Pages

Click Me

Thursday, 15 January 2015

Kita tidak bersendirian.

Hello and Hai.

Selamat hari khamis dan selamat menjamu selera. Dah lunch belum?. Saya baru lepas lunch terus nak update blog.

Sewaktu aku tahu yang aku ini bukan seperti lelaki normal yang lain, rasa macam terasing sangat. Sebabnya masa tu cuma fikir hanya aku seorang je yang mengalami masalah ini rupa-rupannya ramai yang mengalami masalah seperti aku. Sewaktu zaman sekolah memang aku tak tahu apa itu plu, gay, top, bottom, bisexual dan lain-lainnya.

Masa zaman sekolah aku ada seorang kawan ini, aku namakan dia sebagai Z. Dia ni jenis yang suka pergo cybercafe lepas balik sekolah sebab masa dulu manalah adanya line internet macam sekarang ni yang berlambak pelbagai promosi bagai. Dari dialah aku tahu apa itu gay, top, bottom dan bisexual. Walaupun dia terangkan agak panjang lebar, aku masih blur lagi sebabnya aku macam culture shock. Dan lagi bertambah terkejut bila dia kata dia bisexual, terus aku tengok dia atas bawah. Amboi tak padan. Tak sangka lak aku yang dia bisexual.

Selain itu, daripada dia juga aku dapat tahu kawan-kawan sekelas aku yang terutamanya melayu pergi cybercafe sebab tengok porn denagan dia sekali join. Begitu excited dia beri gambaran kat aku dan aku memang blur sebabnya tak pernah pornkan masa zaman sekolah. Dan bila aku tahu yang kawan-kawan sekelas aku ramai yang tengok porn, pandangan aku pada mereka terus berubah, patutlah bila tengok pelajar perempuan mereka macam ghairah dan something daripada cara pandangan mereka. Dan bila berborak dengan kawan-kawan laki, dia orang tak segan pun cakap yang dia orang tak ada teruna lagi. Apabila kawan sekelas aku yang aku suka cakap dia pun tak teruna lagi aku terus glup!. Tapi itu yang dia orang nak kan, kemahuan dan kehendak masing-masing kita tak boleh nak kawal, sedangkan diri sendiri pun tidak terkawal.

Bagi aku itu hal personal mereka, asalakan mereka rasa gembira dengan apa yang mereka lakukan dan tahu apa yang mereka lakukan. Bila dah dapat tahu tentang hal itu, aku memandang mereka pada sisi yang berbeza daripada aku melihat kawan yang lain. Biasalah zaman sekolah menengah semua benda baru nak cuba, hormon tengah meningkat dan merembas ketika itukan. Jadinya macam-macam perkara baru yang terjadi didalam kehidupan seharian remaja.

Berkawan dengan teman sama spesis.

Masa zaman sekolah aku ada dua kawan yang sangat rapat sampaikan kita orang bertiga dah di cop sebagai kembar bertiga walaupun berbeza kelas. Cuma bersama waktu rehat, pendidikan jasmani, kelas agama hafazan. Memang akan duduk bertiga di meja yang sama.

Aku mula mengenali As sewaktu minggu sual kenal dan sejak dari situ kita orang memang rapat sangat. Kemana mesti berdua sebabnya masa ni aku belum kenal lagi dengan si Z. Rasa sangat best sebabnya kita ada kawan yang sama jenis dengan kita, suka tengok abam-abam senior yang macho-macho. Yang paling best bila tengok dia orang tukar baju depan-depan rasa nak tercabut jantung ni. Siapa tak suka bila tengok free show kan, dia orang walaupun senior tapi open minded. Baik cina, melayu, mat salih, india semuanya sama. Kadang-kadang tu tengok dia orang dengan boxer je dan semestinya mata fokus kat bahagian tu, faham-faham sendiri sudah.

As ni masa zaman sekolah memang popular sangat, semua kenal dengan dia termasuk senior. Bila dah berkawan dengan dia, rasalah juga tempias popular dia. Dia sangat aktive dalam sukan dan kebudayaan. Jadinya memang banyak kawan dia baik lelaki mahupun perempuan, namun dia tetap selalu dengan aku walaupun dia sibuk dengan aktiviti dia. Dia bukan jenis yang lupa kawan, kalau dia tak suka dia akan cakap depan-depan begitu juga dengan aku. Namun begitu ada jugalah segelinter yang tak suka melihat kita orang bahagia dan hampir-hampir juga hubungan kami nak putus di sebabkan mulut manusia namun bila kita ikhlas dan jujur dakam semua benda, hubungan persahabatan itu tetap juga terus utuh sampai sekarang ini. Mungkin kami dikelilingi oleh kawan-kawan yang sentiasa memberi pandangan dan nasihat semasa kami berperang dulu.

