih kearah lain tengok novel english lak. Rasa nak ketawa pun ada. Dalam hati aku berkata 'saya tak nak mengurat bini abang tapi saya nak mengurat abng.' Nak kata handsome sangat biasa, suara serak2 basah. Sekali pandang macam hisyam hamid. Warna kulit pun seakan sama.

Itulah susahnya kalau aku dah dilahirkan dengam muka macho ni. Nak buat macammana. Patutlah orang tak berani nak mengurat aku. Hahahaha. Perasan betul engkau. Ok lah sampai sini sahaja ya. Cuaca kat tempat aku panas. Tempat kau orang macam mana?.



Sayonara....

Wednesday 24 December 2014

Diari Plu 24/12/2014

Dear Diary,

Hari ini di malam ni setelah penuh perut dengan makanan baru ada mood nak update blog. Rasanya semalam tak ada update apa_apa pun kan. Malam ini malam raya utuk mereka yang sambut hari natal. Dan kita yang tak sambut ni jangan nak mengatal nak sambut bagai. Tak salah pun kalau ambil gambar kat pokok berhias tu, tapi jangan gatal nak pakai topi bagai ok.

Aktiviti hari ini biasa je tak ada yang istimewa pun. Kecuali aku tengah mencari maklumat nak kuruskan bahagian perut. Mungkin sebabnya metabolism aku rendah kot. Tu yang bila makan banyak sikit terkumpul kat perut dah lah tahun ddpan nak wakil Malaysia masuk miss international queen 2015. Lau t yang jalan ke depan macam mana pulak tu kan. Habislah kena sambar dek petir nanti. Hahahaha. Tu lawak je bukan betul2.


Oh ye, semalam aku oergi jusco tau and aku ternampak satu jenis cup cake yang ada patung kat atas dia. Terus aku sambar je lah. Nampak macam sedap. Harga dia Rm 3.50. Ambik kau nasib baik sedap lau tak. Donut jusco tak sedap keras dan berperisa pun dah lama tak beli. Walaupun nmpak macam sedap je.

Ok lah sampai sini sahaja aku nak keluar jup di malam hari raya ini nak bayar hutang. Bye. Selamat malam semua. Jaga diari jangan nakal2 ok.



Monday 22 December 2014

Apabila lelaki tidak menutup aurat

Hello and hai.

Selamat hari Isnin semuanya dan selamat bekerja. Tinggal lagi berapa jam je nak balikkan. So sabar ok. Back to topic. Rasanya sejak awal tahun ini boleh dikatakan menjadi satu trend atau fenomena apabila kebanyakan lelaki memilih untuk mensasakan badan mereka. Maka penuhlah gym dengan lelaki untuk mensasakan badan mereka.




Tapi ok lah sekurangnya sedap juga mata memandangkan. Tapikan adalah juga yang baru start gym dah berlagak bagaikan dah lama bergym siap jalan berkepak ok. Pergh memang i tak suka, kau ingat kau gi shopping untuk bercatwalk ke siap jalan berkepak kalau buat masak madu pun best jugakan.




Itu satu hal, yang satu hal pulak bila badan dah sasa tu memang tayang badan lah jawabnya. Ada tu siap pakai boxer sahaja. Kau ghase?, kadang-kadang sedap juga mata memandang tapi kadang2 tu seksa tu bila dah selalu sangat tengok daripada geram tengok terus tak bernafsu nak tengok.




Majoritinya berdasarkan apa yang i tengok melayu dan cina bergitu ghairah mensasakan diri mereka. Memang berbezalah. Dan bila badan dah sasa memang show of lah kat public. Tapi agak2lah the berpada2 janganlah sampai pakai pakaian dalam sahaja.




Bukannya apa nanti mendatangkan dosa pada diri sendiri dan juga orang yang melihatnta seperti kami. Jadi berpada2lah bila nak tayangkan badan itu ok. Kalau nak tunjuk tunjuk kan semua kan senang. Ada ke yang berani nak tayangkan body tanpa urat benang?.

Sayonara....:-):-)

Friday 19 December 2014

Diari Plu

Dear Diary,

Ceriter semalam.


Hello and hai. Hari bangun pukul 6 oagi. Terus buat apa yang patut dan makan vitamin. Kemas rumah sikit2 sambil nak tunggu sampai pukul 8 pagi nak hantar kereta pergi bengkel ada masalah sikit. Nasib baik tak banyak kereta kat jalan raya mungkin sebab cuti sekolah agaknya.

