Heart

Heart

Pages

Click Me

Thursday 29 January 2015

Rasa


Rasa marah
Rasa benci
Rasa kecewa
Rasa tidak di hargai

Rasa patah hati
Rasa di tinggalkan
Rasa sakit
Rasa penat

Rasa gembira
Rasa di miliki
Rasa disayangi
Rasa bahagia

Rasa kosong
Rasa gelap
Rasa keseorangan
Rasa sehingga tiada rasa

Rasa cinta
Rasa rindu
Rasa manis
Rasa perit

Rasa pelbagai rasa
Ragam pelbagai ragam
Lain orang berbeza
Kerana kita manusia biasa

Wednesday 28 January 2015

Diari Plu 28/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai!. Hari ini dah hari rabu dan esok dah pun khamis. Semalam tidur lambat, hampir pukul 12 tengah malam baru tidur. Zaman sekolah dulu pukul 10 dah tidur, sejak dah masuk angka 20 ini dah makin lambat tidur. Banyak tanggungjawab yang kena laksanakan. Semalam tidur lambat sebabnya stalker blog 'blogger sado' tu yang lambat tidor. Nasib baik pagi tadi sebelum kul 6 dah bangun.

Bila bangun tidor pagi tadi kalau di ikutkan perasaan ni memang aku nak on laptop baca blog 'blogger sado' tu bila difikirkan bibik hari ini tak ada maka terpaksalah lupakan hasrat itu.Pergh! Berangan gila anak siapalah ni, memang katakan 'tidak' pada bibik. Tak berapa suka sangat kalau ada orang luar kat rumah. Masa akan datang tak tahu. Hehehe. Kena beli breakfast, dah siap makan kemas rumah, lepas tu basuh baju nasib baik sikit je dah lah kena basuh pakai tangan, memang pantang keluarga ku kalau pakai mesin basuh sebabnya nanti baju rosak. Penat sangat. Dah siap basuh baju teruslah sidai nanti cepat kering. Lepas tu menyapu daun-daun kat depan rumah dengan pokok tumbang bagai kena uruskan semua. Dah siap barulah siram semua pokok bunga.

Dah siap semua kerja rumah, berlari masuk dapur pulak untuk masak, menu hari ini ikan bawal masak sweet sour, satu jenis je. Nanti family balik petang boleh makan. Nasib baik satu menu je, lepas tu baru mandi. Dah lepas makan apa lagi bukak blog jer lah, terus pergi blog 'blogger sado'. Sambil taip entry ni sambil baca blog dia dan blog yang lain. Hehehe.

Sangat gedik hari ini. Bukan selalu pun, anggap sahaja ini salah satu terapi nak release tension. Hahahaha. Bila baca blog si dia tu, dahi aku mesti berkerut sebabnya dia suka singkatkan perkataan baik melayu atau pun english. Daripada gaya penulisan tak nampak dia tu bengkok, nampak macam lurus je. Mungkin itu cara orang sado tulis blog kot. Hehehe. Tertiba lak. Boleh macam tu.

Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri untuk menulis termasuk saya. Awak-awak yang tengah baca ni, ok ke tidak cara saya menulis ini?. Hehehe. Gedik! Rasanya samapi sini je lah untuk hari ini.

Sayonara.

Tuesday 27 January 2015

Diari Plu 27/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai!. Dah berapa hari tak update blog, rasa rindu sangat. Hari ini hari selasa dan kita semua dah hampir sampai ke penghujung bulan Januari untuk tahun 2015 dalam masa beberapa hari lagi sahaja.

Setiap kali nak buat entry baru mesti rasa mengantuk datang dengan tiba-tiba baik waktu tengah hari mahupun malam. Maka akan bertangguhlah jawabnya tapi stalker blog orang lain boleh pulok tak mengantuk. Macam-macam hal. Hehehe. Oh ya, semalam waktu malam sebelum tidur dapat baca satu blog baru, bila di mana saya stalker blog-blog yang ada dan tengok mereka yang komen, maka berkenan kat satu blogger yang komen itu, maka pergilah jenguk sekejap. Nampak best je, tapi kena baca dari awal blog tu sebabnya tak tahu hujung pangkal ceriter blogger tersebut.

Kalau tak silap semalam, blogger tu dah active dari tahun 2011, baca yang kena baca. Yang membuatkan saya tertariknya bila tengok gambar profile blogger tersebut walaupun cuma nampak badan sahaja, sado sangat. Saya suka saya suka! Gedik sangat...Bukannya dia tahu pun kan atau mungkin juga dia akan tahu nanti. Cewah. Kita tunggu dan lihat sahaja ye.