Namun dia terpaksa juga berpisah dengan aku sebabnya dia kena berpindah ke tempat lain. Masa tu aku rasa macam kosong sangat. Selalunya kami berkongsi minat yang sama dan sentiasa bersama. Bila dia tak ada tu rasa macam tak ceria hidup aku, sebabnya mulut dialah yang paling bising sekali kalau pergi kemana-mana pun termasuk tandas bergema suara dia. Kali terakhir kami berjumpa pun pada tahun 2007, dan sampai sekarang aku belum jumpa dia lagi. Dan nasib baik zaman dah ada wechat dapatlah chat sepuas-puasnya namun tak sama juga bila bertentangan mata. Dan aku agak terkejutlah juga walaupun sedikit bila aku tengok wechat dia, yang dia bertukar ke shemale, nasib baik cantik kalau tak memang aku kutuk dia kawa-kaw. Itu yang dia inginkan daripada zaman sekolah lagi. Dan bila aku ada masalah percintaan dengan plu dia lah sahabat yang sentiasa ada ketika aku susah mahu pun senang.

Aku mula kenal dengan Z, bila As kenalkan kepada aku. Namun hubungan aku dengan Z tidaklah seakrab macam As. Tapi aku bersyukurlah juga sebabnya ada kawan kan. Tapi aku berhati-hati bila berkawan dengan Z sebabnya aku rasa macam ada something dan tidak elok pulak aku buka aib dia kat sini. Biarlah hanya aku dengan As sahaja yang tahu. Dengan Z memang selalu jumpa dan dia juga dapat tengok perubahan aku daripada teddy bear sampai dah jadi sekeping macam sekarang ni. Cuma As je tak tahu perubahan yang terjadi dengan aku sebabnya aku nak bagi surprise kat dia nanti.

Si Z ni kadang-kadang dia macam pelik sikit peragai dia, macam diva pun tu sebabnya aku dengan As panggil dia medel victoris secret. Memang sesuai sangat dan kena dengan dia tu. Kadang-kadang rasa best pun ada sebabnya ada kawan macam dia, terhiburlah juga dan boleh dijadikan bahan mengumpat. Tiap kali raya mesti minta maaf tapi buat lagi.

Bila kawan perempuan tahu tentang rahsia aku.

Setahu aku yang tahu aku ni sonsang cuma 2 orang je kawan aku yang tahu. Tu pun yang paling rapat sangat, 24 jam bermesej dulu bermesej sekarang ni berchat je. Sebenarnya aku tak bagi tahu pun yang aku ni songsang tapi naluri dia orang dapat menekanya. Bila dia orang tanya 'kau suka lelaki ke'? terus aku kata ya. Dan mereka boleh menerima kelemahan aku dengan hati yang terbuka. Rasa macam lega sangat sebabnya depan dia orang dah payah nak control bagai. Kadang-kadang tu sama-sama cuci mata tengok anak ikan. Hehehe.

Walaupun macam tu, dia orang still bagi aku nasihat supaya cari jalan yang lurus. Dan berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku amat menghargai nasihat mereka sebagai sahabat yang sentiasa disisi aku. Dia orang tak kisah bila kita orang berkongsi ceriter pelbagai ceriter termasuk lah juga lelaki. Cewah! Memang ada masanya kita orang tergdeik-gedik dalam chat bila talk about men. Bila masing-masing dah habis belajar dan bakal jadi bini orang, terus terang aku katakan yang aku agak sedih dan beremosi sikit. Tapi pada masa yang sama aku still happy juga untuk dia orang, walaupun sesibuk macam mana dengan kekasih, aku dengan mereka masih lagi dapat berbalas chat walaupun cuma sekejap tapi sekurang-kurangnya ada daripada tak ada kan.

Bila masing-masing dah bertunang, semestinya aku dapat pertanyaan cepu emas 'bila turn kau'?. Aku cuma cakap biar kau orang yang tunang dan kahwin dulu, aku lelaki tak pe kahwin lambat. Tahun ramai member sekolah dan kolej akan berkahwin, rasa macam semalam je kenal dengan mereka dan cepatnya masa berlalu. Masing-masing dah tua bangka dah tapi peragai kami still macam budak-budak.

Melalui Blog.

