Hello and hai.
Hai awak-awak semua, jumpa lagi. Hari ini saya nak sharekan tentang kebaikan minum air putih didalam kehidupan kita dan juga cara minum air yang betul supaya tidak kembung walaupun minum sampai 3 liter atau pun lebih dalam sehari. Ditambahkan lagi dengan cuaca sekarang yang panas.
kebaikan dan kenapa kena minum air putih. Saya gabungkan dua sekali, maka anda akan dapat maklumat 2 dalam 1.
1. Detox toxic didalam badan secara semulajadi.
- bila bangun pagi, sila minum air putih segelas supaya lancar sistem buangan anda. Yup, memang berkesan.
2. Melembabkan kulit muka dan badan termasuk juga bibir.
- biar kulit tak putih tak pe jangan kulit kering, nampak macam orang sakit.
3. Dapat mengurangkan lemak di badan.
- ini yang sangat best, bila minum air metabolism akan meningkat maka dapat hilangkan lemak.
4. Cegah mengantuk.
- bila rasa mengantuk, cepat-cepat minum air supaya tak tertidur dan tak ketinggalan ilmu.
5. Kenyangkan perut bila lapar.
- bila kelas habis lambat dan perut lapar, maka minum air seakan mengalas perut walaupun sebelum kelas bermula sudah makan roti bakar 2 set, hahaha.
6. Dapat membekalkan oxygen terus ke otak.
- ini Datuk Fazley yang cakap kat radio. Bila minum air, oxygen dibekalkan terus ke otak kita dan kita dapat berfikir maka idea akan keluar sampai melimpah ruang yang ada.
7. Makan banyak supplement.
- sekirannya anda ambil supplement sila-sila rajinkan diri anda minum air sebanyak mungkin. Sebabnya sebarang jenis supplement tak kiralah vitamin c, b complex, multivitamin atau pun kolegen sekali pun ia bersifat panas dan memerlukan air yang banyak supaya mudah serap dalam badan.
8. Haus/ dahaga.
- pastinya akan mencari minuman bila dah haus, kalau dapat air kelapa di tengah hari yang terik ini amat nikmatnya hidup. Terus rasa sejuk. hahaha.
Senarai diatas itu berdasarkan apa yang saya amalkan setiap hari. Lain orang lain caranya, anda boleh google untuk membaca kisah orang lain. Ok, next, cara minum air banyak-banyak supaya tidak kembung perut.
Bangun pagi- 1 gelas.
Sebelum mandi- 1 gelas.
9.00 a.m- 1 gelas atau suku botol.
10.00 a.m- l gelas atau suku botol.
11.00 a.m- l gelas atau suku botol
12.00 a.m- l gelas atau suku botol
1.00 p.m- l gelas atau suku botol
2.00 p.m- l gelas atau suku botol.
3.00 p.m- l gelas atau suku botol.
4.00 p.m- l gelas atau suku botol.
5.00 p.m- l gelas atau suku botol
6.00 p.m- l gelas atau suku botol.
7.00 p.m- l gelas atau suku botol.
8.00 p.m- l gelas atau suku botol.
9.00 p.m- l gelas atau suku botol.
Biasanya saya akan minum air guna botol dan botol saya 1.5 litter. Maka setiap 1 jam saya akan minum supaya tidak rasa haus dan minum terlalu banyak. Masa mula-mula dulu memang kerap sangat gi tandas tapi nanti lama-lama akan ok.
Sila duduk sebelum minum supaya perut tak boroi dan juga jangan minum satu teguk nanti perut kembung. Jangan minum air dua jam sebelum tidur nanti akan pergi toilet waktu tidur dan menganggu tidur anda.Itu cara yang saya amalkan dan masih buat sampai sekarang.
Cara untuk tahu yang badan kita dah cukup kandungan air atau tidak, boleh tahu berdasarkan warna urine kita, kalau berwarna pekat maksudnya kita kena minum lagi banyak air dan kalau berwarnah jernih dan putih maksudnya badan kita dah cukup air dan minum bila perlu.
ok, ini sahaja yang saya sempat sharekan untuk hari ini. Jumpa lagi.
Sayonara...
kulit awak mesti flawless! lagi tips please! heh heh heee
ReplyDeleteTak adalah, kulit kita biasa-biasa je..nanti saya sharekan lagi tips k..hehehe
DeleteX suka minum air masak ..tapi paksa jg sebab x suka tgk air kencing kaler kuning ...haha
ReplyDeleteHahahaha..samalah kita abg numan...
DeleteNice.sekarang tgh praktik minum air masak..hehe..klu ambil apa2 suppliment kene minum air masak at least 3 liter sehari kn
ReplyDeleteYup, betul tu..kalau 2.5 liter pun kira dah ok sebabnya dah bersamaan dengan 8 gelas air....selamat minum air...hehehe
DeleteYes ikut warna urin.
ReplyDeleteTapi kena hati-hati jugak to much water consumption tak elok untuk kidney.
Tapi make sure minum ikut berat badan. 1 liter air untuk 25kg berat badan.
Yup betul tu awak..tapi saya kena minum lebih air daripada berat badan kalau tak nanti saya demam..hehehe..selamat mengamalkan minum air masak k.
Deletesama-sama la kita minum banyak airr..hahaha
ReplyDeletejangan banyak telan AIR JANTAN yaaaa....
hahahha..abg kid ni nakal....
DeleteSekarang musim panas, banyakkan minum air masak..selain menghilangkan dahaga, boleh meningkatkan tahap kehenseman diri..hehe
ReplyDeleteabg kamen ni nakal..hehehe...abg kamenkan sentiasa handsome...
Deletetips ni paling berkesan kan...aku masa diet kene minum air masak banyak...tapi sampai skang masih minum air masak byk...hahaha...
ReplyDeleteya!..give me five...teruskan diet yang sihat dan minum air masak...
Deleteagaknya shin suka minum bediri tu yak moncit je ni #nanges
ReplyDeleteyes shin, ni dah tahukan so next time minum duduk k...tak nampaklah perut shin muncit tu, shin sentisa handsome..hehehe.
Delete