Lepas taip entry ini nak pergi baca blog dia sekejap sebelum tidor. Hehehe. Sebenarnya dalam pada aku taip ni sempat juga baca blog dia. Blog dia ada lagu rupanya sebab semalam baca kat tab, ni bukak kat laptop baru tahu ada lagu, best pulak lagu yang ada. Comel sangat. Rasa macam sebak pun ada baca setiap kata yang dia taip kat setiap entry dia tu. Terasa diri ini tidak keseorangan di dalam menghadapi kehidupan dan terasa diri ini sangat beruntung dan bernasib baik daripada 'dia'.

Setiap orang ada kisah yang tersendiri dan masalahnya, semoga kita semua mampu melaluinya dengan penuh keberanian, semangat yang tinggi dan sentiasa berfikiran positive di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Itu sahaja untuk hari ini...Sayonara.


Saturday 24 January 2015

Lumrah


Kadang-kadang kita rasa yang kita ini
Lebih baik dari yang lain
Lebih bagus dari dia
Lebih sempurna dari mereka
Lebih special dari yang lain
Lebih bahagia dari yang lain
Lebih berharga daripada yang lain
Lebih berkuasa dari yang lain
Lebih berpengaruh dari yang lain
Namun kita tak sedar
Kerana kita tidak melihat diri sendiri
Di dalam sebuah cermin
Yang mengambarkan
Setiap inci diri kita
Tiada penipuaan dan pendustaan
Sentiasa jujur dengan apanya
Apa yang ada itu yang muncul
Yang kadang-kadang kita terlupa
Ada yang lebih daripada kita
Dengan adanya kekurangan dan kelebihan
Itulah namanya manusia
Sentiasa membuat kesilapan
Keegoan yang tinggi
Yang terlalu mendabik dada
Sehingga tidak melihat yang lain
Semuanya seakan tidak berharga
Manusia oh manusia.


Thursday 22 January 2015

Diari Plu 22/01/2015

Dear Diary,

Hari Isnin, 19/01/2015.

Hello and Hai, hari ini hari Isnin permulaan hari untuk minggu yang baru. Angin sentiasa meniup kencang sampaikan ke petang dan menyebabkan habuk masuk ke dalam rumah walaupun dah banyak kali bersihkan.

Aktiviti hari ini macam biasa je tak adalah yang luar bias. Rasa malas pulak nak buat kerja. Aduh sangat melemahkan bila malas ada dalaam diri ini. Walaupun malas namun aku gagahkan dan rajinkan diri juga untuk buat kek coklat. Sebabnya dah lama nak buat tapi asyik tangguhkan mahu tak rosak butter keluar masuk peti ais tapi tak buat kek.

Waktu petang lepas dah lunch terus buat kek sambil mengemas sikit almari baju dan buat apa yang patut. Dah siap semua barulah dapat tidur sekejap pun jadikan. Bercerita tentang AJL ni aku suka tengok persembahan stacy, nampak gegirl sangat dan juga sweet, lain daripada yang biasa dia buat selama ini.




Hari Selasa, 20/01/2015.

Hari ini Selasa dan juga birthday abang aku yang sama date dengan anak tiri datuk siti. Kelas kau Jah!!. Hari ini makan terlalu banyak sampaikan kekenyangan. Macam-macam yang aku makan dan juga sempat aku goreng keropok inang-inang atau nama lain dia aku dah lupa. Hahaha. Macam biasa aku suka makan je nama betul makanan aku tak tahu.

Jadinya dinner aku malam ini adalah pizza beli sampai tiga nasib baik habis dah lah beli yang large, last-last aku juga yang habiskan. Ada juga kfc, kentang semuanya. Walaupun birthday tapi tak ada cake. Dah tua bangka tak makan kek dah semuanya.

Nasib keluar rumah awal untuk beli kalau tak pukul 9 lebih baru dapat makan, lagi2 kfc tu sistem dia teruk sangat lah. Lain dari kfc yang lain. Entah macam mana pihak atasan dia bagi arahan dan tidak memantau pun anak buah dia buat kerja. Aku dah malas nak jejak kaki kat situ yang aku pergi beli pizza anang aku pergk beli kfc.

Dah makan banyak ni memang tidur je lah tak sempat nak buat push up sebelum tidur. Bukan selalu pun kan break the rule. Sejak dua menjak ni memang nafsu makan macam sukar nak kawallah, kalau beterusan macam ni memang gemuk lah aku balik macam dulu.





Hari Rabu, 21/01/2015.

Hello and hai, kembali bersiaran lagi. Hari ini hari rabu dan banyak betul kerja nak kena buat. Nak kemas kawasan luaran rumah dan juga taman bunga yang dah lama aku tak sentuh disebabkan oleh kesibukan diri yang melanda. Masih tengah kemas pokok, maka datanglah abang handsome untuk betukkan tayar kereta abang aku, rasanya terkena paku. So sweet abang tu, sopan sangat bukan senang nak cari, nasib baik i tak tergoda.

Dah selesai satu kes, sambil kemas tu datanglah pulak abang tm, sebabnya telefon dan wifi tm tak bolah pakai. Terbaiklah service dia orang, baru beberapa jam complain dah datang. Siap terus pasang baru wayar, sebabnya aku duduk kawasan kampung mungkin wayar tersebut kena gigit dengan binatang ke apa ke kan. Berpeluh abang tu panjat. Nasib baik ada dua orang lagi cepat habiskan.

Sebenarnya not bad juga dua-dua tu, cewah nampak sangat mengedik. Saja nak bermanja bagaI. Akhirnya dapat juga aku pakai wifi dengan lajunya.Yeah! Dah selesai satu per satu masalah. Aku teruskan lagi kerja. Sambil buat kerja tu, rasa macam ada habuk masuk mata, so aku bersihkanlah tapi masih sakit lagi. Berairlah juga mata aku, dan aku bila sakit mata mesti tak merah. Mata tak boleh buka sebabnya bila buka mesti sakit, jadinya aku tutup je.

Terpaksalah guna mata kanan sahaja dah lah rabun pakai sebelah pulak tu kan. Hehehe. Tulah tadi mengedik tengok laki kan dah sakit mata tu. Risau sangat terus pergi klinik, doc cakap akit mata. Agak legalah jugakan bila dah letak antibiotic eye drop. Walaupun rasa pedih namun baik untuk mata, kena tahan sikit, satu lagi ubat adalah ubat alahan take once a day in mornig.


Bila dah makan rasa ok dah. Dah boleh buat kerja sikit, nasib baik tak teruk dan cepat pergi jumpa doc kan. Hehehehe.


Dari kerana mata, oh aku tergoda,
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata.



-sayonara-



Monday 19 January 2015

Takut



Kadang-kadang rasa takut untuk melangkah,
Pergi ke situ dengan beribu kali fikir,
takut terluka tersakiti terasing,
pedihnya masih terasa umpama pasir bercampur darah.

Takut kerna tahu diri ini tidak kuat,
mudah berhati hati tapi mudah bangkit,
takut sekiranya itu bukan yang terbaik,
harus akur tiada yang sempurna di dunia.

Rasa takut akan benda yang tidak pasti,
bukan takut tapi berhati-hati,
sehingga diri ini sentiasa di perhatikan,
jika itu yang di mahukan.

Takut nanti air mata ini kembali menghiasi,
mengalir lesu di wajah,
terkenang benda yang lepas,
tersusun menjadi sejarah purba.

Menjadi hiburan dengam takut,
tanpanya pasti tidak seindah hidup,
dari takut menjadikan pendoman,
dari ia menjadikan pengajaran

"peluklah aku jika terkenang semua yang kau idamkan"
-ternyata dia bukan milik ku-
-masih jelas ayat itu hingga kini-
-doaku sentiasa untukmu disana-



Thursday 15 January 2015

Kita tidak bersendirian.

Hello and Hai.

Selamat hari khamis dan selamat menjamu selera. Dah lunch belum?. Saya baru lepas lunch terus nak update blog.

Sewaktu aku tahu yang aku ini bukan seperti lelaki normal yang lain, rasa macam terasing sangat. Sebabnya masa tu cuma fikir hanya aku seorang je yang mengalami masalah ini rupa-rupannya ramai yang mengalami masalah seperti aku. Sewaktu zaman sekolah memang aku tak tahu apa itu plu, gay, top, bottom, bisexual dan lain-lainnya.

Masa zaman sekolah aku ada seorang kawan ini, aku namakan dia sebagai Z. Dia ni jenis yang suka pergo cybercafe lepas balik sekolah sebab masa dulu manalah adanya line internet macam sekarang ni yang berlambak pelbagai promosi bagai. Dari dialah aku tahu apa itu gay, top, bottom dan bisexual. Walaupun dia terangkan agak panjang lebar, aku masih blur lagi sebabnya aku macam culture shock. Dan lagi bertambah terkejut bila dia kata dia bisexual, terus aku tengok dia atas bawah. Amboi tak padan. Tak sangka lak aku yang dia bisexual.

Selain itu, daripada dia juga aku dapat tahu kawan-kawan sekelas aku yang terutamanya melayu pergi cybercafe sebab tengok porn denagan dia sekali join. Begitu excited dia beri gambaran kat aku dan aku memang blur sebabnya tak pernah pornkan masa zaman sekolah. Dan bila aku tahu yang kawan-kawan sekelas aku ramai yang tengok porn, pandangan aku pada mereka terus berubah, patutlah bila tengok pelajar perempuan mereka macam ghairah dan something daripada cara pandangan mereka. Dan bila berborak dengan kawan-kawan laki, dia orang tak segan pun cakap yang dia orang tak ada teruna lagi. Apabila kawan sekelas aku yang aku suka cakap dia pun tak teruna lagi aku terus glup!. Tapi itu yang dia orang nak kan, kemahuan dan kehendak masing-masing kita tak boleh nak kawal, sedangkan diri sendiri pun tidak terkawal.

Bagi aku itu hal personal mereka, asalakan mereka rasa gembira dengan apa yang mereka lakukan dan tahu apa yang mereka lakukan. Bila dah dapat tahu tentang hal itu, aku memandang mereka pada sisi yang berbeza daripada aku melihat kawan yang lain. Biasalah zaman sekolah menengah semua benda baru nak cuba, hormon tengah meningkat dan merembas ketika itukan. Jadinya macam-macam perkara baru yang terjadi didalam kehidupan seharian remaja.

Berkawan dengan teman sama spesis.

Masa zaman sekolah aku ada dua kawan yang sangat rapat sampaikan kita orang bertiga dah di cop sebagai kembar bertiga walaupun berbeza kelas. Cuma bersama waktu rehat, pendidikan jasmani, kelas agama hafazan. Memang akan duduk bertiga di meja yang sama.

Aku mula mengenali As sewaktu minggu sual kenal dan sejak dari situ kita orang memang rapat sangat. Kemana mesti berdua sebabnya masa ni aku belum kenal lagi dengan si Z. Rasa sangat best sebabnya kita ada kawan yang sama jenis dengan kita, suka tengok abam-abam senior yang macho-macho. Yang paling best bila tengok dia orang tukar baju depan-depan rasa nak tercabut jantung ni. Siapa tak suka bila tengok free show kan, dia orang walaupun senior tapi open minded. Baik cina, melayu, mat salih, india semuanya sama. Kadang-kadang tu tengok dia orang dengan boxer je dan semestinya mata fokus kat bahagian tu, faham-faham sendiri sudah.

As ni masa zaman sekolah memang popular sangat, semua kenal dengan dia termasuk senior. Bila dah berkawan dengan dia, rasalah juga tempias popular dia. Dia sangat aktive dalam sukan dan kebudayaan. Jadinya memang banyak kawan dia baik lelaki mahupun perempuan, namun dia tetap selalu dengan aku walaupun dia sibuk dengan aktiviti dia. Dia bukan jenis yang lupa kawan, kalau dia tak suka dia akan cakap depan-depan begitu juga dengan aku. Namun begitu ada jugalah segelinter yang tak suka melihat kita orang bahagia dan hampir-hampir juga hubungan kami nak putus di sebabkan mulut manusia namun bila kita ikhlas dan jujur dakam semua benda, hubungan persahabatan itu tetap juga terus utuh sampai sekarang ini. Mungkin kami dikelilingi oleh kawan-kawan yang sentiasa memberi pandangan dan nasihat semasa kami berperang dulu.

Namun dia terpaksa juga berpisah dengan aku sebabnya dia kena berpindah ke tempat lain. Masa tu aku rasa macam kosong sangat. Selalunya kami berkongsi minat yang sama dan sentiasa bersama. Bila dia tak ada tu rasa macam tak ceria hidup aku, sebabnya mulut dialah yang paling bising sekali kalau pergi kemana-mana pun termasuk tandas bergema suara dia. Kali terakhir kami berjumpa pun pada tahun 2007, dan sampai sekarang aku belum jumpa dia lagi. Dan nasib baik zaman dah ada wechat dapatlah chat sepuas-puasnya namun tak sama juga bila bertentangan mata. Dan aku agak terkejutlah juga walaupun sedikit bila aku tengok wechat dia, yang dia bertukar ke shemale, nasib baik cantik kalau tak memang aku kutuk dia kawa-kaw. Itu yang dia inginkan daripada zaman sekolah lagi. Dan bila aku ada masalah percintaan dengan plu dia lah sahabat yang sentiasa ada ketika aku susah mahu pun senang.

Aku mula kenal dengan Z, bila As kenalkan kepada aku. Namun hubungan aku dengan Z tidaklah seakrab macam As. Tapi aku bersyukurlah juga sebabnya ada kawan kan. Tapi aku berhati-hati bila berkawan dengan Z sebabnya aku rasa macam ada something dan tidak elok pulak aku buka aib dia kat sini. Biarlah hanya aku dengan As sahaja yang tahu. Dengan Z memang selalu jumpa dan dia juga dapat tengok perubahan aku daripada teddy bear sampai dah jadi sekeping macam sekarang ni. Cuma As je tak tahu perubahan yang terjadi dengan aku sebabnya aku nak bagi surprise kat dia nanti.

Si Z ni kadang-kadang dia macam pelik sikit peragai dia, macam diva pun tu sebabnya aku dengan As panggil dia medel victoris secret. Memang sesuai sangat dan kena dengan dia tu. Kadang-kadang rasa best pun ada sebabnya ada kawan macam dia, terhiburlah juga dan boleh dijadikan bahan mengumpat. Tiap kali raya mesti minta maaf tapi buat lagi.

Bila kawan perempuan tahu tentang rahsia aku.

Setahu aku yang tahu aku ni sonsang cuma 2 orang je kawan aku yang tahu. Tu pun yang paling rapat sangat, 24 jam bermesej dulu bermesej sekarang ni berchat je. Sebenarnya aku tak bagi tahu pun yang aku ni songsang tapi naluri dia orang dapat menekanya. Bila dia orang tanya 'kau suka lelaki ke'? terus aku kata ya. Dan mereka boleh menerima kelemahan aku dengan hati yang terbuka. Rasa macam lega sangat sebabnya depan dia orang dah payah nak control bagai. Kadang-kadang tu sama-sama cuci mata tengok anak ikan. Hehehe.

Walaupun macam tu, dia orang still bagi aku nasihat supaya cari jalan yang lurus. Dan berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku amat menghargai nasihat mereka sebagai sahabat yang sentiasa disisi aku. Dia orang tak kisah bila kita orang berkongsi ceriter pelbagai ceriter termasuk lah juga lelaki. Cewah! Memang ada masanya kita orang tergdeik-gedik dalam chat bila talk about men. Bila masing-masing dah habis belajar dan bakal jadi bini orang, terus terang aku katakan yang aku agak sedih dan beremosi sikit. Tapi pada masa yang sama aku still happy juga untuk dia orang, walaupun sesibuk macam mana dengan kekasih, aku dengan mereka masih lagi dapat berbalas chat walaupun cuma sekejap tapi sekurang-kurangnya ada daripada tak ada kan.

Bila masing-masing dah bertunang, semestinya aku dapat pertanyaan cepu emas 'bila turn kau'?. Aku cuma cakap biar kau orang yang tunang dan kahwin dulu, aku lelaki tak pe kahwin lambat. Tahun ramai member sekolah dan kolej akan berkahwin, rasa macam semalam je kenal dengan mereka dan cepatnya masa berlalu. Masing-masing dah tua bangka dah tapi peragai kami still macam budak-budak.

Melalui Blog.

Aku mula membaca blog ketika umur aku 18 tahun, dimana kat rumah baru ada broadband celcome dan baru tahu lebih banyak tentang apa yang ada kat internet. Sangat excited mengunakan google. Rasanya dulu blog gay/plu memang tak banyak mana pun tak macam sekarang pelbagai blog dengan pelbagai jenis semuanya ada. Daripada situ, aku lebih tahu dan mengenali tentang dunia songsang ini.

