Heart

Heart

Pages

Click Me

Wednesday, 17 December 2014

Diari Plu 17/12/2014

Dear Diary,

Hello and Hai, hari bangun pagi pukul 5.50 pagi tapi bermalas malasan atas katil pukul 6 pagi baru bangun. Dah kemas katil semua baru pergi dapur makan kolegen yang hari tu beli. Nak kata ada perubahan pada kulit tak berapa sangat tapi lebih kepada tenaga. Buat kerja banyak pun tak rasa sangat penat pun.

Dah siap semua baru pergi beli breakfast tempat biasa, makcik tepi jalan, tapi aku beli kuih sahaja tak selera nak makan. Dah siap makan semua barulah bermula aktiviti harian aku. Rendam baju, menyapu dalam dan luar rumah. Dah siap semua baru aku masuk dapur siapkan bahan yang patut untuk masak lunch nanti. Aku hari ini masak sambal telur rebus dengan sup ayam.

Pukul 11 lebih baru aku mandi. Lepas mandi terus aku masak nasi sambil tunggu nasi masak aku sempat tengok youtube sekejap. Lepas tu terus makan, agak pedas sikit sambal hari ini kena betulkan sikit rasa tu, biasa tak pedas, kurang gula agaknya.

Semalam rasa agak geram dengan astro, tengah syok tengok movie kat 702 saja tangan gatal nak tukar 104, lepas tu tengok lah apa rancangan selepas meleTop, sekali tengok facing up with Fazura. Aku punya excited tak payah ceriter lahkan aku kan kipas susah mati si fazura yang adik bongsu dia comel cute tu tapi dah ada gf tu kan. Tak silap dia tunjuk pukul 10.30 p.m, ok tak pe kita tengok dulu movie, pukul 10.30 p.m tukar ke 104 sekali muncul di sebalik tabir karipap sesat kat peris tu. Perh, terbakar aku. Nasib baik hero movie tu handsome. Terus aku membuta lagi baik.

Cuaca hari ni macam mendung je. Pagi tadi ada hujan sikit sahaja tak lebat. Tahun ni rasa berbeza dengan tahun sebelum ini di mana tahun lepas cuaca agak sejuk tak payah nak bukak kipas tapi tahun ni macam hari biasa je.

Ini sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment