Pages

Click Me

Monday, 21 August 2017

Summer Break! 2017.


Image result for summer break




Hello and Hai.

Dah mula cuti untuk summer break!. Selepas bertarung di dewan exam membuat menjawab soalan mathematics dimana aku tidak mahir dalam subject tersebut dan keluar soalan yang mana sub topic tersebut aku tidak buat latihan!. Sumpah aku tak tahu nak buat macam mana, pakai buat je sahaja tanpa ada sedianya formula. *pengsan*.

Sepatutnya entry ini ditulis pada hari Ahad tapi disebabkan banyak sangat buat aktiviti maka tunda hari ni. Nampak sangat malas!. Hahahaha. Penat sangat mengemas rumah disebabkan oleh rasa gembiranya dah habis exam!. Lepas beban. Rasa macam nak makan banyak-banyak!. Akibat terlebih sangat kemas rumah sampai ruam-ruam merah dah timbul kat tangan ni, Dah lama sangat tak berjemurkan. Hahaha.

Cuti ni macam-macam aktiviti nak buat supaya hati tidak bergolara lagi daripada fikirkan benda yang bukan-bukan. Dah namanya cuti kenalah enjoy dan betul-betul cuti walaupun duduk kat rumah je wak. Nak pergilah holiday tapi belum decide nak pergi mana lagi wak. Nanti kita fikirkan lepas tu kongsi kat blog.

Masa hari Sabtu malam ada opening sukan sea, pergh! Best gila Malaysia, gempak sangat!. Bangga dengan Malaysia dan segala persembahan dimalam tersebut. Buat pertama kalinya aku tengok satu acara daripada mula sampai habis tidak beranjak pun. Yang paling best sekali speech by Uncle Khairy Jamaludin. Terserap setiap apa yang dia kata didalam minda dan jiwa.

Ada juga blogger yang pergi kesana, dia upload picture kat Ig. Hahaha. Bila adanya sukan sea bersemangat lak nak sukan. Macam-macam idea yang keluar. Hehehe. Tapi tak buat pun. Hehehe.

Pasal entri-entri sebelum ini, maafkan daku andainya ia menganggu kalian. Sekadar luahan perasaan ketika itu daripada memikirkan yang bukan-bukan baik aku tuliskan sahaja didalam blogkan. Supaya dapat aku membacanya kembali andai ada masa. Hahaha. Dan terima kasih jugalah sudi baca, terima kasih juga kepada sesiapa yang terlibat didalam mendengar masalah, rintihan daku sebelum ini. Hehehehe.

Nanti ada masa daku kupas dan tulis entri kenapa entri-entri sebelum ini terasa sayu untuk dibaca. Sekarang mood swing lagi, dengar lagu i am me pun tertiba tukar mood. Salahkan dia sebab ada kenangan dengan banyak lagu. Jahat betullah awak ni,mencuri hati lepas tu tak pulang-pulangkan balik. Hahaha.

Ok dah, nak tidur. Mengantuk, walaupun namanya duduk rumah tapi tak tidur pun. Jumpa lagi.

Sayonara.


Tuesday, 15 August 2017

Sukan Sea 2017.


Image result for sukan sea 2017



Bila hati dan perasaan tiada disini.

Nak buat kerja tak menjadi, baca buku pun tak masuk minda.

Nak pergi sukan sea, erm..tapi..

Tak pandai drive..

Tak tahu arah..

Dah lama tak jejak kaki kat k.l dan kawasan sekitarnya.

Erm..

Kita pula duduk selatan, dah lama tak adventured..

Erm..

Macam-macam hal...

Siapa pergi?. Nak join boleh?..

Maafkan daku, sebab selalu post entry yang kurang bermanfaat sejak kebelakangan ni.

Sayonara.

Stay happy and positive ok.


Thursday, 3 August 2017

You Can Do Better.



Related image


Terjatuh tersungkur terluka namun tidak serik.

Tetap juga ingin mencuba walaupun tahu ia perit.

Tidak pernah belajar dari pengalaman masih teruskan lagi

Walaupun berkali berpatah hati namun tiada kesan

Tersungkur lagi padan muka.

Masih juga berdegil tidak mengerti.

Cukup cukuplah namun bila ia pulih mencari jalan untuk terluka lagi

Seakan sudah hilang ingatan tentang yang terjadi

Sungguh jahat perasaan ini.

Tetap tersuka pada orang yang salah

Argh!!! kehidupan apakah ini?. Bala apakah ini?.

Padan muka.

Padan muka.

Padan muka.

Hati sebak dan sebak dan sebak

Ingin menangis tiada air mata

Hati bagaikan ingin pecah

Perasaan berkecamuk dan keliru

Teruskan atau putus.?

Argh!. Masih tiada ketetapan mood.

Sayonara.