Bila aku baca satu persatu blog aku dapat rasakan yang aku tidak keseorangan dalam menghadapi konflik ini, rupanya ada insan yang sama dengan aku. Dan aku amat bersyukur sebabnya nasib aku lebih baik daripada mereka. Dari blog juga, aku belajar pelbagai perkara tentang dunia songsang ini. Pengalaman dan kisah mereka yang di paparkan di dalam blog sedikit sebanyak memberikan ilmu yang berguna kepada aku dan aku belajar sesuatu yang baru didalam kehidupan aku di mana tidak semestinya kita songsang kita adalah insan yang hina dan kita juga mempunyai hak untuk bahagia. Biarkan Tuhan sahaja yang tentukan segalanya bila kita serahkan kehidupan kita semuanya kepada Tuhan.

Aku jadikan sebagai pengajaran bila aku membaca kisah-kisah mereka di blog mereka sendiri dan aku tahu akibatnya bila aku membuat kesilapan yang sama seperti mereka lakukan. Banyak manfaat sebenarnya yang kita dapat kalau rajin membaca tak kiralah apa jua bahan bacaan kita.

Itu sahaja untuk hari ini, jumpa di next entry. 

Sayonara..


Wednesday 14 January 2015

Manisnya Cinta di Cappadocia

Hello and Hai,

Selamat Hari Rabu dan selamat bekerja. Hari baru semangat pun baru. Yeah. Hari sabtu yang lalu baru ada masa untuk tengok movie, itu pun beli dvd je. Nak tengok wayang kita single jadinya beli dvd boleh tengok banyak kali kan. Tu pun nak tulis ke. Hehehe. Dan untuk ceriter ini saya bagi 4 bintang. Sebenarnya tengok ceriter ni pun sebab ada fazura. Suka sangat tengok dia samada make up atau tidak cantik je.

Jalan ceriter dia tak berapa sangat seperti didalam novel tapi tetap juga boleh diterima sebabnya ada part gembira, sedih, kelakar dan part serius. Penulis buku tersebut pun puas hati maka aku yang tengoknya pun puas hati jugalah. Zaman sekolah lagi dah baca novel manisnya cinta kalau tak silap masa tingkatan 1. Jalan ceriter novel yang tidak membosankan dan berguguranlah juga air mata suci aku.

Lakonan fazura memang terbaik dan sempurna sangat. Part menangis tu yang mahal. Nampak cantik sangat dia dalam ceriter ni, ala2 puteri gitu. Rindu pulak zaman gol n gincu dulu. Rasanya dah 3 kali aku tengok dan dah boleh hafal dah setiap part dalam ceriter ni. Hahaha. Cumanya macam kurang sesuai bila Sam jadi hero, bagaikan tak ada tarikan langsung, tak romantik. Memang tersasar jauh hero dalam novel dengan ceriter. Melalui pembacaan aku membayangkan heronya seorang yang amat handsome, tinggi, badan ketak2 sikit, romantik dan penyayang. Nasib baik fazura cantik boleh cover sikit kelemahan tu.

Part Eja walaupun sekejap tapi memberikan kesan yang cukup dalam sekali dan kata2 yang aku ingat 'perkahwinan satu perjudian'. Fobia nak bercinta, oh tidak!. Dan part tersebut adalah part kekuatan bagi ceriter ini seperti didalam novel. Membuatkan aku berfikir, tidak semestinya kita bersendirian tak boleh bahagiakan. Kalau bercinta kita yang memendam rasa baik single.

Sebenarnya mood dah tak ada nak tulis entry ni sebabnya internet buat hal!. Mungkin tiupan angin yang kuat kat sini agaknya line jadi tak berapa elok. Petang tadi dah sampai dah barang yang aku order. Sampai juga akhirnya. Sangat tinggi abang pos laju tu sampaikan terpaksa aku dongakan kepala bila nak tengok dia. Mesti tinggi dia 8 kaki. Ke aku yang pendek?. Hehehe.

Sayonara:-).





















Monday 12 January 2015

Diari Plu 12/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai. Selamat hari Isnin. Semalam birthday datuk siti. Happy birthday to you!. Allah selamatkan kamu!. Semoga panjanh umur di murahkan rezeki dan kesihatan.

Semalam pergi window shopping, tengah best2 tu tengok baramg sekali terpandang pada dua orang ni yang aku memang kenal sangat dah lama tak bersua muka. Yang pertama adalah senior aku kat kolej tapi lain bidang dan satu lagi kawan senior aku.

Pertemuan tak di sangka apabila aku add senior kat fb, masa tu belum tahu kami sekolej dan senegeri. Bila dia accept aku, kita orang pun berbalas chat bagai. Sebab handsome lah aku add. So aku pun mula lah tengok maklumat dia kat fb, rupanya sama kolej. Dah ketaq kepala lutut aku. Kolej ni bukan besar mana pun kan.

