Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 17 December 2014

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Pada malam ni rasa gelisah bagaikan ada yang tak kena susah untuk diungkapkan adakah kerana ramai teman2 ku ingin tamatkan zaman bujang menyebabkan aku rasa akan kehilangan mereka atau apa pun aku tak tahu.

Apa yang pasti aku rasa kosong, kosong sangat walaupun dah macam cara aku lakukan dengan pelbagai aktiviti. Dah banyak buku aku beli sampaikan terpaksa letak seoaruh dalam almari baju. Biasalah dah hujung tahun ni kan banyak sale. Lagi2 ada tu buy 1 free 1, dan aku jenis yang pantang nampak buku murah memang aku rembet je.

Hari tu aku nak beli novel klasik tulisan Jane Austin, Emma tapi tak jadi beli pun dan nak dikatakan rezeki aku masa ahad lepas aku gi popular dan ternampak buku tu ada sale, buy 1 free 1. Mahu tak happy aku. Rasa macam nak melompat pun ada. 

Pada masa tu juga aku terpikat dengan seorang uncle ni aku rasa umur dia dah 30 lebih kot tapi handsome penuh dengan karisma dan personaliti yang sangat menarik sampaikan aku yang tertarik tengok kat empunya diri. Tapikan dia macam dapat rasakan yang aku tengok dialah.

Atau pun just aku je yang rasa macam tu je. Nampak sangat yang aku ni teast pada yang berusia. Pada hal ada je yang muda berlambak tapi satu pun tak menarik perhatian aku. Just pandang macam tu je tak ada pun dok usha macam uncle tu.

Bila keluar hari ahad mesti banyak couple yang date tak kira yang lurus atau bengkok pun ada. Dan aku macam biasalah tak ada orang nak mengurat pun. Muka aku ni memang jenis muka straight atau pun muka tak ada perasaan agaknya. Adalah juga aku bagi clue sikit pada kawan2 ku yana aku ni gay tapi diaorang macam tak perasan dan buat tak tahu atau pun dia orang diam je sebab malas nak tanya???. Entah semuanya ada pada mereka segala jawapan di atas persoalan aku tadi.

Ketika aku menulis entri ini aku sedang mendengar lagu raya kat youtube dengan mengunakan earfon. Memang kau ang akan rasa pelik dengan aku tapi itulah aku apa lagi nak dikatakan. Kadang2 bila kita dapat luahkan apa yang terpendam dalam hati atau pun perasaan secara semulajadinya kita akan rasa tenang dan ringan seolah-olah satu bebanan kita dah hilang.

Dan membuatkan mata aku rasa mengantuk untuk tidur. Merehatkan minda dan badan agar esok dapat melalui seharian dengan positife. Ok selamat malam. 

Sayonara..

No comments:

Post a Comment