Aku mula membaca blog ketika umur aku 18 tahun, dimana kat rumah baru ada broadband celcome dan baru tahu lebih banyak tentang apa yang ada kat internet. Sangat excited mengunakan google. Rasanya dulu blog gay/plu memang tak banyak mana pun tak macam sekarang pelbagai blog dengan pelbagai jenis semuanya ada. Daripada situ, aku lebih tahu dan mengenali tentang dunia songsang ini.

Bila aku baca satu persatu blog aku dapat rasakan yang aku tidak keseorangan dalam menghadapi konflik ini, rupanya ada insan yang sama dengan aku. Dan aku amat bersyukur sebabnya nasib aku lebih baik daripada mereka. Dari blog juga, aku belajar pelbagai perkara tentang dunia songsang ini. Pengalaman dan kisah mereka yang di paparkan di dalam blog sedikit sebanyak memberikan ilmu yang berguna kepada aku dan aku belajar sesuatu yang baru didalam kehidupan aku di mana tidak semestinya kita songsang kita adalah insan yang hina dan kita juga mempunyai hak untuk bahagia. Biarkan Tuhan sahaja yang tentukan segalanya bila kita serahkan kehidupan kita semuanya kepada Tuhan.

Aku jadikan sebagai pengajaran bila aku membaca kisah-kisah mereka di blog mereka sendiri dan aku tahu akibatnya bila aku membuat kesilapan yang sama seperti mereka lakukan. Banyak manfaat sebenarnya yang kita dapat kalau rajin membaca tak kiralah apa jua bahan bacaan kita.

Itu sahaja untuk hari ini, jumpa di next entry. 

Sayonara..


14 comments:

  1. Mempunyai naluri sejenis memang berat untuk dipikul seorang, kadang kita perlu kan teman untuk berkongsi masalah yang hanya orang seperti kita sahaja memahami. Tidak perlu ramai, cukup Aku, Kau dan Dia je tahu.

    Aku pun sama seperti kau belajar dari kesilapan manusia lain dan jadi kan ia iktibar di setiap langkah. Moga2 tidak tersasar jauh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, semoga kita semua tidak tersasar jauh daripada landasan. Terima kasih sudi singgah blog saya.

      Delete
  2. haha..ingatkan kawan lelaki rupanya perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.terima kasih singgah kat blog saya..

      Delete
  3. Tidak ada sape pon bersendirian awak .. ulat dalam batu pon tak sendiri.
    Tuhan kan ada. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak, kita tak bersendirian. Terima kasih sudi singgah kat blog saya.

      Delete
  4. Same situation. Member perempuan aku yang tahu pasal ni selalu ceramah aku. Itu ini bagai. Aku angguk jer la. Dia tak paham situasi aku. Tapi kalau gaduh dengan pakwe datang cari aku jugak. HAHAHA. Harapnya blog aku tu tak bagi kesan negatif ke apa kat kau la. Rasa bersalah pulak. Aku pun bukan baik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, itu yang dikatakan sahabat sentiasa menegur sahabat jika buat salah dan silap. Saya ok je, suka baca blog awak. Terima kasih sudi singgah kat blog saya.

      Delete
  5. kita sbenarnya bersendirian dalam tempurung yg kita buat sendiri.. sejujurnya En Seksi, aku tak pernah kenal kwn yg seumpama dgn kita kalau bukan dari apps/laman sesawang PLU.. semuanya dr site PLU.. bleh katakan, aku masih hidup dalam kehidupan 100%straight sekeliling aku dan aku ok..

    back to Mr Nov said : "Aku Kau dan Dia" & Nu'man's "Tuhan kan ada"..
    and we here, as bloggers bleh je kongsi apa2 story.. just chill bro ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat awak. Terima kasih sudi songgah kat blog saya.

      Delete
  6. minit skrg kawan kawan leh di cari walo sekadar di alam Maya.. mungkin lg selamat.. utk kawan real.. x kesah la str8 ke plu.. kita hidup mcm org len.. yak membezakan naluri dlm kelambu je hehe

    #blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Terima kasih sudi singgah..

      Delete
  7. i was like. hahahahahahahahahah. aku sangat harap blog aku tak kasi kesan negatif kat hangpa hangpa sekalian sebab blog aku sangat hampagas. yang buruk itu dijadikan iktibar yang baik tu dijadikan sempadan. bm kau masa spm mesti power kan. haha.cantik je ayat.kah kah kah. selamat malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Shark, terima kasih sudi singgah blog saya ni. Dan terima kasih puji bahasa melayu saya power:-)

      Delete