Aku selalu terserempak dengan dia kat library, dia buat assignment kat situ,tempat favourite dia. Banyak kali aku ternampak dia tapi yang bagusnya dia tak perasan aku, asyik tunduk je tengok laptop. Sampaikan kawan2 perempuan aku pun dah syok tengok dia. Dia jenis malu2 tapi mahu. Agak alim tapi nakal. Hehehe.

Langit tak selalunya cerah ' bunyi petir sambung menyambung'. Nak di jadinya ceriter satu hari tu aku temankan kawan aku gi print kat library. Bila dengan semangatnya sambil tersenyum lebar macam duni ini aku yang punya, bila buka je pintu tu, aku ternampak dia pun mendongakan muka dia memandang ke arah pintu. Maka mata kami pun bertembung mata. Dia nampak tersentak memandang aku. Aku control cool je pada hal dada aku dah berombak tsunami dah.

Dah tempat print tu betul2 kat depan. Maka dia memang jelaslah pandang aku dan aku pandang dia. Aku buat muka selamba je lah. Dan malam tu kami berchat, dia tegur aku dulu, dia cakap macam pernah terserempak je tadi kat library kolej, kau ke tu?. Agak lambat aku balas aku nak balas, akhirnya aku cakap ye kita sekolej dan blah blah setelah aku penat bermain pusing2 kata dengan dia.

Sejak peristiwa itu, aku pun tak chat dengan dia lagi. Ada pun berapa kali je kalau dah tergatal tangan send chat kat dia. Hahaha. Dan lama kelamaan aku dah tak nampak dia lagi samapi lah aku final sem. Aku ada tanya kat fb kemana menghilang dia tak balas pun. Akhirnya menyepi dan membawa hidup sendiri.

Dulu dia dan kawan dia ada blog tapi sekarang tak aktif lagi dah. Muka dia comel gitu, sekarang dah kurus dulu berisi. Kawan dia tinggi lampai dan macho gitu. Agak lama jugalah tak dengar khabar berita. Tapi bila dapat khabar berita aku yang terkejut. Sekarang dia dan kawan dia bekerja dengan artis. Lupa nak cakap dia cameraman.

Aku ternampak dia secara tak langsung semasa majlis pertunangan sharifah sakinah. Wajah yang aku rindui ternampak juga. Dia jadi cameranman untuk majlis itu. Dan pasti dia pun dah tak kenal aku lagi. Dah berbeza bagaikan langit dengan bumi. Kawan sendiri pun tak kenal masa kan dia.

Apa yang buat aku tertarik jat dia adalah cara dia, perwatakan dia lebih kurang macam kawan aku yang aku suka masa zaman sekolah sampaikan lebam mata nangis bila dia pindah sekolah lain. Nampak cool, dingin tapi dengan kawan dia jadi lain. Tu yang aku suka. Ok sorry tergedik. Jumpa lagi.

Sayonara:-)

P/s : untunglah kena peluk dengat mat k pop!.


Wednesday 7 January 2015

Dairi Plu 7/01/2015

Dear Diary,

Hello and hai.

Tadi sebelum tergerak nak tulis entri adalah juga Google tentang blogs gay yang ada di Malaysia khususnya dan banyak yang keluar tentang blog gay yang berunsurkan 18 tahun dan keatas. Yang lain ada cumanya pasti yang negative orang lebih menarik untuk bacakan. Dan sekali gus akan menyebabkan mereka yang tidak tahu tentang dunia songsang ini akan menganggap yang golongan songsang macam kita ini terjadi hanya kerana nafsu sahaja, pada hal tidak semuanya macam tu kan.

Ya, saya tahu hak anda apabila anda menulis di blog anda sendiri dan ia adalah privacy anda. Saya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang anda daripada menulis apa yang anda mahu. Samada kandungan blog anda positive atau pun sebaliknya. Anda sendiri yang tentukan apa yang anda hendak di dalam blog anda.

Kepada anda yang di luar sana tu, tak semua golongan songsang hanya pentingkan nafsu di dalam kehidupan mereka. Tak semua berfikiran negtive dan mempunyai kehidupan yang terlalu sosial. Jangan terlalu terburu2 membuat tanggapan atau kesimpulan terhadap golongan songsang seperti kami ini. Kami semua sama sahaja dengan mereka yang normal yang bezanya cuma naluri kami tertarik pada golongan sejenis dan bukannya hanya bersandarkan nafsu semata-mata.