Masa aku sampai kedai bengkel baru buka dan aku orang yang pertama lepas tu ada datang seorang lelaki cina, not bad handsome juga. Sempat mata mengatal tengok kat dia, rasanya kerja insurance daripada segi pernampilan dia tu.

Tinggalkab kereta rgi beli makan kat bawah pokok ketapang berhampiran dengan kastam. Masa nak tunggu makcik tu kira makan, datang seorang abang ni kerja badan berunifom tapi tak pasti apa. ada segi muka biasa je tapi bila tengok bumper dia pergh pejalnya. Macam nak raba je. Rasanya dah kahwin tengok muka dan yang aku pasti bukah gay.

Kalau gay kita akan dapatkan rasa getaran dia macam manakan. Yang ini aku rasa laki tulen. Geram tengok, belum tengok bird dia lagi macam manakan. Mesti seksi lau naked. Sempat bayangkan. Gedik.

Dah siap kerja rumah semua keluar sekejap nak pergi hidupkan insurance, handsome pulak uncle yang kerja kat situ. Aku insurance takaful. Service cepat dan dapat cuci mata tengok uncle tadi. Tak pasti dia orng mana sebabnya nama dia ada Yang.

Itu sahaja untuk semalam.


Wednesday 17 December 2014

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Pada malam ni rasa gelisah bagaikan ada yang tak kena susah untuk diungkapkan adakah kerana ramai teman2 ku ingin tamatkan zaman bujang menyebabkan aku rasa akan kehilangan mereka atau apa pun aku tak tahu.

Apa yang pasti aku rasa kosong, kosong sangat walaupun dah macam cara aku lakukan dengan pelbagai aktiviti. Dah banyak buku aku beli sampaikan terpaksa letak seoaruh dalam almari baju. Biasalah dah hujung tahun ni kan banyak sale. Lagi2 ada tu buy 1 free 1, dan aku jenis yang pantang nampak buku murah memang aku rembet je.

Hari tu aku nak beli novel klasik tulisan Jane Austin, Emma tapi tak jadi beli pun dan nak dikatakan rezeki aku masa ahad lepas aku gi popular dan ternampak buku tu ada sale, buy 1 free 1. Mahu tak happy aku. Rasa macam nak melompat pun ada. 

Pada masa tu juga aku terpikat dengan seorang uncle ni aku rasa umur dia dah 30 lebih kot tapi handsome penuh dengan karisma dan personaliti yang sangat menarik sampaikan aku yang tertarik tengok kat empunya diri. Tapikan dia macam dapat rasakan yang aku tengok dialah.

Atau pun just aku je yang rasa macam tu je. Nampak sangat yang aku ni teast pada yang berusia. Pada hal ada je yang muda berlambak tapi satu pun tak menarik perhatian aku. Just pandang macam tu je tak ada pun dok usha macam uncle tu.

Bila keluar hari ahad mesti banyak couple yang date tak kira yang lurus atau bengkok pun ada. Dan aku macam biasalah tak ada orang nak mengurat pun. Muka aku ni memang jenis muka straight atau pun muka tak ada perasaan agaknya. Adalah juga aku bagi clue sikit pada kawan2 ku yana aku ni gay tapi diaorang macam tak perasan dan buat tak tahu atau pun dia orang diam je sebab malas nak tanya???. Entah semuanya ada pada mereka segala jawapan di atas persoalan aku tadi.

Ketika aku menulis entri ini aku sedang mendengar lagu raya kat youtube dengan mengunakan earfon. Memang kau ang akan rasa pelik dengan aku tapi itulah aku apa lagi nak dikatakan. Kadang2 bila kita dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati atau pun perasaan secara semulajadinya kita akan rasa tenang dan ringan seolah-olah satu bebanan kita dah hilang.

Dan membuatkan mata aku rasa mengantuk untuk tidur. Merehatkan minda dan badan agar esok dapat melalui seharian dengan positife. Ok selamat malam. 

Sayonara..

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Hello and Hai, hari bangun pagi pukul 5.50 pagi tapi bermalas malasan atas katil pukul 6 pagi baru bangun. Dah kemas katil semua baru pergi dapur makan kolegen yang hari tu beli. Nak kata ada perubahan pada kulit tak berapa sangat tapi lebih kepada tenaga. Buat kerja banyak pun tak rasa sangat penat pun.

Dah siap semua baru pergi beli breakfast tempat biasa, makcik tepi jalan, tapi aku beli kuih sahaja tak selera nak makan. Dah siap makan semua barulah bermula aktiviti harian aku. Rendam baju, menyapu dalam dan luar rumah. Dah siap semua baru aku masuk dapur siapkan bahan yang patut untuk masak lunch nanti. Aku hari ini masak sambal telur rebus dengan sup ayam.

Pukul 11 lebih baru aku mandi. Lepas mandi terus aku masak nasi sambil tunggu nasi masak aku sempat tengok youtube sekejap. Lepas tu terus makan, agak pedas sikit sambal hari ini kena betulkan sikit rasa tu, biasa tak pedas, kurang gula agaknya.

Semalam rasa agak geram dengan astro, tengah syok tengok movie kat 702 saja tangan gatal nak tukar 104, lepas tu tengok lah apa rancangan selepas meleTop, sekali tengok facing up with Fazura. Aku punya excited tak payah ceriter lahkan aku kan kipas susah mati si fazura yang adik bongsu dia comel cute tu tapi dah ada gf tu kan. Tak silap dia tunjuk pukul 10.30 p.m, ok tak pe kita tengok dulu movie, pukul 10.30 p.m tukar ke 104 sekali muncul di sebalik tabir karipap sesat kat peris tu. Perh, terbakar aku. Nasib baik hero movie tu handsome. Terus aku membuta lagi baik.

Cuaca hari ni macam mendung je. Pagi tadi ada hujan sikit sahaja tak lebat. Tahun ni rasa berbeza dengan tahun sebelum ini di mana tahun lepas cuaca agak sejuk tak payah nak bukak kipas tapi tahun ni macam hari biasa je.

Ini sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.

Monday 15 December 2014

Hilang seakan mati.



Pokok beralun kekiri dan kanan dengan lembu.
Bila disapa oleh sang angin.
Bergerak seakan berirama.
Membuatkan ia sebagai satu persembahan.

Resah dihati ia bergelora.
Mana ingin di cari penawar.
Kalau perut bergelora.
Senang membuat penawarnya.

Matahari galak bersinar.
Menerangi seisi alam.
Pergilah gelap pergilah.
Hari ini aku yang punya.

Di dengar lain di lihat lain.
Itulah resam adat bercinta.
Bukan cemburu tapi berhati-hati.
Kalau begitu lebih baik sendiri.

Hidup umpama nakoda.
Sentiasa ada pasang surut.
Perkahwinan satu perjudian.
Kalau kahwin dengan yang salah.


Friday 12 December 2014

Dulu

Ketika dulu aku pernah ke sini.
Sewaktu aku masih mentah.
Dulu tempatnya tenang.
Tidak seperti sekarang.



Setiap sudut dan pandangan.
Sentiasa segar dan hijau di dalam ingatan.
Tidak di duga
Kembali kesini.



Satu saat kaki melangkah pergi.
Kini aku memijak tempat yang sama.
Udara yang sama tidak berubah.
Walaupun hanya tinggal kenangan.



Ketika dulu hidup tidak adil.
Itu yang selalu aku ungkapkan.
Namun kini tidak sama.
Pengalaman mematangkan kita.



Seboleh mungkin ingin melangkah.
Tanpa berfikir panjang.
Kembali juga ke tempat sama.
Akhirnya tetap begitu.



Bersabar dan bersabar.
Tidak kena tidak tahu.
Susah untuk berkata.
Diam membisu itu perlu.

Ketika saat dan waktu.
Bila masa harus pulang.
Tempat ini tempat abadi.
Lambat cepat kembali juga.


Monday 8 December 2014

kehidupan

Kadang-kadang dalam kehidupan tiada nokhta
Ada masa sedih ada masa gembira
Rasa penat jemu bosan tiada perasaan
Bila hidup tiada rasa
Hanya ada kosong dan kosong dan kosong
Tiada keindahan seindah bunga sakura
Yang kembang dan gugur pada masanya
Membuatkan manusia teruja melihatnya
Bila tiada rasa dan keserasian
Semuanya kosong putih
Tiada warna yang melingkari setiap waktu
Yang hanya ada tiada rasa
Bagaikan hidup tiada matlamat
Umpama hidup tapi tidak bernyawa
Ingin aku pergi tapi kemana?
aku pergi tapi inikah jalanya?
membuatkan fikir dan fikir
Akhirnya aku disini juga
Aku tidak pergi tidak semestinya aku masih disini
Biarkan khyalan aku pergi melayang
Mengikut nyayian angin di atas sana
Biarkan jasad aku kaku disini
Ingin di luah terasa serba salah
Bila di pendam aku yang gelisah
Kepala bagaikan nak pecah
Terasa urat di kepala berdenyut setiap saat
Buatkan aku diam membisu
Cuba menahan sakit tidak terpalang
Tiada yang mengerti bila tak mengalami
Hidup selagi bernafas.