Kehidupan mereka yang songsang ini seperti dengan orang lain, bukannya superman atau ultraman ke apa ke. Yang berbezanya pembawakan perihadi kami berbeza citra naluri yang kadang2 sukar untuk di ungkapkan. Ada masanya berubah2 dan kami pun tak tahu hala tuju kami seumpana hidup tanpa matlamat.

Pada masa yang sama kena jaga diri sendiri daripada diketahui songsang oleh orang sekeliling terutamanya. Takutnya pernerimaan orang berbeza2. Bagaikan menjadi seorang perlakon yang kena melakonkan pelbagai waktu dalam sesuatu masa. Dan ia bukan senang walaupun pada ketikanya nampak sempurna dan berjaya, ada masanya gagal untuk menutupinya. Kadang-adang rasa bagaikan diri ini hipokrit tidak jujur bukan hanya pada orang tapi pada diri sendiri ketika terpaksa menjadi orang lain pada sesuatu masa.

Maka akan timbul perasaan dan hati mula berkata sampai masa nak jadi macam ni?. Soalan yang agak sukar untuk dijawab dan juga memakan diri sendiri. Jadinya lebih baik dan teruskan kehidupan  seperti biasa. Bila dah sampai masanya pasti diri ini akan berubah kearah yang lebih baik.

Ada masanya juga tertanya-tanya macam manalah aku nanti bila dah tua? Kahwin ke ada anak ke, tentang kerjaya, kehidupan semuanya bermain di dalam minda. Layakah aku masuk syurga?. Adakah bumi akan menerima jasad aku? Cukup ke amalan aku macam mana keadaan aku bila kat dunia lagi satu tu?.

Benda-benda macam ni memang akan bermain di fikiran membuatkan aku temung sejenak sambil berfikir merenung ke masa hadapan. Dan yang pasti soalan tersebut akan sentiasa bermain di benak fikiram namun buntu mencari jalan penyelesaianya. Akan membuatkan diri ini rasa berbeza daripada orang lain dari sudut yang beza walau dari xahirnya sama sahaja.

Saya juga tidak salahkan anda sekiranya anda berfikiran begitu. Mungkin kerana anda kurang maklumat atau sumber rujukan tentang golongan songsang ini. Dan apa-apa pun sentiasa berfikiran positive tentang golongan songsang seperti kami ini.

P/s;nak gi dinner dah lapar:-):-)

Sayonara.

Monday 5 January 2015

Dairi Plu 5/01/2015

Dear Diary,

Hello and Hai, selamat petang Isnin semuanya. Rasa lega sangat bila dah siapkan penamat bagi ceriter Sedingin Asmara. Dah lama terperap sebenarnya ceriter tu baru dapat idea nak buat penamat hujung tahun lepas walaupun tak ada orang pun yang baca ceriter tu. Hehehe.

Hari ini cuaca tidak menentu menyebabkan sekejap panas, redup dan hujan. Yang penting perut aku dan kenyang makan tadi dan dah buang pon.-.-. Agak lama untuk taip perkataan seterusnya bila dah banyak sangat gajet keliling ku ini. Dengan langit gelap bagaikan nak runtuh ini. Semoga hujan amin..Oh ya baju kat ampaian belum angkat lagi tadi rasanya belum kering amat.

Sebelum saya keluar blog dan matikan laptop yang baru saya beli in, akhirnya penantian aku selama 4 tahun dapat juga beli laptop walaupun warna putih. Yang penting ada kan. Dah sama jenama dengan tab warna pun sama lak tu.

Hari ini saya masak ikan jenak gorang tepung masam manis namanya. Eh! tiba-tiba tukar topic pasal makan lak dah kenapa dah. Nampak sangat kau tak ada matlamat dalam kehidupan sangat tragedis sekali hidup kau. Biasalah remaja semua benda dia nak buat dalam satu masa kan. Akulah orang itu.

Owh ya, sebelum terlupa sejk akhir-akhir ini tertiba terindu kat anak ikan yang pernah satu masa dahulu saya ada menulis entri tentangnya. Bila ternampak gambar dia rindu pada zaman dulu, namun itu hanyalah sejarah. Nanti nak buat entri pasal anak ikan lah.

Cukup sajaha sampai sini, nak ambik baju lepas tu membuta. Nampaknya hujan tak jadi bila mana langit dah nampak cerah sedikit demi sedikit. Nanti ketemu lagi.

Sayonara.